ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Thursday, November 26, 2009

Kesian Farish

Lately ni Farish mudah sangat mengamuk. Tak boleh kena tegur, kalau dia minta kita lambat bagi pun mengamuk. Kadang tu memang menguji kesabaran kami suami isteri.

Aku tau Farish tengah tarik tumpuan kami untuk lebih bagi perhatian kat dia. Masakan tidak, sekarang kan perhatian kami dah terbelah dua. Kena bahagi sama rata antara Farish dan Firas. Aku tau ramai ibu yang mempunyai anak yang gap rapat sebegini mengalami masalah yang sama.

Sekarang ni Farish kerap terjaga tgh malam sambil menangis2, kadang tu bangun dan mengamuk2. Tiba2 aku teringat kepada anak sedara aku.

Kakak aku melahirkan anak keduanya bila anak sulung berusia 3 thn. Waktu tu kakak aku pindah ke Kluang mengikut suaminya. Tiap2 malam anak sedara aku akan terjaga dan terjerit2. Mula tu kakak aku ingat ada 'gangguan' dan berjumpa dengan ustaz. Ustaz tu buatkan air penawar dan juga meminta kakak meletakkan AlQuran di dalam bilik. Tapi tetap sama, anak sedaraku tetap bangun tgh2 malam dan menjerit. Kakak memang buntu sehingga ada yang suggest berjumpa dengan psikologis. Akhirnya kakak bawa berjumpa psikologis dan hasilnya adalah anak sedara aku sebenarnya ingin melepaskan tekanan. Mungkin sebab selepas kehadiran adiknya, dia kerap kena marah, melihat adiknya telah merampas sepenuh perhatian ibu bapa. Disebabkan dia tidak dapat melepaskan perasaan, maka dia akan bermimpi dan mengigau tgh malam.

Kemudian, kakak cuba untuk beri lebih perhatian kepadanya, cuba untuk tidak memarahinya, dan Alhamdulillah, selepas itu, dia dah jarang terjaga di tgh malam.

Melihat keadaan Farish aku percaya, Farish juga begitu. Itupun setiap kali dia berada disisi, aku akan tinggalkan adik untuk melayan dia. Tapi adik pun sama, bila masa abang ada di rumah, adik pun mulalah bising minta dilayan.

Pada peringkat awal, okay lagi sebab Farish sedia berkompromi. Tapi lately, aku nampak dia nak hak dia. Dan keadaan jadi rumit bila hubby oncall, tiada di rumah. Kadang tu tgh dia bermanja, adik terjaga sebab berak @ lapar. Maka aku perlu entertain adik dia. Time ni dia akan buat macam2 perangai. Time tulah minta nak makan, minta buatkan itu ini. Aku sedaya upaya berlembut, tapi bila sampai satu tahap terpaksa tinggikan suara jugak. Mungkin sebab aku jarang amat tinggikan suara kat dia, sebab itu dia mudah terasa hati.

Since Farish kerap terjaga tgh malam, aku terpaksa beri Firas untuk hubby jaga, sementara aku pulak jaga Farish.

Fikir2, minggu depan hubby akan masuk kampus 3 minggu. Aku berharap yang Farish akan berubah bersikap lebih penyabar dan memahami aku. Kadang2 menitik air mata bila Farish lena dalam dakapan aku. AKu tau dia belum puas nak bermanja, tapi nak buat macam mana, sudah ditakdirkan Farish dapat adik seawal ini.

Hubby rancang nak dapatkan anak lagi tahun depan, tapi aku terpaksa berkeras minta hold 2 thn, biar Firas lengkapkan penyusuan 2 thn. Kesianlah tengok keadaan farish, jangan pulak nanti Firas kena alami benda macam ni jugak. ku tak sampai hati..

Wednesday, November 25, 2009

SENTUHAN KASIH

Sentuhan adalah medium paling bermakna dalam menyalurkan kasih sayang. Sebab itu orang sedang bercinta suka bersentuh2 untuk menzahirkan kasih sayang mereka.. 

Bila dah kahwin, lagi keraplah sentuhan intim dilakukan.. tapi lama-kelamaan sentuhan makin berkurang, maka makin berkuranglah kasih sayang. Sebab tulah berlaku macam2 punca kepada pergaduhan an akhirnya membawa kepada penceraian.

Tapi aku bukan nak bercerita tentang itu, ini adalah cerita tentang sentuhan ibu dan anak. .

Dalam konsep sentuhan ni, perlulah ada skin to skin contact. Itu amat penting dalam hubungan ibu dan anak. Pelukan, belaian amat diperlukan oleh seorang bayi. Ketahuilah bahawa semasa breastfeeding, skin to skin contact amat perlu.. Memangla.. ada ka baby menyusu, pipi baby tak bersentuh ngan breast ibunya.. itu adalah skin contact paling bermakna dalam baby. Maka rugilah ibu2 yang tidak menyusu badan kerana telah mengurangkan body contact ini.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang tidak mampu menyusu (aku sebut TAK MAMPU bukan TAK MAHU), perlu selalu ada skin contact ngan baby. Ketahuilah, bayi amat mudah mesra dan manja dengan mereka yang berikan body contact kepada mereka. Dan jangan marah anak sekiranya anak lebih sayangkan org lain berbanding ibu dia sendiri.

Ini diakui oleh kakak aku sendiri. Kami berbincang tatkala aku sedang menyusu Firas dan Firas dengan mudah terlena dalam dakapan aku.

Kakak aku akui yang dia silap tidak memberikan banyak skin contact kepada anak sulung dia. For your information, anak pertamanya ini anak angkat. Mereka ambil sejurus selepas dilahirkan, memang masih merah lagi. Since kakak takde pengalaman dan juga tak boleh amik cuti panjang, Mamat (nama anak sulung kakak), dijaga oleh arwah mak di kampung. Mak menjaga Mamat sehingga berusia 5 bulan sebelum diserahkan kepada kakak semula. Ini permintaan mak sebab mak kata biar dia jaga Mamat sampai budak tu keras sikit, baru bagi kakak.

Selepas membela Mamat hampir 2 tahun, kakak positif dan melahirkan anak keduanya Kamil. Kamil menyusu badan sepanjang masa kakak bersama, kecuali semasa kakak bekerja. Yerlah time tu mana ada kesedaran, mana ada gadjet2 canggih macam sekarang. tapi Kamil memang menyusu smpai umur 6 thn. Itupun dia stop sebab malu ngan kawan2.

Then kakak kata, budak yang menyusu badan ni akan lebih manja kepada kita dan lebih ambik berat tentang kita. Itu dia compare antara 2 anaknya. Dan aku tanya, waktu Mamat menyusu botol, takkan akak tak pegang langsung.. akak aku jawab "tak", dia dah pandai pegang sendiri.

Tiba2 aku teringat kenapa Mamat tersangat manja dan sayang sangat ngan arwah mak. Teringat lagi aku time mak jaga Mamat, mak akan slelau peluk cium Mamat. Orang tua2 kat kampung kan suka berkemban, jadi Mamat memang kerap dapat skin contact dari mak. Bila nak tido malam, mamat memang akan tertidur sendiri atas riba mak. Disebabkan dari awal mendapat skin contact, maka kasih Mamat kepada nenek lebih kuat berbanding ibunya.

So renung-renungkanlah.. Walaupun anda beri FM, pastikan anda kerap ada skin contact ngan baby. Tapi bila mereka dah pandai pegang botol sendiri, sudah tentu kita dah takkan memangku anak lagi untuk disusukan. Even bila mereka dah pandai berjalan, mereka boleh minum susu sambil berdiri.

Tapi seandainya anda ibu yang breastfeeding, bayangkan berapa lama anda kekalkan skin contact dengan anak anda. Lagi lama skin contact berlaku ,lebih rapat kasih sayang anak kepada anda. Yerlah, kalau menyusu sampai 6thn macam anak kakak aku, berapa lama tu skin contact tu.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Monday, November 23, 2009

TANDEM NURSING - Pengalamanku

Sejak aku pregnant, aku memang berazam untuk tandem nursing anak2 aku. Yerlah, aku pregnant balik, Farish baru 10 bulan. 

Time pregnant, aku still BF Farish sampai masuk 6 bulan. Pastu nipple aku jadi sensitive dan aku terpaksa inform farish yang aku nak stop BF sat untuk dia. Nanti adik lahir Farish boleh sambung balik.

Tapi aku tak tunggu sampai Firas lahir pun. Dekat nak masuk bulan ke9, Farish dah menyusu balik, sebab aku nak trigger kolostrum (time tu aku picit2, urut2 breast, tak kuar cholostrum langsung)

Dan bila Firas keluar, Farish dan Firas bergilir2 direct BF. Dan banyak hikmahnya.

Antaranya:

Aku tak mengalami bengkak susu kedua2 belah disedut oleh kedua2 anakku

Tak perlu kosongkan breast, sebab Farish akan bertindak sebagai pengosong breastku.

proses penghasilan semula susu berlaku dengan cepat.


Cuma, pengalaman aku agak letih la sikit.

Firas hanya mengambil masa 10-15min jer untuk kenyangkan.

Tapi Farish kadang tu amik masa berjam2.. bukan nak hisap sampai kenyang, tapi sebagai pelepas gian jer.

Bila aku tanya dia "ada lagi ka susu ibu ni?" Dia geleng kepala, tapi dok kejipkan mata dia. AKu faham ler tu, dia nak main2 jer.

Dan juga dia nak lama2 supaya ibu tak dapat layan abi (sungguh nakal anakku). Memang Farish tak bagi aku dan abi dekat langsung. Pasti dia mencelah tgh2. Dan dan tu jugak, minta nenen, maka aku kena bagi perhatian lebih kat dia berbanding abi.


Since start tandem nursing ni, memnag sukar sikit nak baut stok EBM. Kadang tu try pam memang tak smpai 1/2 oz . Sebab tu aku kata Farish memang pengosong breast yang bagus. 

Dan juga Firas juga kuat menyusu. Time siang kadang tu dalam tempoh sejam dia akan menyusu dan dia memang heavy wetter dan kerap poo. 

Dan aku terpaksa gigih mengepam bila dah start naik kerja nanti.

Sehingga saat ini, aku hanya dapat mengepam sebanyak 30oz sahaja. Itupun bukan tiap2 hari aku mengepam.

Dan aku akan teruskan tandem nursing ni selama mana yang Farish mahu. Tapi aku rasa susah nak bercerai susu ni sebab he just sucking for pleasure.

Managing Sore Nipple during Breastfeeding

Ingat nak translate, tapi tak larat lak. So aku copy paste dari buletin Baiboo.

Developing sore nipples during breastfeeding are caused by a number of reasons, but they are easily managed and treated. However, before treating the pain, it is important to determine the cause of the soreness which then enables treatment of the root problem to prevent recurring soreness.


1. Make sure baby is latching properly
When you are new to breastfeeding, latching issues can lead to sore nipples. The baby’s mouth has to be opened wide enough, and the baby in a good position to take the breast into mouth. One way to tell if your baby has a proper latch is to look and see how much of the areola (the dark-skin area of your breast) is covered by your baby’s mouth. Ideally, it should be most of the areola, leaving only a thin ring of darkened skin visible. Nursing mothers should experiment with positions to find the ones that work best for them and their babies, or consult a midwife or lactation consultant.

2.Initial Breastfeeding Soreness
During the first couple of weeks of breastfeeding, there will be some soreness of the nipples – this is due to the friction of your baby’s tongue against your nipples which can leave them feeling raw. As long as you are breastfeeding with good technique, this tenderness will eventually fade on its own as your nipples toughen up.

3.Cracked nipples
This is usually an indication of poor breastfeeding technique. In most cases, your baby isn’t taking in enough of the areola and is only suckling on the nipple. Sometimes it might be due to unusual anatomy within your baby’s mouth, for instance a tied tongue. Getting someone experienced in breastfeeding to check will help you determine the exact cause if you aren’t sure.

4. Infections
Infections such as thrush can also cause sore nipples. Thrush is a type of yeast infection that babies can sometimes get in their mouths. If the baby has it, the infection may be passed to the mother and affect her nipples. Look into your baby’s mouth – if she has thrush, there is white coating in her mouth, and you should seek medical treatment immediately. The mother should also see a doctor for medication.

5. Teething Baby
When your baby begins teething, you may experience something similar to the initial soreness you felt when you first started breastfeeding. This only occurs with the eruption of the upper front teeth since the lower front teeth are covered by your baby’s tongue during breastfeeding. The sensitivity usually goes away quickly as long as your baby isn’t using your nipple as a teething ring.

When this happens, it is important to educate your baby that biting is not acceptable. If your baby bites, simply put away your breast and stop the feed. Your baby will soon get the message. Usually when your baby starts biting your nipple, it is a good indication that the actual feeding part is over and that your baby is just nursing for comfort or playing.

The Remedy
If technique is what is causing the soreness, your first step would be to perfect and correct your breastfeeding technique. Speak to experienced mothers, or seek advice from midwives and lactation consultants.
Avoid using soap to clean your breasts. Soap can dry skin and contribute to soreness and cracking of nipples. Warm water alone is enough to clean, and then allowing it to air dry. Alternatively, applying a little breast milk onto the nipples after every feed can be helpful.
Apply barrier ointment on the affected nipple and don’t wipe it off. There are brands which double as barrier ointment for nappy rash and also for nipple soreness, safe for both baby and mother.
If nursing becomes too uncomfortable, try expressing milk from the affected side until it heals sufficiently.
You can also try nursing on the unaffected side first before switching your baby to the affected side as your baby usually suckles less vigorously on the second breast which shouldn’t hurt as much.

Another option is to use nipple shields. These are plastic coverings that cover your nipples and provide a barrier against the friction of baby’s tongue on raw nipples.

Source : Baiboo Newsletter 

Sunday, November 22, 2009

Kasih & Sayang seorang abang

Sejak aku mengandungkan Firas, pesanan yang kerap aku sampaikan kepada Farish adalah

1. Nanti Farish kena sayang adik

2. Nanti Farish kena jaga adik

3. Farish kena jadi abang yang penyayang

Dan setiap kali aku pesan, farish sure akan cium perut aku sebab dia tahu dalam perut ibu ada adik.

Bila adik keluar, dia memang kotakan janjinya. 

 

Inilah rutin Farish setiap hari. Bangun pagi, cium adik, pas breakfast cium adik, pas mandi cium adik, nak tido, cium adik. Aku rasa sehari dekat 100x dia akan cium adik dia.

Lokasi ciuman: pipi, dahi, hidung, mulut, mata dan dagu

Walaupun Farish menunjukkan sayangnya pada adik, pernah juga Firas ni mendapat penampar jepun sedas dua dari Farish. Pernah juga kena cubitan manja (kadang tu berbekas juga) dari jari jemari abangnya.. Sebab tu memang tak boleh lepa tinggalkan Firas kat bawah. Lebih selamat letak dalam baby cot (walupun kekadang ada gak ancaman dari abang kesayangannya)

Tapi plaing bagus abang Farish ni sebab dia rela berkongsi susu ibu dengan adik. Dia tak pernah marahadik time menyusu, tapi akan setia dok sebelah ibu time menyusu adik. Dan kalau adik dah abih shif dan ibu terlupa tukar shif kat abang, sure mengamuk sakan.

Abi kata, itu mungkin doa dan pesan ibu sejak dulu lagi. Adik keluar nanti kena share susu ngan adik, kena sayang adik. Maka itu yang dia buat tiap2 hari dan tanpa disuruh.

Cuma ibu terlupa pesan kat Farish bahawa Farish pun kena share ngan abi gak. Sebab tu sampai sekarang Abi tak boleh dekat langsung ngan ibu. pasti abi kena tolak ke tepi.

Takper, next baby, ibu akan masukkan abi selaki dalam list... Sabarlah Abi.. Itu pun kira family planning kan.

Upload sikit gambar2 latest.

 

Tak sempat nak pakai tudung ibu ni. Alkisah hubby cepat jer nak snap gambar. Dah dapat tudung, Farish lak dah lari.

 

Abi lak amik alih layan adik

 

Firas amik gambar, mesti mata terbeliak.. Very good eye contact my son.


Wednesday, November 18, 2009

FIRAS @ 1 MONTH

Alhamdulillah, hari ini Firas dah genap sebulan.

Alhamdulillah syukur kerana Firas sentiasa berada dalam keadaan sihat dan membesar dengan sihat juga.

Hari ini aku dan hubby bawa Firas ke Klinik Kesihatan untuk check up sebulan.

Alhamdulillah

Berat = 4.08kg (berat lahir 3.24kg)

Panjang = 52cm (panjang lahir 50cm)

Hari ni Firas tak perlu cucuk (aku confuse ingatkan 1st month kena cucuk, rupernya tak)

Dan seperti biasa, nurse akan nasihatkan teruskan penyusuan ibu..

Insya Allah, ibu akan susukan hanya dengan susu ibu buat anak ibu ini. 


 

Gambar Firas genap sebulan.. Pas lahir putih gebu jer, sekarang dah sawo matang, memang anak ibu.

  

 

 

Tengoklah kepala Firas yang start naik rambut balik. 


 

Menangis sebab ibu tak angkat2 lagi.. tak larat nak posing dah.


Sunday, November 15, 2009

AMALAN BERPANTANG ORANG CINA

Meh kita share tentang pantang Masyarakat lain plak.


Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga

.sumber : http://malaysiana.pnm.my


AMALAN BEPANTANG MASYARAKAT INDIA

Ni aku copy paste amalan pantang Orang India plak



MASYARAKAT India percaya, amalan makan daun sirih, buah pinang dan kapur dalam tempoh berpantang dapat menambah zat kalsium.

Meskipun perubatan moden semakin berkembang, amalan tradisi dan upacara keagamaan masih diamalkan.

"Setiap wanita yang melahirkan anak bagaikan mati hidup semula. Ini kerana proses melahirkan anak diibaratkan seakan kelahiran kedua bagi setiap wanita.

"Semasa proses bersalin, si ibu menggunakan segala kudrat dan kekuatan tubuhnya," kata T. Anggaiyee, 57, bidan tradisional India diKapar, Klang, Selangor. Bekas pekerja ladang ini sudah menjadi bidan sejak dua dekad lalu.

Seperti masyarakat Melayu, amalan perbidanan masyarakat India dilengkapi dengan pelbagai rawatan tradisional, adat, pantang larang,petua, ramuan ubat-ubatan dan diet. 

"Wanita yang melahirkan anak perlu menjaga kebersihan diri secara terperinci. Penjagaan ini amat dititikberatkan terutamanya pada bahagian sulit wanita.

"Ini kerana organ tersebut mudah dijangkiti bakteria dan virus berbahaya," katanya yang pernah berkhidmat sebagai pekerja ladang di Bukit Guluh, Kuala Selangor kepada KOSMO! ketika ditemui di kediamannya.

Dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengisar, membancuh air asam jawa, berjalan di atas lantai simen baru, merendamkan tangan dalam air soda atau pencuci kain. Ini kerana aktiviti seumpama ini boleh menyebabkan mereka demam atau janni yang mungkin membahayakan nyawa si ibu.

"Wanita yang melahirkan anak digalakkan makan sayur-sayuran seperti araikkeerai (daun kurma). Sayur-sayuran ini dapat mencegah ibu menghidap daripada demam selain menawarkan tenaga yang berterusan. Iajuga baik untuk kesihatan bayi," jelas Anggaiyee yang juga seorang pengamal amalan perbidanan tradisional ini.

Menurutnya, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh 30 hari yang pertama sanak-saudara atau jirantetangga tidak digalakkan berkunjung ke rumah bayi yang baru dilahirkan.

"Walaupun pantang larang ini kelihatan pelik dan aneh tetapi ia sememangnya mempunyai tujuan yang baik kerana selepas kelahiran bayi baru keadaan rumah selalunya tidak teratur kerana tiada orang yang dapat menguruskan.

"Pada masa sama, tiada orang yang boleh melayan para tetamu yang melawat ke rumah tersebut kerana masing-masing sibuk menguruskan si ibu dan anak.

MANDI minyak dapat menguatkan otot dan organ tertentu.

"Selepas 30 hari, majlis menamakan bayi akan dbuat. Ketika upacara inilah saudara-mara dan sahabat handai akan dijemput untuk melihat bayi serta memberi restu kepada keluarga tersebut," katanya yang kini menjaga seorang bayi lelaki, M. Vilvan, lima bulan, yang tinggal berhampiran kediamannya.

Ibu kepada sembilan orang anak ini berkata, sewaktu tempoh pantang si ibu akan disajikan dengan pelbagai makanan berkhasiat. Barisan herba ini menjadi ejen penghapus kuman secara tidak langsung membantu untuk tumbesaran bayi serta kesihatan si ibu.

"Sejenis sup herba marunthu selavu akan dimasak bersama ayam kampung untuk si ibu mengubati luka akibat bersalin dan mengembalikan tenaga.

"Selain itu, selama dua bulan tempoh berpantang mereka juga dinasihatkan makan daun sirih, buah pinang dan kapur untuk menambah kalsium. Hidangan kepala kambing dan ikan yu bersama bawang putih pula berguna untuk membantu menghasilkan susu badan," jelas Anggaiyee yang mempelajari ilmu perbidanan daripada ibunya.

POTTU disapu di kening bayi yang bertujuan untuk melindunginya daripada anasir jahat.

Menurut beliau, selain ibu, bayi juga memerlukan penjagaan rapi.

"Proses memandikan bayi boleh dikatakan satu upacara yang istimewa dalam masyarakat India. Lantaran bayi yang baru lahir akan menjalani 'mandi minyak' yang disertakan beberapa bahan herba, antaranya sikai, kunyit kasturi, serbuk kacang hijau, minyak bijan dan semambu.

"Ketika memandikan bayi saya akan mengurut seluruh badannya dari rambut sehingga hujung kaki. Bayi juga akan diterbalikkan dan dihayunkan.

"Kesemua urutan ini secara tidak langsung membantu mengeluarkan toksin yang terkandung dalam badan, serta menguatkan otot-otot dan organ tubuh."

Sejurus dimandikan dengan pelbagai ramuan tradisional, bayi akan dikeringkan dengan asap yang mengandungi bahan seperti kulit bawang putih, daun notchi, kunyit dan minyak semambu. Rawatan ini membantu menangani masalah selesema dan batuk di kalangan bayi.

sumber : http://malaysiana.pnm.my

AMALAN BERPANTANG TRADISIONAL MELAYU

Sementara aku masih lagi dalam musim berpantang. Eloklah juga kalau aku share amalan2 berpantang (yang ada ikut dan ada gak aku tak ikut)

1) Bertungku  

Amalan bertungku adalah amalan penting dalam amalan pantang Melayu. Tungku biasanya diperbuat daripada batu atau besi. Ada juga yang menggunakan batu sungai, anak lesung, bata sebagai tungku. Tungku bukan bergantung kepada jenis bahan tetapi tahap kepanasannya. 
Biasanya selepas dipanaskan, tungku akan dibalut dengan kain (semestinya yang tahan panas), aku cuma gunakan tuala sahaja. Sebelum dibalut, tungku seharusnya dialas dengan daun , dan daun yang famous digunakan adalah daun mengkudu. Daun mengkudu mampu meresap kepanasan dan dapat merawat bahagian badan semasa bertungku. 
   

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring. Tungku diletak perlahan2 sekitar peha, pinggang, bawah perut (berdekatan ari2).. Sila dapatkan khidmat pakar untuk belajar teknik bertungku yang berkesan.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Aku bertungku setiap pagi (kalau rajin) sehingga masuk menggu ke3 sahaja.. Nampak sangat aku ni malas.

2) Berurut  


Berurut hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

  Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi.  

Macam aku aku berurut dengan bidan pada hari ke7,8 dan 9. Hari ke9 tu diakhri dengan mandi air sirih pinang, sintuk dan limau nipis yang dijampi oleh bidan. Dan seterusnya pada hari ke 43 @ 45 untuk menetapkan batu meriyan. Tapi rasanya macam nak pi spa lak lepas pantang sebab nak bagi kesegaran tambahan.


3) Mandi  

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
 
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

  Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai , daun bonglai, daun mengkudu  dan rempah halba. 
Tetapi sekarang sudah banyak prduk penjagaan bersalin mempunyai air rebusan mereka tersendiri. Dan juga kebanyakan bidan membuat bahan untuk air rebusan ini sendiri.

Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

mandi lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

Aku mandi air rebusan yang selama 2 minggu. Daun2 tu pak mertua aku yang bawa dari kampung. Makanya setiap hari suamiku akan merebus air daun2 itu untuk mandian aku. Selain mandi daun2 yang direbus itu diangkat dan diletakkan di atas bangku. Selepas itu, duduk di atas daun2 itu (seperti bertangas) supaya khasiat dari daun2 itu dapat menyerap masuk ke dalam badan.

Mandi lulur pula aku guna yang terdapat dalam set bersalin. Lulur seminggu sekali.
  
4) Bertangas  


Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan tangas:

· 9 keping asam gelugur

· 2 camca besar garam jantan

· 3 helai daun sirih ( Piper betel )

· segenggam inai ( Lawsonia terma )

· halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )

· 3 biji manjakani

Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

Aku tak buat tangas ni sebab mak mertua tak amalkan pun. Tangas aku sekali ngan mandi daun kat atas tu.

5)Memakai bengkung   

 Sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Selain tapel, ada juga yang menyapu minyak atau losyen sebelum memakai bengkung.  

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.  

Waktu bersalin anak pertama aku cuma pakai sebulan sahaja. Anak kedua ni aku akan cuba pakai sampai habis pantang. Dan aku tak sesuai nak pakai tapel dsb sebab menyebabkan allergy. Maka aku hanya sapu minyak ataupun tak sapu apa2.

   
6)Minum air akar kayu dan jamu  


Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

  Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

Aku tak suka minum air akar kayu. Jamu pun aku ambik yang moden2 punya mcm yang ada dalam set bersalin. Itupun aku hanya makan selepas sebulan bersalin. Aku lebih utamakan makan supplement yang doktor berikan.

 7)Makanan berkhasiat untuk yang berpantang

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

  Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Selain dari itu ulaman seperti pegaga , kunyit , halia (Zingiber officinale), cekur , mengkudu  dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang tua-tua buah mengkudu  jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.  

  Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain. .

Macam aku aku ikut apa yang mak mertuaku pesan saja.. Jangan makan makanan yang gatal, berbisa, sejuk. Aku minum air banyak untuk pengeluaran susu (dan sebab aku terlalu dahaga time pantang), makan makanan banyak kuah, makan buahan dan sayuran.  

(sumber: http://pkukmweb.ukm.my)

Saturday, November 14, 2009

HUNGER CUE

Hunger cue adalah kiu yang diberikan oleh bayi sekiranya bayi lapar. 

Bayi seharusnya disusukan apabila mereka memberikan tanda2 lapar. Tangisan merupakan indikator lapar yang terakhir. Menyusu akan lebih mudah sekiranya ibu dapat mengenalpastu tanda2 awal kelaparan.

Kiu2 kelaparan adalah:

A) Tahap awal  

- mengecap dan menjilat bibir

- menganga dan menutup mulut

- Menghisap bibir, lidah, tangan, jari, mainan ataupun kain


B) Tahap aktif

-  menghisap atau menjilat dada sesiapa yang mendukungnya

- berusaha untuk meletakkan diri untuk proses penyusuan, sama ada cuba melentang atau menarik baju anda                               

-  tidak mahu duduk diam, mengeliat tanpa henti

- memukul anda pada lengan atau dada berkali2

- merengek atau bernafas dengan cepat


c) Tahap Akhir

-  menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan

- menangis


Bayi akan sentiasa tidur pada siang hari. Perlukah dikejutkan untuk menyusu?

Ya! Bayi perlu dikejutkan untuk menyusu. Bayi perlu disusukan apabila memberikan kiu lapar dan sepatutnya disusukan setiap 2 jam pada siang hari. Apabila bayi sudah mendapat pertambahan berat yang ideal (sekurang-kurangnya 4aun setiap minggu, untuk bayi di bawah 4 bulan), anda boleh untuk tidak mengejutkan bayi ketika tidur dan pantau kekerapan menyusunya. 


Bayi saya tidur lama di waktu malam. Perlukan saya mengejutkannya untuk menyusu?

Sekiranya bayi anda berusia kurang dari 4 minggu, adalah baik untuk anda mengejutkannya setiap 4-5 jam untuk disusukan. Sekiranya bayi anda telah mencapai 4 minggu, anda boleh benarkan bayi tidur selama mungkin seandainya kekerapan membuang air kecil, air besar dan peningkatan berat selari dengan perkembangan bayi normal. 


Bayi saya suka menghisap jari. Adakah itu tanda2 dia lapar?

Menghisap jari bukanlah satu2 kiu lapar. Sekitar usia 6-8 minggu, bayi mula pandai mengawal tangan dan jarinya dan suka memasukkan ke dalam mulut. Ianya juga adalah biasa untuk bayi menghisap jari dan tangan apabila gusi mereka sudah bersedia untuk proses pertumbuhan gigi.




Thursday, November 12, 2009

DEEP LATCH TECHNIQUE

Untuk mendapatkan susu dari payudara, bayi perlulah melekap sempurna ke atas payudara. Makna ' melekap' menggambarkan cara bayi mendapatkan payudara ke dalam mulutnya. Semakin baik pelekapan,semakin mudah bayi mendapat susu.

"Deep latch Technique" dapat membantu bayi menyusu dengan lebih mudah. Ini dapat menghalang puting daripada luka atau melecet. 

Ingat: menyusu sepatutnya tidak menyakitkan. Puting melecet bermakna bayi perlu melekap dengan lebih mendalam.

 
1. Pegang payudara dengan ibu jari dan jari tengah anda berada pada hujung areola membentuk "C" (football hold) atau "U" (cross cradle hold).  Tekan payudara dengan menggunakan jari dan ibu jari.  
 
2. Apabila meletakkan bayi ke payudara, sokong kepala bayi dengan tangan, ibu jari berada pada sebelah telingan manakala jari kelingking berada bagi telinga sebelah lagi. Pastikan tapak tangan memegang leher bayi. Dongakkan sedikit kepala bayi.
 
3. Dengan kepala bayi sedikit mendongak, angkat kepala bayi dan sentuh puting anda. Puting seharusnya berada pada bahagian bibir atas bayi. Tunggu sehingga bayi membuka mulut dengan luas, kemudian sua payudara anda ke mulut bayi dengan meletakkan pada bahagian bawah bibir. Sekarang angkat sedikit kepala bayi ke hadapan dan letakkan puting anda di belakang rahang atas bayi. Tekan payudara dengan ibu jari anda supaya puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4. Tunggu beberapa saat, kenudian lepaskan tekanan payudara anda. Sekiranya hidung bayi tertekan dengan payudara anda, dongakkan sedikit kepala bayi agar anda dapat melihat lubang hidung bayi. Ketika ini tidak perlu menekan payu dara anda lagi.

Nota kaki : Sekiranya kepala bayi terlalu kebawah dan kehadapan, bayi tidak dapat meletakkan rahang bawah dengan betul di bawah areola. Keadaan ini menyebabkan berlakunya puting melecet, luka dan sebagainya.

Deep Latch technique ini boleh digunakan dalam apa keadaan posisi menyusu, tetapi sebaiknya anda duduk dalam keadaan tegak dan gunakan bantal untuk menyokong belakang anda dan juga bayi. 


 

Sumber : terjemahan dari artikel Kellymom.com
 

For a start

Sebenarnya, aku plan nak start buat stok starting next week bila Firas dah berusia sebulan. Selama ni, aku hanya pam untuk kosongkan breast pas Firas menyusu.Selalunya dapat ciput jer, 1 oz dan kadang tu tak smpai. Time Farish ada kat rumah, itu tugas Farish untk kosongkan B aku. Maka sebab itu aku belum sempat nak buat stok sebab bila pam dapat ciput.


Pagi tadi (since Farish tak ade semalam, tidur rumah BS), bangun tu B kanan aku engorge, so susukan Firas dulu. pastu mandikan Firas. Pastu susukan Firas balik (sebab before mandi, Firas menyusu kejap sangat).. Dan after Firas menyusu pun rasa breast cam penuh lagi.. Dan aku pun amik Avent manual pump aku, dan start pam untuk kosongkan breast. Pam dan pam dan pam.. inilah hasil aku.

 

Alhamdulillah, dapat dekat 4oz.. A good start untuk aku. Rasa bersemangat nak kumpul stok start hari ni. Selalunya time kosongkan B aku cuma mampu dapat 1oz jer.


aku rasa antara puncanya Farish takde. Selalu bangun pagi Farish akan menyusu dulu for both breast. pagi ni Farish takde.

Dan juga maybe sebab semalam, sebelum hubby pergi KL dia belikan aku dua benda kat bawah ni


 

Chocolate Milk (4 bekas) dan juga Anmum Lacta.. Chocolate milk tu aku dah habiskan 2 bekas dalam tempoh sehari..

So lepas tu aku pun terus masuk bilik store, cari balik kotak yang aku simpan botol2 susu untuk stok ebm. Dan sekarang ni aku tgh sterilkan mereka2 itu..

Monday, November 9, 2009

PENYUSUAN BERKESAN

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, perhatikan tanda-tanda penyusuan ibu yang berkesan seperti berikut:


Tanda penghisapan yang berkesan
1. hisapan perlahan dan dalam
2. nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
3. dengar bunyi bayi menelan
4. hisapan cepat dan cetek


Kekerapan penyusuan
1. susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya, “on-demand feeding“
2. sentiasa bersama bayi supaya boleh menyusukannya dengan kerap
3. minggu pertama – susukan bayi lebih kerap
4. bayi yang tidur lama (lebih daripada 2-3 jam) perlu digerakkan untuk disusukan
menyusu kerap pada waktu malam
5. purata penyusuan 8-12 kali dalam 24 jam


Tanda bayi mendapat cukup susu
1. bayi berhenti sendiri apabila kenyang
2. penyusuan kerap 8-12 kali dalam 24 jam
3. kencing lebih 6 kali dalam 24 jam
4. kekerapan membuang air besar yang normal (4-8 kali dalam 24 jam)
5. bayi kelihatan puas, ceria dan kulit bayi sihat
6. payudara ibu penuh sebelum menyusu dan ‘ringan’ selepas menyusu


Memberhentikan penyusuan
1. biar bayi melepaskan puting payudara dengan spontan
2. payudara kedua diberi selepas bayi selesai menghisap payudara pertama
3. berikan kedua-dua payudara secara bergilir selagi bayi hendak terus menyusu
4. jangan alihkan bayi dari payudara selagi dia sedang menyusu kecuali untuk membetulkan pelekapan
5. untuk memberhentikan pelekapan bayi, masukkan jari kelingking ke tepi mulut bayi untuk mengeluarkan puting payudara dari mulutnya

Sumber :Booklet Penyusuan Susu Ibu, PPUM

BENGKAK SUSU

APA ITU BENGKAK SUSU?

Bengkak susu adalah istilah yang diberikan oleh orang lama2. Bengkak susu ataupun payudara bengkak ataupun breast engorgment.

Bengkak susu ni biasa berlaku pada hari 3-6 selepas kelahiran apabila peningkatan dalam pengeluaran susu ibu bertambah . Payudara akan kelihatan menjadi lebih besar,penuh, berat daripada biasa dan kadangkala menyebabkan kesakitan pada payudara.  Ini adalah petanda bahawa hormon prolaktin sudah mula berfungsi dengan berkesan (untuk menghasilkan susu baru apabila payudara dikosongkan). Biasanya pembengkakan payudara yang normal tidak menyakitkan dan bayi masih boleh menyusu dengan baik.

Walaupun begitu sekiranya bengkak susu tidak ditangani segera, pembengkakan akan menjadi serius, dan kesannya :
*payudara menjadi sangat tegang dan kelihatan berkilat,
*payudara terasa hangat, berdenyut-denyut 
*bayi sukar melekap dengan baik,
*kadangkala terasa sakit sehingga ke bawah ketiak,
*puting tersumbat, pengaliran susu tidak lancar,
*boleh menyebabkan ibu demam.

Bagaimana mengelak bengkak payudara?
a)Susukan bayi sekerap mungkin iaitu 10-12 kali dalam tempoh 24 jam, bermakna setiap 2-3 jam sekali termasuk pada waktu malam.
b) Penyusuan “on demand” iaitu menyusu pada bila-bila masa yang bayi mahu. Tetapi sekiranya bayi asyik tidur, kejutkannya dan susui dia pada selang masa 2-3 jam sekali.
c)Biarkan bayi ”menghabiskan susu” pada sebelah payudara sebelum menawarkan payudara yang satu lagi. Jangan bertukar-tukar payudara sepanjang bayi menyusu.
d)Pastikan lekapan bayi betul untuk memastikan penyusuan berkesan.
e)Pastikan posisi bayi menyusu dalam keadaan selesa, tidak menyakitkan ibu dan tidak menekan mana-mana bahagian payudara.
f)Sekiranya bayi tidak mahu menyusu atau menyusu sekejap-sekejap dan payudara masih berbaki susu, perah atau pam susu  untuk mengekalkan penghasilan susu dan mengelakkan pembengkakan.
g)Elakkan menggunakan bra yang agak ketat dan menekan mana-mana bahagian payudara kerana ini boleh menyebabkan saluran susu tersumbat dan mastitis.

Bagaimana menangani bengkak susu?

1. Sebelum menyusu
-buat urutan lembut pada payudara dari atas menghala ke puting
--tuam sejuk payudara selama beberapa minit
mandi dalam pancuran shower air suam sebelum menyusu untuk melancarkan pengaliran susu (tetapi jgn halakan pancuran terus ke payudara)
-elakkan tuam panas terlalu lama pada payudara sekiranya pembengkakan sangat serius kerana ia boleh menyebabkan keradangan dan pembengkakan menjadi lebih teruk
-sekiranya bayi sukar melekap pada payudara kerana puting menjadi leper akibat pembengkakan payudara, perah/pam sedikit susu sebelum bayi menyusu

2. Selepas menyusu dan antara waktu menyusu
-jika bayi sudah kenyang dan berhenti menyusu tetapi payudara masih terasa berat dan ibu rasa kurang selesa, perah/pam payudara untuk mengeluarkan “semua” susu yang masih ada
perahan menggunakan tangan adalah lebih baik kerana ia melancarkan perjalanan susu sepanjang duktus susu; atau gunakan pam dengan kadar sedutan paling rendah untuk mengelakkan kerosakan tisu payudara
-buat urutan dari atas menghala ke puting semasa memerah susu
-tuam sejuk payudara (menggunakan ice packs) selama selang masa 20 minit
-tuam dengan kobis sejuk juga boleh membantu menyusutkan bengkak payudara
-berjumpa doktor untuk rawatan jika pembengkakan terlalu teruk



Sumber: momschoice.com

Sunday, November 8, 2009

GADJET BF KU

Sebenarnya aku belum lagi start buat stok. Aku nak tunggu sampai sebulan then baru start buat stok dengan gigihnya..


Apa yang aku ada yer untuk persediaan aku (sebenarnya guna yang dulu jugak, semuanya masih berada dalam kualiti yang memuaskan)

 

Inilah yang menyambung nyawa perjalanan BFku . Selepas pam pureenku dah nazak, aku terus tangkap Spectra3 ni. Alhamdulillah, berbaloi-baloi..

 

Avent Manual ni aku guna bila aku kena outstation. Selalu aku bawa time buat visit ke Hospital Langkawi, pergi meeting yang just amik masa sehari, bila nak bagi Spectra3 ku relax jap.

Dan ini pun berbaloi-baloi.


 

Selain dari bekas dadih, aku juga gunakan playtex liner ni untuk simpan stok ebm. Menjimatkan space sangat. Masih ada balance lagi, sebab aku baru jer beli time tu.


Dan aku teringin untuk melihat kembali fridgeku berkeadaan begini

 

Ini gambar time fridge tgh sarat dgn ebm (suatu ketika dulu)

 

Dan aku berharap juga kali ini deep freezer yg ku beli 2 hari sebelum berita ku pregnant lagi, dapat dipenuhkan dengan stok ebmku kembali. (sekarang ni deep freezer aku penuh ngan ais dan ikan2)


INSYAALLAH...





THE MARMET TECHNIQUE

Apa itu Marmet Technique?

Marmet Technique merupakan teknik memerah susu badan dengan menggunakan jari jemari anda. Anda perlu tahu bahawa tiada alat memerah susu (breastpump) yang dapat meniru hisapan sebenar bayi seperti tangan anda.


Seingat aku, aku apply technique ni waktu aku tak bawa cukup compartment Avent BP aku time gi Langkawi.. Nak taknak terpaksa guna tangan.

Dan sekarang ni aku menggunakan juga teknik Marmet ni untuk mengosongkan breast selepas menyusu. Aku tak terfikir untuk gunakan teknik ni terus sebab aku memang bergantung ngan breastpump aku.. tapi di kala kecemasan, teknik Marmet ini memang perlu..


Mari kita belajar sama2.

 

Diagram diambil dari moondragon.org

MY BREASTFEEDING JOURNEY BEGINS... AGAIN

Alhamdulillah, selepas berjaya fully BF Farish selama setahun, kita perjalanan breastfeedingku kembali dengan kehadiran Firas. Pengalaman menyusukan Farish tanpa ilmu yang cukup akan ku jadikan iktibar dan aku tidak lagi menoleh ke belakang. Insya Allah, dengan izin Allah, aku akan menysukan Firas sekurang-kurangnya untuk 2 tahun dan juga menyusukan kembali Farish (mengikut kehendaknya). 


Untuk topik pertama Breastfeeding, mari kita tengok teknik2 breastfeeding yang disarankan


Posisi penyusuan yang baik

Sentuh bibir bayi dengan hujung puting sehingga dia membuka mulutnya. Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat). Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul. Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu

Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik saja bayi berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas mengenai penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

Beralih payudara

Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

Sendawakan Bayi

Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawa. Letakkan bayi di bahu anda dan gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

Pilih posisi yang selesa

Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat kepada anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

Posisi dakapan- Ini adalah posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda, sokong belakang badan dan punggung bayi serta lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya

Posisi ‘football hold’- Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘cesarean’ memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. Sokong kepala bayi dengan tangan, gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.

Posisi berbaring - Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’ ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. Sokong kepala anda dengan lengan dan sokong bayi anda dengan lengan atas




sumber : Persatuan Pemakanan Malaysia dan Persatuan Pediatrik Malaysia

Friday, November 6, 2009

Kisah Handzalah

Ini adalah kisah Handzalah yang menjadi inspirasi Hubby untuk anak kedua kami

Kisah Handzalah

Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Handzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Handzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang waktulagi Handzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Handzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Handzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Handzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Handzalah. Wajah Handzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Handzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

copy paste from camelisonta.wordpress.com


Lirik lagu Handzalah

Handzalah
Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

NAMA ANAK-ANAKKU

Bila disahkan mengandung, ibu dan bapa mesti aktif mencari nama2 yang sesuai untuk buah hati mereka. Ada yang cuba menggabungkan antara nama ayah dan ibu, ada yang guna tema bunga, ada yang letak nama2 moden. Tapi bagi aku nama anak2 biar bermakna dan aku lebih suka meletak nama anak-anakku dengan nama dari Bahasa Arab, yang baik maknanya.

Dan nama2 anakku ada kisah disebaliknya.

1. TENGKU MUHAMMAD FARISH HAIKAL
Muhammad = Yang terpuji
Farish = pelengkap/permaidani
Haikal = kesuburan

Nama Tengku Muhammad Farish Haikal ni kami beri sebab
i) Arwah mak dah berpesan, sekiranya dapat anak lelaki, namakan dia dengan Muhammad. maka sebab itu semua anak lelaki aku berpangkal dengan Muhammad
ii)Hubby telah mendapat mimpi, di mana hubby ternampak nama "FARISH" tertulis di atas langit. Dan bila cari dalam buku, tak jumpa maksud, so terpaksa buka kamus Arab untuk cari makna Farish ni.
iii) Haikal - nama ni dapat on the spot. Mulanya nak letak Tengku muhammad Farish jer, tapi kat dalam wad, hubby kata, cam tergantung jer nama Farish ni, dia nak letak satu lagi nama kat belakang. So, aku pun buka buku nama2 bayi, cari nama yang rhythmic dan boleh dikaitkan dengan Farish.. Last2 dapat nama Haikal itu.

Itu cerita tentang nama Farish

2. TENGKU MUHAMMAD FIRAS HANDZALAH
Muhammad = Yang Terpuji
Firas = kecerdikan
Handzalah = Nama sahabat nabi/seorang pejuang Islam yang Syahid

i) Sebenarnya hubby sangat minat dengan lagu Rabbani "Handzalah" dan juga sangat minat dengan sejarah Handzalah ini. Hubby cakap, nanti kalau dapat anak lelaki lagi, nak letak nama Handzalah.
ii) Bila confirm baby dalam perut ni lelaki, kitorang pun start cari nama gabungan untuk Handzalah. Discuss punya discuss so, decide nat letak nama baby dengan pangkal FH jugak macam Farish Haikal. Selepas disenaraipendekkan, nama Firas menjadi pilihan kerana a) maksudnya b) lebih kurang nama Farish jugak.

Thursday, November 5, 2009

Anakku- Tengku Muhammad Firas Handzalah

Firas Handzalah dilahirkan pada 18 Oktober 2009 pada jam 6.22pm. Juga di Hospital Sultanah Bahiyah. Berat Firas waktu dilahirkan adalah 3.24kg.

Aku mengandungkanFiras semasa umur Farish baru 9 bulan. Aku memang tak merancang nak anak lagi dalam waktu yang terdekat, tapi rezeki Allah nak bagi secepat itu, kami terima.

Mengandungkan Firas amat menyenangkan. Sama macam Farish, aku tak mengalami sebarang alahan. Malah sihat sepanjang mengandung.. Jangan tak caya time kandungan aku 6 bulan, aku siap join teasure hunt kat Langkawi dan juga travel gi Medan makan angin lagi.

Melahirkan Firas is priceless. Entahlah, kalau orang offer aku untuk beranak lagi aku sanggup seandainya proses bersalin itu semudah aku lahirkan Firas. Boleh baca story aku bersalinkan Firas kat sini  dan kat sini

Tengoklah gambar2 Firas semasa dilahirkan

 

Ini pulak semasa berada di wad

 


Dan ini gambar terkini Firas (takdelah terkini pun sebab ibu ada sedikit malas mengambil gambar)

 

Alhamdulillah perkembangan Firas amat meberangsangkan. Jaundis dah turun, last buat TSB dan 7.6, tak perlu repeat dah.

Waktu umur 10 hari berat Firas dah meningkat ke 3.4kg dan semasa 20 hari dah meningkat lagi ke 3.6kg. 


Menjaga Firas pun amat mudah. Mungkin dia tahu yang ibu kena pantang sendirian. Dia hanya bising kalau lapar dan napkin dia basah saja.. Tapi kekadang tu time malam ada gak dia buat perangai, nak tidur atas riba plak. Terpaksalah ibu tido sambil duduk.. 




Sunday, November 1, 2009

Anakku - Tengku Muhammad Farish Haikal

Tengku Muhammad Farish Haikal adalah anak pertama aku. Kehadirannya selepas 10 bulan berkahwin benar-benar mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri.

Dilahirkan pada 5 April 2008, dengan tempoh kandungan baru 36minggu waktu itu. Farish dilahirkan secara induce sebab air ketuban dah leaking dan uri dah matang time tu. Farish dilahirkan secara normal dengan berat lahir hanyalah 2.48kg jer. Kecikkan Farish.. Tapi pengalaman melahirkan Farish amat mudah.


Tengoklah Farish time selepas dilahirkan..







Dan disebabkan tubuh Farish yang kecik ni, dia memang senang terdedah dengan risiko jaundis. Masuk hari ke4,  jaundis Farish dah sampai TSB 10, hari ke5 naik 12 dan terus kena admit. Tapi Farish anak yang kuat, kena phototx tak smapai 24jam, dah discharge.

Atas kesilapan aku n hubby yang masih 0 knowledge dan dengar macam2 petua, aku n hubby telah berikan Farish susu kambing untuk kurangkan jaundis, dan akibatnya Farish kena sepsis pada hari ke9 dan kena admit wad lagi sampai hari ke14.. Kesian sangat tengok Farish, dan aku kena berulang alik setiap hari ke hospital untuk menyusukan dan menghantar EBM kepada Farish..


Dan Alhamdulillah, selepas itu perkembangan Farish amat memberangsangkan. Dari bulan ke bulan berat dia makin meningkat dan menjadi anak yang sangat montel.. Itulah penangan susu ibu.. Ya! Masuk bulan ke3, aku menyusukan Farish secara exclusive. Tengoklah gambar2 Farish yang montel2 ni.


 






                                                     

 


    

Dan kini Farish telah berusia setahun 6 bulan.. Perkembangan dia aku katakan seperti kanak2 lain. Cuma pertuturan dia agak lambat.. Sekarang ni pertuturan dia yang paling jelas 

Bu= ibu

Mak=mak

ayah

naknak

tek = tetek

dek=adik

dan juga mempunyai pelabagai bunyi bermakna untuk melabelkan benda.


Tapi kau tak risau sangat sebab kemahiran pra-pertuturan, kemahiran bahasa reseptif, kemahiran sosial cognitive level dia adalah advance...


Dan semoga Farish akan membesar sebagai anak yang soleh dan menjadi abang yang baik dan penyayang kepada adik-adiknya..

     


Related Posts with Thumbnails