ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, December 8, 2010

Firas 13 bulan

Dah lama tak bercerita tentang Firas.
Firas sekarang dah hampir 14 bulan.. Hari Isnin lepas baru berjaya bawa Firas pergi check up dan juga ambik imunisasi MMR untuk 12 bulan. Kenapa lambat? Sebabnya ketika Firas genap 12 bulan, Firas demam campak, elok dah sembuh, banjir pulak, pastu ibu dan abi pulak takde masa nak bawa sampailah hari Isnin lepas, bila 2,2 dah free, baru bawa Firas pergi klinik.

Berat Firas sekarang 9.7kg, tak banyak naik sangat, tapi masih berada dalam garisan normal. Ibu tak heran sebab Firas ni walaupun kerap makan, tapi kerap membunag jugak. Nak-nak pulak bila dah dapat kaki, tak reti dok diam.. So tak heranlah berat tak naik mencanak..

Lepas tu kena ambik injection, macam biasa anak ibu menangis sebab tak mau kena baring, kena peluk, pas kena inject, terus diam. Biasalah pastu mulalah start demam.
Ibu ada terdengar rancangan "Si kecilku...chak", bahawa, jangan sesekali beri paracetamol kepada bayi sebelum injection ataupun sejurus selepas injection untuk menghalang demam. Biar bayi mendapat demam barulah diberikan ubat. Ini kerana jika kita meberi ubat sebelum tanda demam muncul, antibodi tersebut tidak dihasilkan dengan sempurna.

Okay, apa perkembangan Firas sekarang?
Firas sekarang dah berjalan dengan laju.. Dah jarang jatuh kecuali ditolak oleh abang Farish. Makin manja dengan abi, pantang abi keluar, mesti nak ikut hatta sekadar pergi buang sampah jer.
Makin lasak, makin ceria dan juga suka buat muka lawak.

Sukakan muzik, kadang tu ikut Farish menyanyi dan menari. Dah pandai sembahyang, pantang jumpa sejadah, mesti terus sujud.. so ibu kena sediakan 4 sejadah tiap kali sembahyang, sebab 2 anak ibu tu akan jadi makmum juga walaupun hanya sembahyang 1 rakaat.

Sudah muncul beberapa perkataan pertama
Yang jelas adalah /tete/ untuk t*t*k, /nana/ untuk nak, /bu/ untuk ibu, /aba/ untuk abang.

Cuma Firas belum tumbuh gigi lagi, tapi makan berangan nak makan macam orang besar.. walaupun takde gigi tapi dah pilih untuk makan makanan pejal, takmau dah lembut halus ni.
Ibu ada tanya dentist, depa kata normal. Even teori mengatakan gigi bayi akan tumbuh sekitar 6-12 bulan, tapi dalam praktis, ramai yang tumbuh melebihi 16 bulan. Semalam bilik gusi Firas, macam dah nampak tunas gigi kat bahagian bawah.. Mungkin nak tumbuh gigi kot.

Gelak besar, tapi gigi takde lagi..

Aktiviti utama Firas, menunggah barang.. tengoklah barang yang disepahnya


Pose istimewa dari Firas



6 comments:

  1. bukan main dia sengih tu... ni sah le geng miya, lambat tumbuh gigi. bila sengih beria rupa cam atok nenek. ;)

    ReplyDelete
  2. Miya pun lambat tumbuh gigi kan? Dentist kata baby lambat tumbuh gigi ni, gigi diorang susah nak rosak..

    ReplyDelete
  3. alahai comel..takpe, takde gigi pun comel jugak kan firas..saya pun ada terbaca, kalau lepas inject seeloknya biarkan je baby demam sebab nak bina antibodi badan kan. imunisasi tu masukkan bakteria jugak kan..

    ReplyDelete
  4. encemnya firas ni..sama mcm danial, rapat ngan ayah...

    ReplyDelete
  5. Amirah, itu yang akak dengar. Biar baby bina antibodi dia sendiri.

    Ayu, anak lelaki biar rapat dengan ayahnya

    Wan- ikut diorang practice, dulu memang ada yang suruh bagi pas inject even tak demam.. but lately ni banyak dengar, biar tanda demam tu keluar baru bagi ubat, kalau tak kita macam melemahkan antibodi yang dimasukkan tu.

    ReplyDelete
  6. cepatjer kan rasa anak besar padahal masih terasalagi masa bersalin tuh..sekejap sangan perkembangannye.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails