ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, December 14, 2010

Susu bercampur darah


Ada beberapa kawan ibu pernah mengalami keadaan di mana susu mereka bercampur darah. Dan maslaah ini bukan disebabkan oleh rekahan puting (sore nipple).

Ibu berjaya menjumpai beberapa artikel yang menghuraikan masalah yang ibu-ibu tersebut hadapai.. Walaubagaimanapun, berjumpalah doktor sekiranya masalah tersebut berlanjutan dan untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

Keadaan 'susu berdarah' ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah
1. VASCULAR ENGORGEMENT atau RUSTY PIPE SYNDROME
Keadaan di mana pertambahan aliran darah di dalam payudara meningkat dengan ketara. Selalunya berlaku semasa proses penghasilan susu semasa mengandung dan juga ketika awal-awal kelahiran. Biasanya keadaan ini tidak lama, selalunya akan berakhir dalam tempoh seminggu. Susu tersebut tiada masalah unutk diberikan kepada bayi.. Tapi sekiranya anda was-was, buangkan saja susu perahan tersebut.

2. KAPILARI PECAH
Ini disebabkan oleh pemerahan atau pengepaman breast yang kasar dan menyebabkan kapilari dalam payudara menjadi pecah dan menyebabkan pendarahan

3. INTRADUCTAL PAPILOMA
Merupakan benign tumour (ketumbuhan yang tidak berbahaya) berlaku dalam payudara. Ianya berlaku berhampiran salur duktus penyusuan. Berjumpalah dengan doktor untuk diagnosis dan rawatan sewajarnya.




5 comments:

  1. Kak hana, thanks atas info... Alhamdulillah mslah shira hr tu 2 hr je... Nk mntk share info ni kt blog blh?

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing hana..ayu nye prob hari tu sebab luka di sekeliling puting..nampak kawasan aerola tu terbelah..huhu..sakit..

    ReplyDelete
  3. eeei takutlahkan.mesti panik bila nampak darah.tapi tak pernahlagilah kena cenggitu.tp boleh simpan infonie manelah tau satu ari nnt terkena pulak.

    ReplyDelete
  4. Shira, tak sempat nak reply kat FB hari tu.. rasanya prob Shira tu ada kaitan dengan vascular engorgement tu.

    Ayu, kes ayu tu memang confirm nipple sore kan, dan develop mastitis.

    Wan, maklumat di hujung jari anda.

    ReplyDelete
  5. saya pun mengalami masalah ni, tak sampai hati nak bg susu oren (sbb bercampur darah) kat anak.
    Saya guna krim cocoa butter.. alhamdulillah, masalah selesai

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails