ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Thursday, December 9, 2010

Betulkah bayi BF semua tembam-tembam??

Situasi 1
"Tembamnya baby, hang bagi susu apa ni?"
"susu ibu"
"Oh! patutlah tembam, minum susu ibu rupanya"

Situasi 2
"Anak hang ni aku tengok kurus saja, tulah takmau bagi susu tepung langsung, dok harap kat susu hang saja.. Tengok anak si minah tu, dia bagi minum susu xyz, gebu jer badan"

Anda berada dalam situasi mana?

Alhamdulillah, jika anda berada dalam situasi 1. Sekurang-kurangnya anda dapat membuktikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda..

Tapi bagi mereka yang berada dalam situasi 2, itulah cabaran paling getir untuk membuktikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik..

Tapi mestikah bayi yang menyusu susu ibu tembam dan debab?
Sebenarnya tidak.. sebab bayi susu ibu datang dalam pelbagai saiz. Ada yang montel gebu, ada yang tidak.. Tapi paling penting kena pastikan bayi berada dalam keadaan sihat dan aktif..

Ibu pun tak boleh nak compare saiz baby FM vs BM.. sebab kalau ikut perhatian ibu, baby FM pun ada gak yang kurus-kurus, dan ada gak yang chubby..

Sebenarnya kena tengok genetik dan keturunan juga. Dan ada logiknya juga... kalau ibu bapa yang berbadan slim river, dapat anak macam michelin baby, teruk gak tu nak mendukung.. So, logiklah baby yang slim ni datang dari keluarga yang slim juga.

Tapi seandainya bayi anda terlalu kurus hingga dikategorikan sebagai KZM (kurang zat makanan), ibu-ibu harus periksa balik corak penyusuan bayi.

Adakah bayi anda menyusu dengan efektif?
Adakah bayi anda menyusu sehinggga mendapat hindmilk?
Adakah anda mengepam dengan efektif, maksudnya sehingga breast terasa kosong?

Tapi yang paling penting ibu-ibu kena faham, anak BF
1. anak BF kurang risiko untuk obese
2. Anak BF tinggi imuniti
3. anak BF kurang berisiko menghadapi masalah usus

Ada juga seorang ibu menyatakan otot bayi BF lebih pejal as compare dengan FM baby.. walaupun baby BF kurus tapi badan mereka pejal..

tak dapat ibu bayangkan kalau ibu dapat baby michelin macam ni.. mahu patah pinggang ibu nak dukung ni...
(gambar ihsan google images)

6 comments:

  1. Hana,

    Kebetulan Najla pun jatuh dlm situasi ke 2.Tapi takdelah sampai ke garis merah beratnya.

    Wan bila ada yang persoalkan, wan cakaplah dah memang genetik wan n hubby kurus, takkanlah anak nak gemuk kan.Cuma lepas kawin je baru kitaorang berdua berisi sikit.

    ReplyDelete
  2. anak munna yg kedua ni fully bf tapi badan tak naik2 pun... tapi aktif dan suka explore dan yg pasti jarang kena selsema atau demam

    ReplyDelete
  3. ada gak yg komen danial ni mcm kurus..ye ke kurus?? entah la..ayu malas nak kata apa2..ayu cuma cakap asalkan dia sihat n ikut graf, dah ok dah..

    ReplyDelete
  4. isyk maira pun Fully BF takderlag debab pun.biasajer.janji chat.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    baby sy di kategori pertama
    tapi since dia demam
    berat badan agak menurun

    harap dapat truskan BF till umur dia 2thn

    ReplyDelete
  6. me dlm kategori kedua. selalu sgt kena mcm tu. tp mmg tak putus asa. shira ttp dgn pendirian dan anggap diorg xfhm...

    betul ckp akak, faktor genetik pun main peranan gak. takkan la mak kecik, anak nk besar, senget nk dukung tu...

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails