ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, June 6, 2010

Masalah Penyusuan: Low milk Supply



Low Milk Supply atau kurang susu adalah salah satu lagi masalah penyusuan yang ibu-ibu hadapi.
Check cheklist kat bawah ini sama ada ibu-ibu betul-betul mengalami kurang susu atau perkara lain.
1. bayi menyusu terlalu kerap -> mungkin bayi mengalami growth spurt ataupun hanyalah pattern penyusuan bayi
2. bayi meragam -> mungkin bayi kembung
3. Payudara ibu lembut dan tidak berasa penuh -> payudara penuh biasanya berlaku pada hari ke3 hingga hari ke14 selepas kelahiran, sebelum dan selepas waktu itu biasanya payudara bersifat lembut
4. tidak mengalami kebocoran susu pada payudara - > sesetengah ibu tidak mengalami kebocoran tetapi mempunyai kuantiti susu yang banyak
5. ibu tidak merasa milk ejection reflex /letdown reflex -> normal
6. bayi menyusu sekejap sahaja - > bayi telah sukup kenyang
7. sekiranya disuakan botol bayi terus menghisap -> untuk bayi yang baru lahir itu adalah tindakan reflex.

Punca-punca kurangnya susu adalah seperti berikut:
1. Memberikan formula, jus dan memperkenalkan solid food terlalu awal menyebabkan bayi kurang menyusu dan mengurangkan bekalan susu
2. Posisi penyusuan dan lekapan yang tidak sempurna membawa kepada penyusuan tidak berkesan dan menyebabkan bekalan susu berkurangan
3. Niple confusion
4. Penggunaan puting tiruan dan menghisap jari ; kedua-duanya menggantikan hisapan bayi pada payudara
5. penggunaan nipple shield; mengganggu proses stimulasi saraf dan menghadkan isyarat ke otak untuk penghasilan susu.
6. bayi tidur lama (sleepy baby)
7. menyusu terllau singkat: bayi belum puas menyusu, ibu sudah memberhentikan penyusuan
8. ibu hanya menyusu pada sebelah payudara shaja
9. merokok boleh mengganggu milk ejection reflex dan paras prolactin
10. sesetengah herba dan ubat-ubatan boleh mengurangkan susu ibu
11. ibu tidak mengambil minuman dan makanan selengkapnya dan secukupnya
12. perancang kehamilan ; sesetengah perancang kehamilan boleh mengakibatkan pengurangan susu ibu. Bincang dengan doktor sebelum mengambil perancang keluarga
13. Ibu mungkin mengandung semula

Penyelesaian yang mungkin
1. skin-to skin contact
2. periksa posisi dan teknik lekapan yang betul
3. berikan bayi menghisap pada kedua-dua payudara
4. pastikan bayi menghisap dengan betul
5. berikan bayi susu ibu semata-mata, elakkan pemberian susu formula ataupun supplement
6. ibu perlukan rehat yang cukup, makanan yang seimbang.

1 comment:

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails