ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, December 31, 2010

Nak cerita pasal bola gak..

gambar ihsan dari google.com

Rata-rata blog dan FB cerita pasal kejayaan Malaysia merangkul piala AFF SUZUKI 2010. Ibu pun nak menyampuk jugaklah..

Pertamanya TAHNIAH kepada team bolasepak negara kita kerana telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Ibu sebenarnya bukannya kaki bola pun, tapi kalau ada game yang menarik kat TV ibu tengok jugak, nak-nak kalau ia melibatkan pemain Malaysia. Ibu tengok waktu game kat Bukit Jalil, dan memang ibu nampak corak permainan mereka sudah ada class. Game kat Gelora Bung Karno tu tak berapa nak best sebab tak banyak menyerang, tapi ibu salute dengan pertahanan sebab berjaya mengekang asakan Indonesia yang datang bertubi-tubi. Paling salute kat goal keeper kita Khairul Fahmi Che Mat (sekarang dah jadi KFCM dah)..

Tapi ibu sangat-sangat kecewa dengan sikap penyokong indonesia.. Bila baca paper, kesian sangat dengan playersk ita yang tidak mendapat layanan sewajarnya.. dan rasanya dalam sejarah kot, player masuk stadium dengan kereta perisai, macam askar nak berperang. Itu tak masuk lagi andaian yang media Indon buat, yang katanya guna bomoh lah, laserlah..
Kalau guna bomoh, rasanya Indon lagi banyak guna bomoh time game, bomoh diorang kan lagi handal dari bomoh kita. Laser tu start dari Jakarta juga time Sharbinie jadi GK. Time lawan kelmarin pn KFCM kena laser, lagi jelas, tapi dia tak komplen pun. Yang artis Indon tu,Julia Perez katanya nak tayang laser dada tu, lagilah takde maruah.. cetek sungguh pemikiran.

Berbalik kepada piala AFF Suzuki, ibu memang terharu dengan kemenangan Malaysia, tpai tulah time tengok bola, dua-dua perlawanan ibu tengok bertiga dengan Farish dan Firas. Takde feel sebab tak boleh nak sorak2. Farish ngan Firas bukan fokus pun ngan TV. Diorang pun tak faham. Time lawan kat Bukit Jalil, abi oncall dan kena masuk OT, balik pun dah pukul 11lebih.
Lawan kat Jakarta, abi janji nak tengok sekali, tapi dia keluar kejap sebelum maghrib, katanya nak gi rumah kawan hantar barang... Sekali melekat kat rumah kawan sampai habih game.. Chit!

Dan terima kasih juga pada PM kita Najib kerana beri cuti ihsan kepada kami.. Kalau ikutkan cuti jumaat, tapi ibu kat Kedah kan dah cuti Jumaat, so diganti cuti pada Ahad. ganti cuti Ahad pun abi kena oncall.. Cuti kat rumah jer lah.

Wednesday, December 29, 2010

Fakta menarik tentang susu ibu (lagi)

Kat sini ibu nak share satu phrases yang ibu rasa sangat menarik terutama sebagai motivasi kepada BF mommies yang ada baby yang kecik.
Rentetan dari entry ibu sebelum ni Betulkah Semua BF baby Tembam-tembam

Ibu jumpa fakta ni dari tulisan Hayatie Hashim kat FBnya
Interesting facts to share:The calf will double its birthweight in 47 days while the human infant will take 6 months to double its birthweight. Cow milk facilitates this rapid PHYSICAL growth,human milk facilitates rapid BRAIN growth. The two milks are biochemically different to meet their distinct purpose. Its explains also the significant difference in some infant's weight in both artificially-fed and breastfed.
sumber: http://www.health-e-learning.com/courses/breasted

Maka, ibu-ibu BF jangan risau kalau baby BF tapi badan comel lote, kecik jer. Fakta ini boleh digunakan untuk menangkis serangan orang sekeliling yang merendah-rendahkan penyusuan susu ibu.
Thait's why terdapat kajian yang menyatakan bayi yang exclusive BF selama 6 bulan, mempunyai score IQ yang lebih tinggi (ibu tak ingat berapa markah dia) berbanding bayi yang tidak menyusu susu ibu.

Maka ibu-ibu menyusu, jangan patah semangat, teruskan menyusu si manja anda kerana anda telah memilih makanan terbaik buat anak anda.

p/s: entry ini untuk menaikkan semangat ibu-ibu BF, kepada ibu yang tidak BF, maaf kalau ada perkataan yang tidak disenangi.

Saturday, December 25, 2010

Berjalan-jalan Di kuala Lumpur

Lamanya tak update blog, ada banyak sebab ibu tak sempat nak jengah blog ibu ni. Minggu lepas ibu attend 2 hari meeting kat HKL. Pas balik tu banyak kerja yang perlu disiapkan, balik rumah jer asyik letih dan tak sempat nak jengah blog. Lagi satu 2,3 hari ni internet ni macam slow sangat, lambat no nak upload gambar.. Tu yang blog ibu bersawang hampir 2 minggu jugak.

Ok, time ibu gi KL, abi pun ambik cuti ikut ibu sekali. Ibu tumpang rumah kakak ibu kat jalan Hulu Langat. Sekurang-kurangnya abi takdelah boring sangat. Sekurang-kurangnya Farish dan Firas ada gak kawan bermain dengan sepupu-sepupu mereka.

Sebenarnya dah lama ibu dan abi rancang nak bawa Farish naik keretapi, sebab Farish sangat suka dengan keretapi ni. So balik meeting hari kedua tu, ibu ajak abi bawa Farish dan Firas naik LRT. Tak pergi mana pun, singgah Sogo jer. Sempatlah juga shopping baju buat anak-anak ibu. Farish mula tu macam takut nak naik LRT, tapi bila dah masuk dalam, excited pulak. seronok kot boleh nampak pemandangan kat luar LRT, pastu jalan atas bangunan kan. Kat Alor Setar mana ada benda macam ni.

Farish leka tengok pemandangan dari dalam LRT. Tertunai jugaklah impian FArish nak naik keretapi walaupun sebenarnya time dia baby dah berapa kali naik LRT ni.

Dinner kat McD Sogo, sebenarnya ibu yang teringin nak makan Prosperity Burger.. Farish makan chicken burger, Firas makan Fries jer

Hari Sabtu tu pulak, abi teringin nak bawa Farish dan Firas pergi Zoo. On the way balik Kedah tu, singgah Zoo dulu. Dekat 3 jam la jugak kat dalam tu.
Paling ibu dan abi tak percaya, Farish berjalan kaki tanpa merengek untuk didukung. Tough anak ibu ni, sedngkan ibu sendiri dah lenguh-lenguh kaki ronda Zoo tu. Firas gilir-gilir ibu dan abi dukung, kadang tu biar jalan sendiri.. Tapi kalau biar Firas jalan sendiri, menonong jerk aki tu nak pi sana-sini. Abi dah tak bagi ibu BW Firas lama-lama sangat sebab Firas dah hampir 10kg, dan kalau ikutkan ibu tak boleh angkat barang berat more than 9kg untuk jangka masa lama. Takut sakit belakang ibu berulang. Mungin itu juga sebab kot, Farish tak merengek didukung since nampak abi dok dukung Firas.
Awal2 tu ibu BW Firas dulu. Ibu guna RS sebab dukung Firas kejap jer, lagipun senang nak lipat. Kalau guna SSC, tak boleh nak lipat masuk beg.

Feveret animal Farish, mula tu tengok jauh jer. Tapi dekat 1/2 jam gak lepak kat gajah.

Firas mendera abi untuk dukung dia.
Inilah Firas kalau biar berjalan sendiri, ada jer tempat nak dia singgah.. Suka sangat dok cabut pokok kat sana


Lepas lunch kami pun merenruskan journey ke Cameron Highland pulak. Ini pun impian abi gak nak bawa anak-anak pergi kutip strawberry. Tapi kan, kami tak tempah hotel pun, konon nak main redah jer. Terlupalah pulak time cuti sekolah ni Cameron penuh sesak. Kami sampai kat Kg. Raja dan masuk Maghrib. Singgah solat dulu kat masjid, mandikan Firas siap2, tukar baju sebab cuaca sejuk dah mula terasa. Faish masih tidur sejak keluar dari Zoo.

Uh! Rupanya trafik kat Cameron time cuti sekolah amatlah terrible. Selepas Equatorial Hotel, bermulalah jem. Panjang sangat dan trafik sangatlah perlahan. Macam-macam kami buat andaian, accident kot, tak pun ada JPJ ker Polis ker buat road block.. Rupanya jem tu disebabkan oleh pasar malam kat Brinchang.. Kami stuck dalam jem, adalah dekat sejam lebih jugak. Smapai kat Brinchang tu memang sangat penuh sesak. Dlaam hati dah agak dah mesti takde bilik kosong ni. Abi gi survey semua hotel termasuk hotel cokia, semua full house. ada tokey kedai tu pun tolonmg telefon hotel kat Tanah Rata pun semua full house. Hubby decide, kita turun jugaklah macam tu. Abi sorang saja pi shopping kat pasar malam sebab hari dah start nak hujan dan Farish pulak tak jaga-jaga dari tidur. Kami turun balik Cameron hampir pukul 11malam. Dan sampai rumah dah pukul 4pagi. Esoknya tidur bangun kul 12tgh hari. Letih punya pasal.

Itulah serba sedikit aktiviti ibu di hujung minggu lalu. Minggu ni lepak rumah saja..
Inilah latest picture buah hati ibu. Muka keletihan selepas 3 jam berjalan kat Zoo.

Tuesday, December 14, 2010

Susu bercampur darah


Ada beberapa kawan ibu pernah mengalami keadaan di mana susu mereka bercampur darah. Dan maslaah ini bukan disebabkan oleh rekahan puting (sore nipple).

Ibu berjaya menjumpai beberapa artikel yang menghuraikan masalah yang ibu-ibu tersebut hadapai.. Walaubagaimanapun, berjumpalah doktor sekiranya masalah tersebut berlanjutan dan untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

Keadaan 'susu berdarah' ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah
1. VASCULAR ENGORGEMENT atau RUSTY PIPE SYNDROME
Keadaan di mana pertambahan aliran darah di dalam payudara meningkat dengan ketara. Selalunya berlaku semasa proses penghasilan susu semasa mengandung dan juga ketika awal-awal kelahiran. Biasanya keadaan ini tidak lama, selalunya akan berakhir dalam tempoh seminggu. Susu tersebut tiada masalah unutk diberikan kepada bayi.. Tapi sekiranya anda was-was, buangkan saja susu perahan tersebut.

2. KAPILARI PECAH
Ini disebabkan oleh pemerahan atau pengepaman breast yang kasar dan menyebabkan kapilari dalam payudara menjadi pecah dan menyebabkan pendarahan

3. INTRADUCTAL PAPILOMA
Merupakan benign tumour (ketumbuhan yang tidak berbahaya) berlaku dalam payudara. Ianya berlaku berhampiran salur duktus penyusuan. Berjumpalah dengan doktor untuk diagnosis dan rawatan sewajarnya.




Thursday, December 9, 2010

Betulkah bayi BF semua tembam-tembam??

Situasi 1
"Tembamnya baby, hang bagi susu apa ni?"
"susu ibu"
"Oh! patutlah tembam, minum susu ibu rupanya"

Situasi 2
"Anak hang ni aku tengok kurus saja, tulah takmau bagi susu tepung langsung, dok harap kat susu hang saja.. Tengok anak si minah tu, dia bagi minum susu xyz, gebu jer badan"

Anda berada dalam situasi mana?

Alhamdulillah, jika anda berada dalam situasi 1. Sekurang-kurangnya anda dapat membuktikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda..

Tapi bagi mereka yang berada dalam situasi 2, itulah cabaran paling getir untuk membuktikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik..

Tapi mestikah bayi yang menyusu susu ibu tembam dan debab?
Sebenarnya tidak.. sebab bayi susu ibu datang dalam pelbagai saiz. Ada yang montel gebu, ada yang tidak.. Tapi paling penting kena pastikan bayi berada dalam keadaan sihat dan aktif..

Ibu pun tak boleh nak compare saiz baby FM vs BM.. sebab kalau ikut perhatian ibu, baby FM pun ada gak yang kurus-kurus, dan ada gak yang chubby..

Sebenarnya kena tengok genetik dan keturunan juga. Dan ada logiknya juga... kalau ibu bapa yang berbadan slim river, dapat anak macam michelin baby, teruk gak tu nak mendukung.. So, logiklah baby yang slim ni datang dari keluarga yang slim juga.

Tapi seandainya bayi anda terlalu kurus hingga dikategorikan sebagai KZM (kurang zat makanan), ibu-ibu harus periksa balik corak penyusuan bayi.

Adakah bayi anda menyusu dengan efektif?
Adakah bayi anda menyusu sehinggga mendapat hindmilk?
Adakah anda mengepam dengan efektif, maksudnya sehingga breast terasa kosong?

Tapi yang paling penting ibu-ibu kena faham, anak BF
1. anak BF kurang risiko untuk obese
2. Anak BF tinggi imuniti
3. anak BF kurang berisiko menghadapi masalah usus

Ada juga seorang ibu menyatakan otot bayi BF lebih pejal as compare dengan FM baby.. walaupun baby BF kurus tapi badan mereka pejal..

tak dapat ibu bayangkan kalau ibu dapat baby michelin macam ni.. mahu patah pinggang ibu nak dukung ni...
(gambar ihsan google images)

Wednesday, December 8, 2010

Firas 13 bulan

Dah lama tak bercerita tentang Firas.
Firas sekarang dah hampir 14 bulan.. Hari Isnin lepas baru berjaya bawa Firas pergi check up dan juga ambik imunisasi MMR untuk 12 bulan. Kenapa lambat? Sebabnya ketika Firas genap 12 bulan, Firas demam campak, elok dah sembuh, banjir pulak, pastu ibu dan abi pulak takde masa nak bawa sampailah hari Isnin lepas, bila 2,2 dah free, baru bawa Firas pergi klinik.

Berat Firas sekarang 9.7kg, tak banyak naik sangat, tapi masih berada dalam garisan normal. Ibu tak heran sebab Firas ni walaupun kerap makan, tapi kerap membunag jugak. Nak-nak pulak bila dah dapat kaki, tak reti dok diam.. So tak heranlah berat tak naik mencanak..

Lepas tu kena ambik injection, macam biasa anak ibu menangis sebab tak mau kena baring, kena peluk, pas kena inject, terus diam. Biasalah pastu mulalah start demam.
Ibu ada terdengar rancangan "Si kecilku...chak", bahawa, jangan sesekali beri paracetamol kepada bayi sebelum injection ataupun sejurus selepas injection untuk menghalang demam. Biar bayi mendapat demam barulah diberikan ubat. Ini kerana jika kita meberi ubat sebelum tanda demam muncul, antibodi tersebut tidak dihasilkan dengan sempurna.

Okay, apa perkembangan Firas sekarang?
Firas sekarang dah berjalan dengan laju.. Dah jarang jatuh kecuali ditolak oleh abang Farish. Makin manja dengan abi, pantang abi keluar, mesti nak ikut hatta sekadar pergi buang sampah jer.
Makin lasak, makin ceria dan juga suka buat muka lawak.

Sukakan muzik, kadang tu ikut Farish menyanyi dan menari. Dah pandai sembahyang, pantang jumpa sejadah, mesti terus sujud.. so ibu kena sediakan 4 sejadah tiap kali sembahyang, sebab 2 anak ibu tu akan jadi makmum juga walaupun hanya sembahyang 1 rakaat.

Sudah muncul beberapa perkataan pertama
Yang jelas adalah /tete/ untuk t*t*k, /nana/ untuk nak, /bu/ untuk ibu, /aba/ untuk abang.

Cuma Firas belum tumbuh gigi lagi, tapi makan berangan nak makan macam orang besar.. walaupun takde gigi tapi dah pilih untuk makan makanan pejal, takmau dah lembut halus ni.
Ibu ada tanya dentist, depa kata normal. Even teori mengatakan gigi bayi akan tumbuh sekitar 6-12 bulan, tapi dalam praktis, ramai yang tumbuh melebihi 16 bulan. Semalam bilik gusi Firas, macam dah nampak tunas gigi kat bahagian bawah.. Mungkin nak tumbuh gigi kot.

Gelak besar, tapi gigi takde lagi..

Aktiviti utama Firas, menunggah barang.. tengoklah barang yang disepahnya


Pose istimewa dari Firas



Tuesday, December 7, 2010

Tips bagi ibu yang mempunyai jarak anak yang rapat

Ada beberapa kenalan ibu bertanyakan bagaimana nak menangani anak-anak yang jarak umurnya rapat, especially time dalam pantang, terutama yang mengamalkan tandem nursing..

Ibu bercakap dari pengalaman, dan juga membaca pengalaman dari orang lain.

Paling utama dalam kes ini adalah kerjasama dari pihak lain terutama suami.

Sedari ibu-ibu disahkan mengandung, cuba rapatkan hubungan anak dan ayah mereka. Jangan dah lepas nak bersalin baru nak suruh anak rapat ngan ayah, ada budak yang susah nak adapt.
Macam ibu, bila ibu pregnant, tanggungjawab mendukung, menyalin pakaian, pampers, memandikan hatta menidurkan Farish abi yang ambik alih. Bukan apa, abi nak Farish alihkan tumpuan kepada orang lain selain ibu. Kalau dulu time berjalan, ibu yang akan dukung Farish, tapi lepas pregnant, abi yang akan dukung pulak. Kat rumah pun Farish kerap dibawa meronda dengan motor.

So lepas ibu bersalin, Farish memang kurang peduli dengan ibu apatah lagi melihat ada budak kecik lain di sisi ibu. Tapi dengan abi, memang Farish melekat abih. Melekat kalahkan gam gajah.. Mengekor saja.

Time menyusu, memang sekali sekala Farish tunjukkan kejelesan dia. Mungkin tak dapat terima hakikat bahawa ada insan lain boleh menyusu susu ibunya selain dirinya. Tapi Alhamdulillah, minggu pertama saja dia berkelakuan macam tu, lepas tu dah ok, dah boleh tunggu giliran.

Untuk para ibu yang khuatir dan mungkin ada yang sedang mengalami di mana abang/kakak seperti nak conquer nenen ibu seorang sahaja, perkara paling penting yang mesti dilakukan adalah berpesan ketika abang/kakak nak tidur. Sebab masa paling anak-anak akan menerima nasihat adalah ketika mereka hendak melelapkan mata, kerana ketika itu pertuturan ibu akan sampai ke hati.

Itu yang ibu lakukan kepada Farish sedari ibu hamil, setiap kali dia nak tidur, ibu akan pesan benda yang sama, tentang perkongsian dia dengan bakal adiknya lagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Kini dah hampir 14 bulan mereka berkongsi, Farish sangat tolerate. Even dia baru nak menyusu tiba-tiba Firas menangis, dia akan lepaskan dan beri pada Firas... Cuma sekarang ni Firas pulak yang tunjuk jeles. Pantang Farish dok dekat dengan ibu, confirm kena tampar kepala Farish.. Kalau nampak Farish menyusu, lagilah kuat jelesnya.. Entahlah, sedangkan sedari baby lagi, Firas dah belajar berkongsi dengan abang, tapi sampai ketika ini dah nak conquer plak.. Firas, Firas..

Monday, November 29, 2010

Seumpama kembar

Betullah orang kata, bila anak rapat ni, bila reach certain age, nampak cam kembar dah.

Farish 2thn7bulan, Firas 13bulan, but fizikal dah hampir sama besar, cuma perut Farish lebih maju ke depan.

Sekarang baju Farish yang 1-2 years semua dah jadi milik Firas. Sorry yer Firas, ibu danabi tak banyak shopping baju baru untuk Firas sebab baju abang banyak yang baru pakai sekali dua, pastu dah ketat.. Tetap baju baru buat Firas kan.

Now kalau shoping baju, mesti nak pilih baju sama corak. Biasanya amik saiz S untuk Firas dan M untuk Farish atau baju saiz 2y untuk Firas, 3/4y untuk Farish. So mana2 pergi baju sama.
Seluar pun colour sama, cuma kadang tu susah sikit nak cari brand sama sebab saiz Firas tak banyak sangat.

Selain daripada pakaian, ada lagi perkara yang menjadikan mereka kembar. Kalau salah sorang demam, sorang lagi pun join sama. Kalau selesema, sorang lagi pun join gak.. Dan paling kerap, bila sorang poo, sorang lagi akan menyusul. Ibu selalu perhatikan, bila ibu dah siap cuci poo Farish/Firas, pastu still hidung ibu ada terbau, rupanya lagi sorang pun dah buat saham jugak.

Bab BF, memang dah jadi kembar since dulu lagi. Dua2 tak mau mengalah.

Sekarang ni Firas banyak tiru perbuatan dan pertuturan Farish. Walaupun bunyinya tak betul, tapi boleh la dengar. Farish suka sangat menyanyi, dan sekarang pun selalu dengar Firas seakan2 menyanyi gak. Farish paling suka nyanyi lagi "Cari Jodoh".. bila Farish sebut "Ibu ibu, bapak-bapak", Firas pun ikut dari belakang "papapapapapa", bila Farish nyanyi lagu "ibu", Firas pun ikut dari belakang "uuuuu"..

Faedah anak yang agak rapat ni adalah dari segi perkembangan sosial. Selalunya anak kedua akan mudah develop skill kerana model dia sentiasa berada depan mata. Memang nampak sangat banyak tingkah laku Farish, dah terserap dalam diri Firas.

Dan paling best, kedua2nya akan merap abi dia tiap kali abi melangkah keluar rumah.. Kalau dulu Farish sorang jer, sekarang Fairsh dan Firas akan pegang sorang sebelah kaki bilamana abi berada dekat ngan pintu keluar.. Kalau dulu adik kena mengalah, sekarang ni, tidak lagi.. Kalau nak bawa keluar, kena bawa 2,2 sekali... So,, tinggallah ibu sorang2 kat rumah, bolehlah relax sikit sambil layan FB, blog dan forum.. hehehe!

(dah lama tak ambik gambar mereka berdua, nantilah ada post menarik, ibu paste kat sini)

Friday, November 26, 2010

Nak wean off ke tak nak?

Farish dah masuk 2tahun 8 bulan dah, dan masih direct BF. Dengan kata lain masih tandem nursing dengan Firas selama hampir 14 bulan dah.

Dulu plan nak tandem sampai umur Farish 2 tahun jer, tapi kesian pulak sebab Firas masih aktif menyusu.

Nenek dia dah bising, sampai bila Farish nak menyusu lagi.. Tapi ibu cuma cakap, Farish bukan menyusu pun, lepas gian jer. Since dari ibu pregnant lagi, MIL tak bagi Farish menyusu. Pas lahir dia tak bising sangat, tapi ada satu masa, dia suruh stop juga. Bukan sorang tapi untuk 2,2 orang. Farish dan Firas. Nak-nak sekarang Firas pun dah nak masuk 14 bulan. Macam-macam petua yang MIL bagi, tapi tak buat pun..

Since after period, memang susu ibu dah tak semewah dulu. Kadang2 sebab dua2 orang menyusu, rasa macam tak larat sangat. Banyak kerja tertangguh, sebab ibu akan teritidur sekali, sampai pagi.

Sekarang ni ibu slowly wean off Farish. Ibu dah buat perjanjian, Farish nak T waktu nak tido malam jer tau. Time janji tu memang dia angguk, tapi mana tahan tengok adik boleh menyusu suka hati. Tapi lately ni dia makin faham, sebab ibu selalu slow talk ngan Farish bahawa Farish dah besar. Dah boleh minum milo, vitagen, susu kotak, ais kacang pun abang boleh minum. Adik kena hisap T ibu lagi, sebab adik tak boleh minum yang lain macam abang.

Tapi malam menjelma, memang dia demand. Pernah juga bila menyusu, cakap T ibu sakit, dia lepaslah, dan boleh tido sendiri.. Tapi kadang tu malam2 dia mengigau "Ibu, nak T ibu, Ish nak T ibu".. Aduh! sayunya..

Dalam pada masa yang sama ibu pun khuatir, kalau ibu tak wean off Farish dan dengan rezeki Allah ibu pregnant lagi, adakah ibu akan triple nursing??

Saturday, November 20, 2010

Pengurusan Expired EBM

Semalam ibu baru saja mengorbankan lebih kurang 33 bungkus EBM yang telah expired. semua EBM tu adalah EBM April 2010. Maknanya dah 7 bulan kan. Rasa lega sikit tengok DF mula bernyawa.
Ibu sukat EBM tu, letak dalam jag, Alhamdulillah, dekat 3 liter gak amaun dia. Tapi dah expired kan.
Jangan cakap ibu tak sedih terpaksa buang EBM. Tapi ibu lebih pentingkan kesihatan anak-anak. Macam yang ibu selalu tulis, ibu memang pentingkan fresh EBM untuk bekalan. Selagi ibu mampu sediakan fresh EBM, frozen ni memang tak terusik langsung.

Frozen EBM ibu semua berada dalam liner. So ibu defrost dulu. Rendam dalam besen. Lepas tu tuang dalam jag. Liner tu kena buang la sebab sekali guna jer.

Ada pelbagai cara nak lupuskan frozen EBM ni.
Ada orang buat facial, ada orang buat mandi susu.Ada juga orang buat mandian untuk baby.
Tapi kalau ikut orang tua2, susu ibu ni tak boleh kena kemaluan anak, ibu pun tak tahu kenapa.

Ibu pernah try guna buat facial, tapi bau frozen EBM ni pelik sikit. ibu yang tak tahan.

So far, expired EBM ibu, ibu selalu buat siraman pokok2 ibu. Semalam, ibu tuang EBM ibu kat pangkal pokok kelapa pandan kami. Moga-moga kelapa kami akan menjadi lemak
(susu lemak manis, santan kepala muda)

Ibu takdan snap gambar semalam, kamera tengah di charge baterinya.

Hari Raya Aidiladha 1431

Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke4 kami dapat merayakan hari raya Qurban. Kalau tahun lepas, time raya Qurban ni, ibu masih berada dalam pantang selepas melahirkan Firas.. Tak silap ibu raya tahun lepas jatuh pada hari ke42 pantang. Dalam pantang pun ibu pergi beraya tau.

Tahun ni seperti biasa ibu balik kampung abi kat Kangar. Seperti biasa awal-awal pagi, ibu dan abi akan pergi ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Tahun ni abi bawa Farish sekali. Elok la kan, biar anak-anak kecil kenal masjid seawal usia, nanti besar takdelah liat nak gi masjid kan.
Firas kena tinggal dengan mak2 sedara dia. Mencuka jer muka FIras dari ibu tinggalkan sampai ibu balik sembahyang.
Farish menurut abi, time takbir sebelum solat sampai baca doa lepas solat, very good behave. Duduk jer, sambil goyang2 badan bertakbir. Tapi bila stat baca khutbah, mulalah nak meneroka. Mana taknya, budak2 lain pun time tu ramai yang dah ke hulu ke hilir.

Pas habis solat raya, kami balik rumah. Sampai jer kat rumah, abi terus salin baju pergi tolong orang sembelih korban. Ibu pun ikut sekali bawa Farish dan Firas sekali.

Abi tunjuk skill melapah daging. Abi memang minat kerja-kerja sembelih ni. Lagipun dah biasa melapah orang kat dewan bedah, apalah sangat melapah lembu ni kan.

Firas excited tengok lembu kena rebah. Tapi Farish dok sembunyi belakang ibu.. Rupanya anak ibu yang nampak macho ni penakut rupanya. Last2 ibu letak Farish jauh sikit, dan dia dok situ tak bergerak2. Firas pulak asyik nak turun kat tanah jer. Ibu malaslah, nanti confirm baju kotor punya. Last2 ibu parking Firas atas motor jer..
Farish berani dari jauh jer


Firas kena letak atas motor, kalau tak habisla dia nak meneroka nanti


Pas habis korban, balik rumah, petang tu pergi menziarahi sedara sebelah abi kat kawasan cuphing.

Raya kedua, balik kampung ibu pulak. Hari tu sepupu ibu buat korban dan kenduri kahwin sekali. Ibu tak bermalam kat rumah ibu, kena balik sebab esoknya abi ada projek lain.

Hmm.. entahlah, tahun ni suasana raya kurang ibu rasakan. Mungkin sebab baru saja lepas banjir, maka orang tak berapa nak beria menyambut raya.
Ibu kenangkan zaman ibu kat kampung ibu dulu. Raya haji sama meriahnya macam raya Puasa. Kutip duit raya, cuma kuih raya tak semeriah semasa raya puasa la. Tapi yang bestnyer, raya haji ni boleh makan menu yang berat2. time tu baru nak merasa nasi tomato ka, beriani ka, nasi daging ka dan paling famous adalah perut dan daging cicah air asam.

Tapi lepas arwah mak tiada, ibu dah jarang balik beraya kampung ibu. Maka suasana raya macam tu ibu taktahulah masih wujud atau tidak.

Sunday, November 14, 2010

Bencana-Apakah persediaan anda?

Ingat lagi tak tema minggu penyusuan susu ibu 2009?
Tema yang berbunyi " Penyusuan susu ibu- Tindakbalas penting ketika bencana, Adakah anda bersedia?

Baru-baru ini ramai yang sedia maklum ada bencana besar berlaku di negara kita dan juga negara jiran. Bencana yang didatangkan dari Allah bagi memantapkan lagi keimanan hambaNya. Insya Allah, sekiranya kita redha, pasti ada ganjarannya nanti.

Ketika Kedah ditimpa banjir (ibu fokus kes ini sebab ibu termasuk dalam mangsa juga), bekalan air dan elektrik di beberapa kawasan terpaksa diberhentikan. Ketika kawan ibu menyatakan bahawa elektrik kat tempat dia kena off, ibu sangat-sangatlah bimbang. Bimbangkan tentang EBM ibu yang penuh satu freezer. Ibu berkira-kiranak transfer EBM ke rumah2 sedara ibu, tapi malangnya ketika itu, semua jalan terputus. Tapi Alhamdulillah, kawasan ibu tidak kena gangguan bekalan elektrik seperti tempat-tempat lain.

Namun ada beberapa kawan-kawan ibu yang EBM mereka musnah sama sekali. Ibu boleh bayangkan emosi mereka, tatkala itu pula kuantiti perahan semakin berkurangan, dan masih bergantung kepada stok EBM buat bekalan. Lebih teruk dari itu, ada juga kawan ibu yang pam elektriknya turut terkorban dalam bencana itu..

Namun , ketika bencana inilah, susu ibu adalah minuman paling selamat buat bayi anda. Bayangkan ketika banjir, air bersih tiada dan bekalan elektrik terpotong. Smemeangnya ketika banjir tersebut, air mineral di kebanyakan pasaraya sudahpun sold out. Cuba bayangkan macam mana nak dapatkan air bersih untuk menyediakan susu formula? Rumah ibu walaupun bekalan air tak teganggu, namun kualiti airnya sangat keruh. Nasib baik, sehari sebelum tu ibu dah masak berbekas2 air bersih sebagai air minuman. Kalau tidak, memang bekalan air bersih sangat kritikal.

Mungkin ada yang mengatakan, kenyangkah bayi sekiranya susu saya memang sedikit? Tak mengapa, teruskan penyusuan, anda rasa sedikit, tapi anda kena ingat Allah yang menetapkan rezeki setiap orang. Insya Allah, walaupun anda rasa sikit, tapi dah cukup buat si manja. Bagi anak yang sudah melebihi 6 bulan, boleh diberikan solid food. Jadi baby tidak akan kelaparan.

Di Indonesia, keadaan mereka lagi parah. Kejadian gunung berapi lebih jauh impaknya berbanding kesan banjir yang kami hadapi. Ibu ada terbaca post Puan Kamariah di FB nya yang menyatakan ada laporan yang menyatakan pihak tertentu telah menghantar berkotak-kotak 'susu bayi" kepadam angsa gunung berapi.. Innalillah! Bagaimana ini boleh berlaku.. Bayangkan keadaan mereka yang juga sukar mendpaat air bersih, macam mana pula nak bancuh susu formula tersebut? Dan kesan susu formula tersebut ke atas bayi tidak kita ketahui. Ya, speerti yang kita ketahui, tak semua bayi sesuai dengan susu formula brand sekian-sekian..

Maka, dengan itu, kita perlu menjangka apa yang akan berlaku ketika bencana. Buat kawan-kawan ibu yang EBM mereka musnah dalam banjir, Ingatlah itu bukan rezeki kita. Allah nak berikan rezeki yang lebih baik dari itu. Berusaha lagi. Ketika bencana, kita lebih kerap berada dengan bayi, maka susukanlah mereka lebih kerap. Ini kerana bukan sekadar mengenyangkan perut mereka, tetapi mengenyangkan rohani mereka juga.. Bersabar atas musibah..

(nanti kita boleh bincang topik ni dalam next SGM kita yer)


Saturday, November 13, 2010

Laktasi dan ubat-ubatan

Ihsan dari google image

Kali ini ibu ingin berkongsi tentang ubat-ubatan yang boleh atau tidak boleh oleh ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka.

Ramai ibu-ibu yang ragu-ragu sama ada ubat yang mereka ambil sesuai atau tidak ketika menyusu.
Di sini ibu ingin kongsi informasi yang ibu perolehi dalam website infosihat.gov.my

Kebanyakan ubat yang beredar dalam aliran darah akan hadir dengan jumlah yang kecil
dalam susu ibu. Bagi mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan, anda
haruslah berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi.

Apakah langkah pengawasan yang perlu diambil?
• Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
• Sekiranya anda menyusu badan dan perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, bawalah
bayi anda untuk pemeriksaan tetap bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin
berlaku.

Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?
• Beritahulah dokor anda bahawa anda menyusu badan setiap kali anda mendapatkan rawatan.
• Berhentikan sementara ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan
• Makanlah ubat anda setiap kali selepas menyusu badan bagi memastikan kadar ubatan didalam susu berada pada kadar yang rendah bagi penyusuan seterusnya.
• Makanlah ubat-ubatan sebelum masa tidur bayi anda.
• Berhentikan menyusu badan buat sementara waktu sekiranya perlu.

Ubat-ubatan yang kerap digunakan
1. Alkohol- Penggunaan secara kerap meninggalkan kesan buruk. Risiko tetap ada bagi kegunaan sekali sekala.

2. Penahan sakit dan Analgesik
a) Paracetamol (panadol) - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini dengan pengambilan yang kerap
b) NSAIDS(Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya Diklofenak, Asid mefenamik, Naproksen dan sebagainya) - Makanlah dengan berhati-hati dan berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi berhubung ubat ubatan anda.

3. Antihistamines
a) Antasid- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Chlorpheniramine, loratadine etc.- Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan
pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

4. Ubat cirit-birit
a) Kaolin- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Loperamid - Gunakan dengan berhatihati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
c) Atropin dengan difenoksilat - Penggunaan tidak disyorkan.

5. Kafein - Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.

6. Sediaan ubat batuk dan selsema
a) Dekstrometorfan - Tiada sebarang kesan mudaratyang diketahui setakat ini
b) Folkodein - Gunakan dengan berhati hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
c) Pseudoefedrin- Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

7. Ubat sedut untuk asma
a) inhaler (contoh Salbutamol, Terbutalin)- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
b) Sediaan Zat Besi untuk Anaemia- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor
c) Iodides - Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu

8. Julap (laksatif)
a) Kumpulan Pembentukan najis - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Julap Perangsang - Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.

9. Nikotin
a) (contoh: Tampalan Nikotin bagi rawatan pengurangan tabiat merokok)- Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam , (Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu)

10. Vitamin- Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin
dalam kuantiti yang banyak• Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)

11. Ubatan cacing
a) Pirantel pamoat- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
b) Mebendazol / Albendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.


Anda juga boleh layari wesite Kellymom untuk maklumat lebih lanjut


Rentetan isu Perlukah Susu Lain Selepas 2 tahun menyusu susu ibu?

Dah lama ibu tak update blog.. takde idea dan juga kurang masa terluang.
Semalam buka blog dan ibu dapati banyak komen baru dalam entry ibu Perlukah susu lain selepas 2 tahun menyusu dengan susu ibu?

Banyak komen yang panjang lebar yang ibu terima tentang entry tu, terima kasih kepada ashra, Siti Fatimah, pejuang, Shazura, Fid, dan Hayatie..

Kebanyakan ibu yang memberikan bayi susu formula atau mixed feeding (FM+BF) seringkali menyalahanggap terhadap pejuang-pejuang penyusuan susu ibu. Kadang-kadang artikel yang ditulis dibaca dengan emosi..

Kami pejuang susu ibu sama sekali tidak pernah memperlekehkan mereka yang mengamalkan penyusuan susu formula, tidak pernah memandang rendah kepada mereka, cuma kami hanya ingin memperbetulkan tanggapan terhadap susu formula..

Terus terang ibu nyatakan, ibu juga minum susu formula (untuk dewasa), tapi ibu tidak menganggap susu formula itu sebagai satu-satunya sumber kalsium yang boleh diperolehi. Ibu lebih suka minum fresh milk, susu berpasteurized, yogurt drink yang lebih asli dari susu formula. Anak ibu Farish juga lebih menggemari susu segar dan susu berpasteurized, sekali hadap boleh habis satu kotak. Kalau FM, bercinta nak habiskan satu cawan.. Kadang tu tak usik langsung.

Ibu juga setuju dengan Hayatie dalam entry blognya My 'xClusivelyxpressing tentang isu ini.

Pendapat peribadi ibu dan juga hasil bacaan dan perbincangan, susu formula bukanlah source paling penting dalam pemakanan kita.. Yet, susu memang penting, tapi bukankah kita ada susu yang lebih segar dari ladang.
Itu yang kita salah anggap. Ibu sendiri akui, sebelum mempunyai anak, ibu sendiri terpengaruh dengan iklan2 susu formula, YA! Nanti bila ada anak aku mesti dapatkan susu A ni.. Tapi bila ibu menjadi ibu, semestinya kita akan cuba memberi yang terbaik kepada anak-anak kita. Ibu gali dan gali, dan ibu dapat konklusi, selepas susu ibu, makanan semulajadi adalah yang terbaik buat si manja. Ibu tegaskan lagi sekali, makanan semulajadi, bukan makanan diproses.

Ibu tidak menyalahkan ibu-ibu yang memberi susu formula kepada anak-anak mereka. Itu pilihan yang wajar dihormati. Hanya ibu tahu apa yang terbaik buat anak mereka. Cuma ibu sedikit ralat bila ada ibu yang menyanjung susu formula. Propaganda syarikat yang menyatakan susu mereka diperkaya dengan sekian-sekian khasiat sedikit sebanyak mempengaruhi ibu-ibu di Malaysia.. Tapi tahukah kita bagaimana bahan-bahan tersebut diproses.. Dari sumber apakah bahan tersebut diperolehi.. Dan ketahanan makanan proses bergantung dengan bahan pengawet, semakin lama tarikh luput, bermakna makin tinggi kandungan awetnya.

Sekarang ni ada iklan susu formula yang terus menggantikan makanan kepada susu. Saya tidak risau lagi, kalau anak saya tak lalu makan, susu X ni mampu menyelesaikannya.. tak payah makan, minum susu jer cukup.. Logik ker? kenapa tidak diberikan anak itu multivitamin ataupun produk meransang selera makan?

Kalau dilihat di negara barat, mereka sendiri lebih mengamalkan susu segar berbanding susu formula. Tak percaya, tengok saja filem atau drama barat, berbotol-botol fresh milk dan fruit juice memenuhi fridge mereka. Dan adegan sarapan pagi juga dihiasi dengan kanak-kanak yang makan cornflakes bersama susu segar..

Berbeza dengan cerita Melayu, ada baby saja, terus bagi susu formula. Baby meraung2, tapi di tangan sedang menggoncang susu formula. Isu kemiskinan, mesti ada adegan, ibu buka tin susu yang kering, kenapa mesti dihighlightkan perkara tersebut.

Maaf kalau entry ini agak emosi.. Manusia memang memerlukan susu sebagai salah satu keperluan nutrisi.. Pilihan ditangan anda, mahu pilih susu segar atau susu diformulakan..

Sunday, November 7, 2010

Sekitar Kedah Banjir 2010

Ibu rasa 1 Malaysia dah tahu bahawa Kedah,Perlis dan juga Kelantan telah dilanda banjir besar.
Ibu hanya fokus pada banjir di Kedah sebab ibu orang Kedah dan ibu juga terbabit dalam bencana tersebut.

Kediaman ibu terletak dalam kawasan Jitra, antara kawasan yang terjejas teruk. Boleh tengok gambar-gambar banjir kat link FB bawah ni




Semua tu adalah kawasan berdekatan rumah ibu.Alhamdulillah kawasan perumahan ibu sedikit tinggi menjadikan antara kawasan perumahan yang tidak dinaiki air. Walaubagaimanapun, ibu tetap tidak boleh pergi ke mana-mana sebab semua jalan telah ditutup.

Ibu bukan mangsa banjir, tetapi ramai kawan ibu adalah mangsa.. Semalam terima sms dari Rini, dia cakap rumah dia macam kena Tsunami. Habis tonggang terbalik.. Mana taknya ruma hkawasan Rini tu memang naik hampir 4 kaki. Dan juga rumah staff ibu, yang tinggal di Taman Permai, habis berlumpur,, dulu waktu tahun 2005 pun rumah staff ibu tu pun banjir, habis kereta Honda Civic dia tenggelam. Kali ni kereta selamat, tap ibaran2 dalam rumah tak sempat diselamatkan.

Ibu ada ambik gambar sekitar pekan jitra selepas banjir. Ibu copy dari FB ibu

Kehilangan harta benda memang tidak dapat dielakkan. Segala raungan dan tangisan saja dapat diluahkan.. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Tapi kerosakan dan kehilangan harta benda tidak sama kesannya dengan kehilangan insan tersayang. Ibu tak pasti berapa jumlah mangsa banjir kali ini (mungkin dalam 6-7 orang kalau tak silap) tetapi dua orang daripada mangsa tersebut adalah anak staf HSB sendiri. Abi ada inform ibu sebelum tu yang 2 orang anak PPK kat kecemasan hilang, dan esoknya berita terjumpanya mayat kedua-dua anaknya keluar di berita. Sebak rasa hati melihat muka orang yang kita kenal.


Apapun, setiap bencana itu pasti ada hikmah dan iktibar yang perlu kita renungkan..

4th Anniversary Giveaway

Dah lama baca entry ni kat blog Ayu.. Terlupa nak buat entry..

Kepada kawan-kawan ibu, Ayu adalah salah seorang kawan ibu yang juga seorang BF mom, bakal menyambut anniversary perkahwinan nya pada 17 Nov 2010 ni..

So ada giveaway yang dianjurkan..

Boleh klik gambar kat bawah ni untuk maklumat lanjut

Buat Ayu dan Khairi,
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang keempat. Semoga anda berdua kan beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Jadilah ibu bapa terbaik buat MIH da MID dan juga anak-anak seterusnya...

Hmmm baru perasan anniversary korang jatuh pada hari pertama raya Qurban. Perkahwinan itu juga satu pengorbanan, pengorbanan ke arah mencari redha Ilahi..

Buat Ayu dan Khairy


Future Ayu's family potrait

(credit to google image)


Wednesday, November 3, 2010

"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010!

Ada contest kat blog harlindahalim



nak join klik link kat bawah ni


okay ni gambar Farish tayang giginya


Nama: Tengku muhammad Farish Haikal
DOB: 5 April 2008
Umur dalam gambar: 1 tahun 4 bulan
umur sekarang : 2 tahun 6 bulan
Hobi: Tengok youtube, tengok buku, main
Berapa batang gigi sekarang : 16 batang



BANJIR OH BANJIR

Sejak 3 hari lepas, hujan turun tak berhenti-henti kat kawasan ibu termasuk juga seluruh Kedah dan Perlis.
Dan resultnya semalam 1/11/2010 banyak kawasan telah dinaiki air.

Ibu banyak baca status kawan-kawan ibu kat FB. Simpati ibu sebab ada yang kena pindah, ada yang kena tidur kat opis dengan bawa anak-anak.

Kawasan ibu juga tak terkecuali. Ibu tinggal di Bandar Darulaman atau lebih dikenali Tanah Merah, Jitra.
Semalam, Jitra memang air dah naik. Staff ibu yang duduk area tu semua pindah ke rumah keluarga terdekat yang tinggi. Ibu dengar Sek Men Jitra dah naik sampai hapus tingkat bawah.

Pagi tadi time ibu keluar kerja, kawasan rumah kat area pekan Kepala Batas dah naik air. Kawasan tu memang rendah sebab jalan depa buat tinggi. Satu rumah tu memang dah paras tingkap naiknya.

Lalu kat depan Kolej Tentera Udara, dah macam laut. time tu, jalan raya okay lagi.

Kat tempat kerja hari ni sedikit lengang. Patient pun tak ramai datang, staf pun ramai takleh datang.

Time balik tu ada orang pesan yang jalan hutan Kampung ke Jitra dah tutup. Air dah naik kat jalan depan KTU tu. Ibu ada 3 option lagi untuk balik
1. ikut jalan Sungai Mati
2. ikut highway
3. ikut jalan Sultanah, balik ikut anak bukit

Time keluar hospital, terlupa terus keluar ke arah Alor Setar.. Alamak.. sepatutnya kena ikut arah Langgar. Tapi boleh masuk highway.. Elok jer masuk highway, aa sign board kata highway ke Hutan Kampung ditutup, kena U-turn dan patah balik jalan Langgar ikut Jalan Sungai Mati.
Smapai kat Kepala Batas, kawasan rumah semua dah naik air, tapi jalan belum lagi. Terus ambik Farish dan Firas dan balik rumah.

Abi ajak pergi ronda kawasan. Mula tu naik kereta, tapi sampai kat depan Yawata, macam tak berani sebab air dalam, patah balik, naik motor pulak. Naiklah kami 4 beranak motor tu.
Pergi ronda kawasan perumahan, banyak kawasan perumahan kat pekan Jitra terputus hubungan. Tengok dpea randuk air memang dah atas paras lutut. Ada rumah yang sampai paras tingkap.

Patah balik, abi ajak pergi pasar malam Kepala Batas. On the way lalu tu, naik makin naik kat kawasan rumah termasuklah rumah pengasuh. Kami lepak kat tengah2 trafik light kepala Batas tu. Tengok air makin naik, makin naik. Jalan ke Kampung Naga dan ke Bukit Tinggi terpaksa ditutup sebab paras air makin naik..

Dalam beberapa minit ibu tengok paras air kat atas jalan Kepala Batas tu makin naik. Abi ajak terus balik.

Tadi abi kena pergi hospital sebab ada urusan. Balik abi kata, semua jalan dah naik air termasuk jalan Anak Bukit. 3 kali motor abi breakdown randuk air.

Sayang sangat sebab kamera ibu habis bateri, tak dapat nak snap gambar banjir..

Alhamdulillah, rumah ibu agak tinggi. Kawasan perumahan ibu memang tak terjejas,tapi tak boleh nak kelaur masuk, jalan2 utama dah naik air.

Esok taktaulah boleh pi kerja ka dak. Anak -anak tak boleh hantar pi rumah pengasuh. Ibu pun taktau boleh pi kerja ka dak.. Tapi kawan ibu kata pengarah tak bagi amik EL..

Ada orang kata, banjir kali ni lagi buruk dari 2005 dulu sebab air naik cepat sangat. Lagipun air di empangan-empangan utama terpaksa dilepaskan untuk mengelak empangan pecah.

Ibu harap cepatlah surut banjir ni.. Mesti penat mangsa-mangsa banjir nak basuh rumah nanti.

PAPA & BABY CONTEST

Ibu terjumpa contest ni kat sini



Jom kawan-kawan kita join
klik kat sini untuk lebih lanjut


Ibu nak letak gambar ni sebagai taruhan


Nama abi : Tengku Nazim Tengku Din
Nama anak : Tengku Muhammad Farish Haikal
Umur anak : 2 tahun sebulan (ketika gambar di ambil)- sekarang 2 tahun 6 bulan

cepat.. tarikh tutup 14 Nov 2010 tau


Thursday, October 28, 2010

Baby Breastfeed pun boleh sakit?

Lepas anak ibu demam dan juga kena admit, ada suara-suara yang berkata... "Bukan anak kau breastfeed ka?"

Ibu nak betulkan kat sini. Breastfeed bukanlah menyebabkan anak anda langsung tidak sakit, tetapi kurang berisiko. Kalau macam tu bagaimana pula dengan doktor yang juga ada sakit demam, bukankah mereka doktor yang semestinya tetap tak boleh lari dari penyakit.

Ibu sebagai ibu kepada dua anak yang mempunyai latar belakang BF yang berbeza, ibu dapat rasa perbezaannya.
Farish yang bukan exclusive sejak pantang (time tu kan 0 knowledge), sempat fully BF hanya sehingga berusia 10 bulan (ibu pregnant balik) dan juga sejarah kelahiran dia yang borderline prem dan berat pun 2.48kg saja, semestinya dia lebih berisiko berbanding Firas yang lahir cukup bulan, berat memuaskan, exclusive BF sampai 6bulan 10 hari serta fully BF sampai sekarang (1 tahun).

Bezanya kalau demam, Farish lebih lambat sembuh berbanding Firas, lebih lemah berbanding Firas. Dan kalau demam confirm Farish akan hilang selera makan. Berbeza dengan Firas, demamnya lebih cepat kebah, dan selera makan dia maintain macam biasa. Ibu ingat lagi time dia demam raya hari tu, mata pejam pun, suap makan tetap nganga.

Tapi Alhamdulillah, kedua-dua anak ibu sihat dari penyakit-penyakit yang lain. Kecuali Farish yang ada thalasemia trait. Firas belum check darah lagi.

Apapun, baik baby yang BF, baby dengan FM, mereka tetap akan demam dan sakit. Demam dan sakit itu sebenarnya untuk membina antibodi dalaman mereka sendiri.

Tuesday, October 26, 2010

TAG MAKANAN DARI AYU

Tengah blogwalking tadi terjumpa tag dari Ayu.. Dia tak tujukan pon, tapi sebab boring dan juga sedang tunggu abi balik untuk dinner, baca tentang makanan, jadi lapar lak.

So jom tengok ...

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.

  • Laksa Kedah: Sebab orang Kedah, makan laksa kat mana2 pun takleh celen rasa laksa Kedah
  • Nasi Ayam Tat kat Jalan Sultanah: Nasi ayam kat restoran Tat Nasi Ayam ni memang famous kat Alor Setar, ayam dia sedap, sup dia sedap, nasi dia sedap, dan paling penting layanannya cepat
  • Bihun Sup jalan Sungai Korok: Kuah dia best dan daging dia besar2.

2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?

  • Limau nipis suam - suka sangat order kalau minum kat luar.
  • Fresh orange - rasa fresh gitu

3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?

  • Malay
  • Western
  • Indian

4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
  • Kari kepala ikan - en suami yang kata beshh!

5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?

  • tak pernah makan kat restoran mahal-mahal

6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
  • restoran Tat Nasi Ayam sebab servis cepat, makanan sedap

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yg korang suka?Kalau korang ada suka yg lain, tapi aku tak list, bgtau aje la.
  • suka makan segala jenis ikan.. tak kira laut atau darat

8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
  • Tak ingat nama restoran tu, tapi depan City Plaza. Sekarang pun dah tutup restoran tu, 9 tahun yang lalu tu

9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?

  • Kaki ayam goreng dan sup kaki ayam.. Sebab itulah feveret part dalam ayam yang abi paling suka makan

10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu hidang apa?

  • Tengok time sampai.. Kalau tengah hari of course nak makan nasi

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.

  • belangkas... tak boleh diterima walaupun tak pernah try

12. Menu raya paling disukai.

  • laksa
  • bihun sup
  • ketupat
  • rendang
13. Jajan/Cikedis favourite?
  • suka makan kerepek jer..

14. Beri tiga makanan yg mak korang masak yang korang suka?

Mak mertua boleh tak? Sebab mak dah tak ada

  • Nasi ulam - MIL expert buat nais ulam ni
  • kari daging - sebab MIL buat versi lain dari ibu punya, tapi sedap
  • Pekasam - MIL jual pekasam lagi..

15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?

  • memang suka pedas, so tak ingat apa paling pedas
16.Korang kalau jumpe org yg tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?

  • Nak masak laksa kat AYu boleh..

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.

  • Siapa2 yang rajin tu buatlah... Pasti membuatkan perut anda berkeroncong macam yang ibu sedang alami sekarang

Teringat kakak Farish kat wad

Tiba-tiba ibu teringat seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang duduk sebelah katil Farish dalam wad semalam..

Comel sangat dan mulutnya petah sangat. Bercakap tak henti-henti dan nampak cerdik dan cergas budaknya.

Apa yang ibu sangat tersentuh hati melihat 'kakak' sangat berdikari (dia bahasakan dirinya kakak dengan Farish)

Bayangkan budak sekecil itu terpaksa berdikari. Mulanya ibu hairan juga sebab tak nampak sapapun teman kakak dalam wad. Rupanya, dia dah duduk 2 bulan di situ.. Abi kata dia mangsa dera.. ibu pun tak pasti. Tapi adalah juga ibu dia datang sekali sekala datang menjenguk. Itupun ketika malam dan waktu makan tengah hari.

Kakak sangat berdikari. Bangun pagi dia pergi mandi sendiri dalam bilik air, pilih dan pakai baju sendiri dan selepas tu makan makanan sendiri. Dah habis tu, kakak banyakkan masa bermain dengan kawan2 yang keluar masuk ke wad tersebut termasuklah Farish.

Kakak sangat mesra dengan semua orang. Dengan Fairsh pun awalnya baik saja main.. tapi Farish ni kalau dah mesra, mulalah feel mengusiknya sampai kakak boring nak main dengan Farish dah pas tu.

Menumpang kasih staff wad dan juga keluarga penghuni lain.. Sedih hati ibu melihat gadis sekecil itu berdikari.. Ibu rasa time ibu umur sebaya dia, entah2 punggung pun mak ibu yang basuhkan..

Ibu dengar kakak diletakkan di bawah pemerhatian JKM, tapi ibu dia tak izinkan.. Tapi itulah, sampai berapa lama kakak nak duduk di hospital, persekitaran yang tidak membina bagi kakak.

Abi cakap, mau tak kita bela dia.. Jadikan kakak Farish? Entahlah, ibu tak tahu nak jawab sebab mak dia tetap nak mempertahankan kakak.

Apalah kakak buat sekarang ni yer?

Alhamdulillah, Farish dah keluar wad.

Pertama-tama ibu ucapkan terima kasih buat kawan-kawan ibu yang memberi semangat dan doa atas kesihatan Farish..

Alhamdulillah, Farish duduk wad tak sampai 24jam.

Malam tadi abi yang temankan Farish sebab kesian pulak nak tinggalkan Firas. Semalam Farish memang lembik, tido jer.

Pagi tu ibu temankan sekejap sementara abi pergi mandi dan breakfast. Ibu masuk wad jer, ceria jer tengok anak ibu. Nampak jer ibu terus minta upah (nak nenen).

Farish jenis senang mesra, so memang cepat dapat kawan dalam wad tu. Ibu bawakan mainan dan buku2 untuk Farish, tekun sungguh dia baca. Siap ajak kawan2 dia baca sekali..

Pas abi mandi dan sarapan, ibu balik ke tempat kerja.

Tengah hari tu, ibu naik pula ganti tempat abi. Ibu tengok Farish makin aktif berlari sana sini.. Drip pun dah cabut (setelah 2 botol air masuk). Abi kata sejak pagi Farish dah tak muntah dan cirit.. Alhamdulillah.

Tapi tulah, Farish tak mau makan. Dari pagi tadi dia cuma makan roti jer sekeping. Tapi minum ok, cuma takleh terlalu banyak..

Petang tu, doktor buat round, Farish pulak time tu dok asyik minum air glukos ibu bawa, doktor tanya semua positif jer ibu bagi... So ... boleh discaj petang tu dah. Lega hati ibu..

Kalau tak discaj lagi, alamat ibu yang tidur kat wad sebab abi oncall dan Firas terpaksalah tumpang rumah Kak Ani.. Kesianlak kak Ani kalau tengah-tengah malam kena bangun panaskan EBM..

Abi dah warning Farish untuk pantang makan itu ini buat sementara ni.. Kami pun tak tau apa yang dia silap makan. Cuma makanan yang dicurigai akan dihentikan serta merta (macam jajan etc)

Monday, October 25, 2010

Farish masuk wad

Semalam, on the way balik kerja Kak Ani call ibu, dia cakap Firas muntah-muntah dan cirit birit. Badan dah lembik.. Ibu pun cuak gak, tapi abi rilex jer.. Firas jarang sakit. Ibu fikir2 apa yang dia silap makan. Sebab apa yang dia makan adalah masakan ibu.

Sampai kat rumah Kak Ani, tengok kak Ani dok berdukung Farish yang hanya bertowel jer time tu.. Rupanya Kak Ani gabra sampai tersebut nama Firas. Farish sebenarnya yang kena. Mata kak Ani dah merah2 nangis. Kak Ani memang macam tu kalau apa2 jadi kat Farish.

Sebenarnya Farish kena tu lepas main2 dengan anak Kak Ani, tiba2 dia muntah, pastu cirit birit 2,3 kali sampai lembik badan. Balik rumah pun, dia cirit lagi sekali dan muntah 2 kali.
Abi terus bawa gi hospital.

Seperti yang dijangka, Farish kena admit. Takde choice, abi kena teman Farish kat wad.
Semalam, Farish doktor masukkan drip, kena monitor 24hours dulu.

Kesian kak Farish, dia tak boleh nak masuk makanan atau minuman dalam badan, mesti dia muntahkan balik.

Kawan-kawan ibu dan Farish. Doakan Farish cepat sembuh yer..

So, hari ni ibu ngan abi bergilir-gilir akan jaga Farish. Abi akan jaga time pagi, dan ibu akan jaga petang. Malamnya abi akan jaga pulak. Hopefully, Farish boleh discharge secepat mungkin.. Kesian pulak nak tinggalkan Firas kat rumah Mak Ani lama-lama.

Sunday, October 24, 2010

Breastpump apa saya nak beli?

Antara soalan-soalan famous bakal BF mom tanyakan ibu sama ada mealui verbal, email, FB dan sebagainya..

Sebenarnya, nak menjayakan penyusuan susu ibu bukan bergantung kepada jenis atau jenama pam.. Ibu dah pernah buat entry tentang ni sebelum ni.

Okaylah, untuk bakal2 ibu atau bakal2 pembeli pam, banyak perkara anda perlu consider sebelum membeli pam.

Pam terdiri dari pelbagai jenis
Manual,bateri, elektrik, single, double, single phase, 2-phases dan macam-macam lagilah..
Kena rajin2 surf internet untuk cari perbezaan dan kesesuaian dengan diri kita.

Jangan ikut orang lain, pam ni berbeza kesan antara individu..

Yang paling penting, kena konsisten penggunaannya...

Pam yang terbaik adalah daya hisapan dari mulut bayi dan yang kedua jari jemari anda sendiri.
Semasa pantang adalah lebih baik paudara diperah dengan menggunakan tangan. Boleh tengok Marmet technique
Ini membantu meransang dan melancarkan lagi aliran susu badan terutama ketika dalam pantang.
Jika anda telah pro menggunakan hand express, tak perlu lagilah segala jenis pam ni.

Bagi yang kurang konfiden, bolehlah mencuba pam mengikut kesesuaian budget, masa dan tempat anda.

Sekiranya anda sukar menggunakan plag di tempat kerja, manual atau battery operated pump adalah pilihan.
Begitu juga pekerjaan yang kerap di luar, outstation atau kena pi site, manual @ battery operated pump adalah paling sesuai.

Kalau ada budget lebih ,tak salah nak beli elektric pump..

Key success breastfeeding bukan pada pam, tapi ISTIQAMAH.. konsisten dalam amalan.
Doa dan usaha itu penting, kena kerap bertanya dan dampingi mereka yang pro BF dan paling penting sokongan..

Pesan ibu, sebelum membeli, baca review tentang pam yang berkenan di hati itu. Kalau boleh test lagi bagus..Ada beberapa kedai BF yang offer tester pump..

Saturday, October 23, 2010

Alahai anak ibu demam campak

Hari ni dah 5 hari anak ibu kena demam campak. Alhamdulillah, makin baik. Ruam pun start start berkuping malah dah banyak yang tanggal.

Pada mulanya ibu tak perasan kena demam campak.. Ingat demam biasa, nasib baik ibu ambik cuti sebab kesian kat Kak Ani nak jaga 2 orang sekali demam. Bangun tengah malam tu, ibu tukar diapers Firas, dalam kelam ibu pegang bontot Firas, ibu rasa ruam yang besar, ibu ingatkan nappy rashes.. tapi heran gak sebab diapers tak lencun pun.

Esoknya, ibu perasan bintik2 naik kat peha Firas, pastu naik ke tangan.. confirm ruam campak dah ni. Terus call abi yang kerja time tu. Masuk tengah hari, tengok Farish pulak naik rashes.. dah berduet la pulak anak-anak ibu ni.


Muka Farish yang dinaiki ruam campak.

Farish: ruam sekitar lengan, tangan, ketiak dan kaki
Farish paling kronik bahagian kelengkang (takleh nak tempek, cencored beb)
Terkengkang2 dia jalan.


Pos Firas : kat bahagian dagu naik dulu

Kawasan muka, lutut dan belakang Firas.
Firas paling kronik naik kat lutut. Terpaksa dia merangkak tanpa meletakkan lutut.
Kesian sangat. Nak berjalan, baru dok bertatih demam pulak.

Ibu rawat dengan mengambil petua di sana sikit, di sini sikit.
Antara petua yang glamer.
1. Daun semambu/mambu/neen
Kat Utara depa panggil daun mambu. Daun mambu ni memang terkenal untuk rawatan campak.
a) ramas daun dalam air. Mandikan dengan air ramasan daun mambu.
b) letak daun mampu atas tilam, biar pesakit tidur atasnya (ibu letak daun mampu atas tilam, pastu lapik ngan daun batik sebab anak2 ibu takmau tidur atas daun terus)
2. Daun inai
Petua ni ibu dapat dari kawan ibu Ruzaina.(copy dari FB Ruzaina)

sekadar berkongsi petua demam campak daripada Ustaz Abdullah - ambil daun inai tumbuk hg halus + garam & tempek di tapak kaki. selepas tu balut kaki dgn plastik. bagi anak2 kecil disarankan ikat dengan kemas n pakaikan stokin kalo tidak mama terpaksa keje lebih masa mop lantai. Inai dipercayai dapat 'menurunkan' bisa dan tompokan campak ke kaki srta elakkan miang.

3. Minum air kelapa muda
Ada yang kata minum selepas, ada yang sebelum.. abi bagi minum pada hari kedua.

Petua hilangkan parut
1. Daun asam jawa + bedak sejuk
- tumbuk daun asam jawa sampai lumat dan campurkan dengan bedak sejuk.. Buat ni lepas semua kuping dah terkopek. Kalau kat utara ni depa panggil berbedak.
2. lendir ikan haruan
- petua ni dapat dari Kak Ani a.k.a BS anak-anak ibu.
ambil lendir ikan haruan dan sapu kat parut2 campak tu. Kalau geli (sebab bau dia hanyir), letak seekor ikan haruan dalam baldi dan mandikan pesakit dengan air tersebut.

Pantang larang
Ni yang famous
1. Jangan bagi kena air hujan
- nanti takut parut besar akan kekal .Kira cam bentan la. Even dah sembuh pun takboleh kena air hujan untu k2,3 minggu
2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis
Pendek kata, masak takleh letak minyak. makanan laut pun kena elakkan, termasuk jugaklah telur. Ada gak yang tak bagi makan ayam, tapi staff ibu suruh bagi makan sup ayam untuk cepat keluar ruam.
3. Mandi
-ni ibu jumpa banyak versi.. Ada yang tak bagi mandi langsung, ada yang suruh mandi.
MIL ibu suruh mandi kerap untuk turunkan suhu badan
4. Jangan makan ubat
Orang2 tua tak bagi makan ubat tau. takut nanti ruam tu tak keluar. Tapi ibu bagi juga paracetamol, bahaya tu tak control demam, takut kena sawan pula.
5. Jangan mandi guna sabun
Elakkan guna sabun sebab sabun kan mengandungi bahan kimia. takut nanti dapat infeksi pulak.
6. Jangan pakai baju
Biarkan pesakit tak berbaju (kalau kanak2 la,orang dewasa perempuan kenalah pakai baju nipis2), dikhuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.. Biasalah ruam ni akan mengering, bila tak pakai baju proses dia akan lebih cepat)
7. Jangan garu atau kopek kuping campak
Nanti parut campak akan kekal, macam jerawat jugaklah.

(petua-petua di atas ibu dapat dari orang sekeliling ibu sahaja)

Ada petua-petua lagi boleh ditambah??

Related Posts with Thumbnails