ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, February 26, 2011

Seminggu menjalani kehidupan sebagai ibu tanpa abi

Sebenarnya bukanlah pertama kali ibu tinggal bersama anak-anak tanpa abi. Tapi selalunya abi pergi tak jauh. Selalu paling lama pun 3-4 hari berkursus. Ada juga abi kena kursus 3 minggu, tapi itu kat USM, time intensive class. Sebab kat penang jer kan, so bila lapang, abi akan balik rumah.. Selalunya selang 2 hari abi balik.

Kali ini abi kena berkursus seminggu di Akademi Bomba kat Kuala Kubu Baru. Entah apa kes kakitangan perubatan kena pergi kursus bomba, semua ni disebabkan oleh akreditasi hospital. Since abi merupakan staff incharge keselamatan di jabatannya, so abi dipilih secara paksa untuk attend kursus tu.

Sebenarnya bukanlah cabaran sangat, lagipun dah biasa pun kena tinggal. Cuma kali ini agak mencabar sebab Farish dan Firas tiba-tiba demam. Masuk hari kedua, badan Firas dah panas, kena selesema. Petang tu pulak Farish pulak join. Malam tu Farish muntah-muntah, tak mau makan. Hanya minum dan makan ubat saja. Firas pulak menyusul selepas tu muntah-muntah, sampai 4 kali ibu kena salin baju ibu (sebab Firas muntah atas ibu). Farish pulak asyik meracau, Firas pulak tak boleh nak tidur sebab asyik batuk2.

Esoknya tu pulak, ibu kena pergi Langkawi untuk monthly visiting hospital Langkawi. So kena bangun awal dan bertolak seawal 6pagi untuk ke Jeti Kuala Kedah. Nasib baik ibu dapat BS yang sangat baik. Ibu hantar anak-anak ibu ke rumah BS dulu, dan terus ke Kuala Kedah.

Balik tu keadaan Farish dah ok, cuma Firas pulak dah start sesak nafas. Firas memang kalau selesema jer, mesti sesak nafas.. Since keluarga ibu memang ada sejarah asthma, takut juga berjangkit kepada anak-anak ibu pula.

Dan nasib baik juga abi dah belikan nebulizer set kat rumah. Maka tak perlulah ibu kena ulang alik ke hospital untuk bagi neb kat Firas. After kena neb baru Firas boleh tidur lena. Masuk hari ke4, baru dua-dua hero ok.

Sebenarnya selama ini kalau anak-anak ibu sakit, abi yang akan berperanan menjaga mereka, seglaa ubat-ubat dan treatment abi yang uruskan. So bila jadi ketika hanya ibu seorang, menaglah gabra, cuma ibu tak berani nak inform abi, takut abi risau, tak senang dia nak berkursus.

Dan ibu pun terfikir macam manalah pasangan yang hidup PJJ ni? Ibu PJJ seminggu pun dah macam-macam berlaku..


Friday, February 25, 2011

Makanan bayi semasa travel

Sahabat ibu bertanya bagaimana nak sediakan makanan bayi kalau kita sedang melancong atau pergi kursus dengan membawa bayi sekali. Taknaklah bagi nestum kat baby.

okay, kat sini ibu nak kongsi apa yang ibu praktikkan semasa ibu pergi bercuti atau berkursus.

Ibu lebih suka bagi fresh food kat baby. so apa yang ibu buat, ibu akan angkut slow cooker comel ibu. Slow cooker ni purposely buy for travel. Tak silap time ibu beli tu harga dalam RM60 kot. Comel jer, boleh sumbat dalam luggage bag.

Ni rupa slow cooker ibu.(ihsan google)

Pastu ibu prepare siap2 beras blended, serbuk ikan bilis (refer sini), carrot, brokoli.
So kat hotel bila malam sebelum tidur, ibu masak siap2.. masuk semua bahan dalam slow cooker, pastu tidur, bangun esok pagi, dah masak dah bubur.

Bubur hotel pun boleh guna, tapi better rasa dulu bubur hotel tu. Experience ibu, diorang dah campur garam dan perisa dalam bubur tu, so sangat tak sesuai untuk baby bawah 1 tahun.

Selain dari cara ibu, boleh juga bekukan bubur siap-siap. Bukan setakat bubur, puree pun boleh bekukan. Bwa macam EBM, letak dalam cooler bag, nanti dah sampai hotel, transfer masuk fridge hotel. Nak guna, keluarkan rendam dengan air suam (macam kita suamkan EBM)..Nak panaskan terus pun takpa dengan microwave atau atas api.

Kalau makanan semasa perjalanan, ibu akan masukkan dalam termos pot. Biasanya tahan panas sampai 5jam. Tapi kalau dapat very good termos, boleh tahan panas sampai 8-10jam. (macam termos air tu).

Termos pot ni ibu dapat free time beli fridge.

So, takde masalah nak bawa baby jalan-jalan. Ada banyak lagi tips time travelling ni. Kena rajin google yer.

STICKY POST: Kursus Malaysian Breastfeeding Peer Counselor 2011

PLEASE SCROLL BELOW FOR THE LATEST ENTRY


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bagi pihak pengurusan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), saya ingin mewar-warkan bengkel latihan MBfPC untuk tahun 2011. Tarikh bagi bengkel latihan yang telah ditetapkan untuk sepanjang tahun 2011 adalah seperti berikut: [sila rujuk gambar yang disertakan]

Untuk makluman semua, bengkel ini biasanya dijalankan selama 3 hari berturut-turut. Walaubagaimanapun, untuk kawasan tengah(selangor dan WP) bengkel akan diadakan selama 4 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad selama 2 minggu berturut-turut.

Walaubagaimana pun, maklumat mengenai lokasi, yuran penyertaan dan lain-lain makluman akan diumumkan melalui e-mail jemputan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.

Bagi yang berminat untuk menyertai program-program latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

I) nama
Ii) alamat
Iii) nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.


*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).

-MBfPC- Admin Team


Buat sahabat-sahabat ibu terutama yang berada di sebelah Kedah dan Perlis ni, jom ramai-ramai join MBFPC ni. Semoga selepas ni lebih banyak aktiviti kita boleh rancang bersama.


Monday, February 14, 2011

CUTI-CUTI PANGKOR 2011

Dah lama rasa tak buka blog.. Kekangan masa dan juga kadang tu sindrom M melanda menyebabkan blog ibu bersawang lebih dari 3 minggu dah kot.

Ini entry dah lama ni, upload gambar dah lama, tapi tak sempat nak mengarang.
CNY yang lepas ibu dan family ibu beserta family kakak ibu berkesempatan mengunjungi Pangkor untuk our 1st holiday vacation 2011.

Actually tak dirancang pun, tapi last minute tetiba abi dan abang ipar ibu plan together-gether nak pergi Perak pulak. Since abi tak pernah pergi Pangkor, abi pun request nak pergi Pangkor. Bayangkan lagi 3 minggu CNY, call semua chalet semua full.. Call punya call, at last dapatlah juga chalet Nipah Bay Villa. harga jangan tanyalah, kena faham, peak hour, hotel cokia pun harga dah dekat RM2oo.

Abi melangkah ke masuk ke jeti Lumut

Kami sampai Lumut dalam pukul 4 rasanya, terus beli tiket, tiket harga RM10 pergi balik. Okaylah. Time ibu pergi tahun 2003, pergi balik RM4 (time tu ada diskaun)
Kat Lumut orang takdelah ramai sangat, konsep feri Pangkor, 1st come 1st serve. Tak macam Langkawi yang ada time.

Bergambar sementara nak naik feri

Firas excited dapat naik feri
Dalam feri

Perjalanan Lumut- pangkor mengambil masa 20min. Sampai jeti Pangkor pun takdelah busy sangat. Terus ambik van dan pergi ke chalet.
Takyah bawa stroller or troli, beg pun boleh jadi troli Firas

Dalam van menuju ke Teluk Nipah

Inilah entrance chalet Nipah Bay Villa


Sampai chalet, check in pastu turun minum petang. Pas solat Asar, terus pergi pantai. Chalet ibu ni kira hujung teluk Nipah dah, so takdelah tumpuan sangat, tapi orang memang ramai. Air jernih dan cetek, so Farish dan Firas memang enjoy. Kitorang pergi kat sebalik batu2 besar sebab abi dan anak buah ibu nak memancing kat atas batu2 tu.



Bergembira bermain kat dalam air. Kawasan ni air dia cetek, jernih dan takde ombak.

Kaki pancing sedang memancing, tapi ikan takdak, takut pun sebab ramai sangat manusia.

Pas berenang kat situ, pindah tepi pantai pulak (time ni yang sedih nak cerita).. sebab kamera Sony cybershot ibu telah tercelup dalam air masin, terus keringkan dan pastu terus padam.. huwaa. tak dapat nak ambil gambar.

Malam tu kitorang pergi cari makan kat Teluk Nipah tu.. Aduyai! Orang punyalah ramai mengalahkan pasar malam Jalan TAR. Pastu ikan bakar, mak oi! cekik darah betul. Kalau ikan tu nampak fresh takperlah juga, kerang satu mangkuk polisterin kecik tu pun dah RM6. Huih! last2 tak jadi nak makan ikan bakar, order nasi goreng jer. Itupun berkurun tunggu. Bukannya ramai pun makan kat kedai tu.. Memang buatkan semua orang naik hangin.

Keesokannya, kami ambik trip bot pergi island hopping, tak hopping mana pun, dia tunjuk tempat snorkeling (yang penuh gila dengan orang), pastu ronda2 sat keliling pulau, pastu landing kat pantai Teluk Man. Kat situ dia tinggalkan kami untuk berenang, nak snorkeling pun boleh. Time sampai tu memang kami dengan ada 1 family jer kat situ.. Best la sebab rasa macam privasi (kalau compare berenang kat Teluk Nipah). Lepas setengah jam, mai satu bot, pastu mai satu bot.. last2 penuh Teluk Man tu dengan orang lain. hilang privasi dah.

Farish bergaya dengan life jacket

Firas kat mana pun boleh lelap

Seronok anak ibu main, time ni takde orang lagi kat Teluk Man ni

Umpama askar

Tido lagi

Dah penuh orang dah

After dua jam kat situ, call bot,balik Chalet, dan siap2 check out.

Menunggu van nak balik ke jeti
Kat jeti Pangkor pulak, mak oi! ramainya orang.. beratur sampai luar jeti nak naik bot.. Letih tu memang takyah cakaplah, nasib baik Firas tak meragam sangat.

So moral of the holiday, jangan pergilah bercuti tempat2 tumpuan time cuti panjang macam CNY lepas. Sebenarnya rasanya nilah 1st time ibu bercuti time CNY, selalunya lepak rumah, pergi kenduri jer.

p/s: gambar tak banyak sebab camera ibu dah masuk air... so yang last2 tu gambar dari handphone jer..
Related Posts with Thumbnails