Ibu bercakap dari pengalaman, dan juga membaca pengalaman dari orang lain.
Paling utama dalam kes ini adalah kerjasama dari pihak lain terutama suami.
Sedari ibu-ibu disahkan mengandung, cuba rapatkan hubungan anak dan ayah mereka. Jangan dah lepas nak bersalin baru nak suruh anak rapat ngan ayah, ada budak yang susah nak adapt.
Macam ibu, bila ibu pregnant, tanggungjawab mendukung, menyalin pakaian, pampers, memandikan hatta menidurkan Farish abi yang ambik alih. Bukan apa, abi nak Farish alihkan tumpuan kepada orang lain selain ibu. Kalau dulu time berjalan, ibu yang akan dukung Farish, tapi lepas pregnant, abi yang akan dukung pulak. Kat rumah pun Farish kerap dibawa meronda dengan motor.
So lepas ibu bersalin, Farish memang kurang peduli dengan ibu apatah lagi melihat ada budak kecik lain di sisi ibu. Tapi dengan abi, memang Farish melekat abih. Melekat kalahkan gam gajah.. Mengekor saja.
Time menyusu, memang sekali sekala Farish tunjukkan kejelesan dia. Mungkin tak dapat terima hakikat bahawa ada insan lain boleh menyusu susu ibunya selain dirinya. Tapi Alhamdulillah, minggu pertama saja dia berkelakuan macam tu, lepas tu dah ok, dah boleh tunggu giliran.
Untuk para ibu yang khuatir dan mungkin ada yang sedang mengalami di mana abang/kakak seperti nak conquer nenen ibu seorang sahaja, perkara paling penting yang mesti dilakukan adalah berpesan ketika abang/kakak nak tidur. Sebab masa paling anak-anak akan menerima nasihat adalah ketika mereka hendak melelapkan mata, kerana ketika itu pertuturan ibu akan sampai ke hati.
Itu yang ibu lakukan kepada Farish sedari ibu hamil, setiap kali dia nak tidur, ibu akan pesan benda yang sama, tentang perkongsian dia dengan bakal adiknya lagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Kini dah hampir 14 bulan mereka berkongsi, Farish sangat tolerate. Even dia baru nak menyusu tiba-tiba Firas menangis, dia akan lepaskan dan beri pada Firas... Cuma sekarang ni Firas pulak yang tunjuk jeles. Pantang Farish dok dekat dengan ibu, confirm kena tampar kepala Farish.. Kalau nampak Farish menyusu, lagilah kuat jelesnya.. Entahlah, sedangkan sedari baby lagi, Firas dah belajar berkongsi dengan abang, tapi sampai ketika ini dah nak conquer plak.. Firas, Firas..
ooo..Firas dah tunjuk belang yer..hehhee
ReplyDeletefiras tampar farish??wahhhh..
ReplyDeletetapi, ada benar kata2 hana..
ayu plak dekat2 nak 2-3 bulan b4 bersalin baru rapatkan hariz ngan ayah dia..ajar tidur sama, n semua hal hariz, ayah dia yg handle..
mmg hariz rapat la dengan ayah dia sampai la satu ketika bila suami kena keluar outstation..aduhhhh..melekat balik la dgn ayu SAMPAI SEKARANG...
kagum dgn awak hana!
ReplyDeleteSara pun dah start wat g2 kak hana...
ReplyDeletenow waidi pun dah merapatkan diri dgn baba dia..i'm only 8 weeks preggy but masa dpt tau terus berlaku bonding waidi n baba beliau, bukan apa, takut terlambat kan..(waidi is 15months)
my mission is also to tandem nursing like u InsyaAllah..:)
oh ye, BW pun baba yg buat skrg, bg ammi rest jap b4 baby gets heavier..;D
neway, tq 4 d tips..keep it coming, 1st time pregnant ni while still in bf stage
Deena, Ayu- Firas memang nampak character dia lebih garang.
ReplyDeletePah-thanx
Amni- Sebenarnya bonding ni automatik.. adang2 anak2 ni dia ada feel ada orang lain..
Insya Allah, tandem nursing ni sesiapa pun boleh. mUla tu agak sukar, tapi lama kelamaan biasa dah..
Hana,
ReplyDeleteTabiat jeles menyusu Firas nie sama dengan Najla, dia suka conquer sorang padahal kakaknya hanya nak hisap main2 dan pegang je.
Saya je ada ank rapat...sulung 1y 6m...ank kedua 3m..n now..sy pregnant lg...mmg plu kekuatan mental n fizikal...dan jge skongn dr suami...mmg org slalu kte mcm2 negativenye...tp syukur Alhamdulillah...suami sy sgt membantu..dia ambik alih kje2 sy...sbb tu lah Allah murhkan rezeki ank pd sy sbb Allah tahu suami sy bnyak membntu.....
ReplyDelete