ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, February 9, 2010

Lagu Fevourite Farish

Tetiba jer Farish ada lagu feveret.

Ibu tak kisah kalau lagu feveret Farish tu lagu Wonderpet ker, Barney ker, Upin Ipin ker.

Tapi Farish minat lagu ni.

Ibu dan abi start perasan bila abi baru beli CD. Abi memang tengah cari lagu Cari Jodoh ni. Bila abi pasang, Farish menari dengan excitednya, anak ibu memang suka menari. Pastu lagu dah habis, Farish mula bising suruh ulang. Adalah dekat 4-5 kali abi ulang lagu tu.

Minggu lepas time hantar Maksu balik kolej. Abi pasang CD tu lagi. Farish buat tak layan jer lagu2 dalam CD tu. Dan time tu Farish pun dok merengek2 kat ibu, ngantuk la tu. Tetiba jer kuar lagu Wali band ni, Farish jadi senyap sambil kepala terangguk2. Bila lagu habis, tukar lagu lain, Farish bising balik, ulang lagi lagu tu, Farish siap senyum2. Akhirnya speanjang perjalanan balik dari Arau ke Jitra, lagu tu jerlah ibu ngan abi layan.

Tak tahu kenapa Farish suka sangat ngan lagu ni. Tapi ibu ingat lagi, lagu ni first time dengar time kita kat Medan. Waktu tu atas bot nak balik ke Parapat selepas menyusuri Danau Toba.

Ibu ngan abi gelak jer dengar lagu ni sebab lirik dia kelakar.. Pastu balik Malaysia selang 5 bulan pastu lagu ni meletop kat Malaysia dan kini jadi lagu feveret Farish plak.

Tapi Farish kena ingat, Farish tu title baby lagi, takyah nak cari makwe2 ni.


No comments:

Post a Comment

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails