Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.
Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!
Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing.
salam ibu farish.
ReplyDeletesaya setuju ibu kate,selepas setahun,makanan seimbang perlu diberi,dan susu ibu adalah pelengkap.
tapi,selepas susu ibu 2 thn,keperluan susu tidak sepenting pemakanan seimbang.memang kebanyakan budak selepas 2 tahun tidak akan gemar susu formula.malahan,ada budak yang da pun minum susu formula sejak kecil,tetiba setahun tak nak minum susu nya itu..kerana mereka da pandai merasa pelbagai jenis makanan dan mula rasa bosan dengan susu..
tapi,berlainan dengan susu ibu..being attached to mom's breast is the most amazing experience to baby/toddler. tu pasal,ramai anak slps 2 tahun,ada yang susah nak putus susu ibu.bukan kerana rasenya.
tapi,saya kurang setuju sbb2 nape kanak2 tak suka susu formula.
ReplyDeletesaya nak tanya,
1. susu ibu pelbagai perisa?adakah fakta atau khayalan?susu adalah aliran darah..masakan mempunyai pelbagai perisa ikut pemakanan ibu?kalu ibu yang makan masin terlalu byk,adakah akan rasa masin?
tujuan pelbagai perisa susu formula diformulasikan adalah untuk mereka yang tak gemar susu putih.of course la kandungan gula tinggi,tak elok tuk kanak2.tapi,sejauh mana pun anak2 kita tak diberi makan eskrim,mcd,coklat,jajan2 lain?sejauh mana kita dapat sekat naluri keanakan mereka..merasa makanan sebegini?
2.tekstur susu adalah plain.mmg kalu dihidangkan susu susu susu,anak akan bosan.hatta,kalu selepas 2 thn,anak diberi susu ibu dalam cawan sentiasa susu susu susu,bukan pada breast lg,si anak tetap akan menolak.bukan kerana susu formula semata.mmg benar,perlunya makanan seimbang..tapi,kalu dapat dilengkapkan dgn secawan susu (200ml) sehari sekali pun sudah memadai untuk anak 2 tahun ke atas.encourage anak untuk minum susu bukan membenci susu.malah,kita yang da tua ni pun,keperluan tuk minum susu bagi bantu mengurangkan gejala osteoporosis.mmg benar,tak semestinya susu susu susu.banyak lagi,pemakanan yang boleh bekalkan kalsium dan lain2 yang terdapat dlm susu. kesedaran pada orang tua takan sama dgn kenakalan anak2.kalu kita kater kena ajar anak makan makanan seimbang,bentuk disiplin mereka,begitu juga dgn encouraging anak minum susu.selagi mereka mau.
alhamdulillah,kalu anak tak cerewet makan.kalu cerewet makan,takan kita nak paksa tuk die makan atas permintaan kita.cuba ibu farish,google website omputih.betapa ramainya kanak2 yang picky eater..sampai ibu2 sendiri tidak terlayan.kalu da kes gni,susu yang diformulasikan,dan propaganda susu formula mgkn dapat membantu.susu formula bukan lah semata formulasi kosong.sekurang2nya,zat yang ada dapat membantu pemakanan anak2 ini.terutama yang cerewet makan.
ReplyDelete3. warna susu adalah plain.sedangkan makanan ada pelbagai warna dan rasa.kalu anak yang tamau makan sayur,adakah disebabkan warna nya yang ijau?anak yang tidak mau makan ikan,adakah sebab rasanya?
adakala kita perlu bercakap melalui pengalaman dan ragam anak2 bukan melaui teori dan idea pemerhatian saja.
saya terima pendapat,'sgt perlu minum susu' susu susu susu,adalah tidak wajar.tapi,encourage anak2 minum susu adalah baik..
saya bukan la pro susu formula,tapi,jgn la kerana terlalu ghairah dalam huraian susu ibu,menentang abesan2 dan mengajak ibu2 lain tuk anak tidak minum susu.mgkn tak perlu kot,tentang propaganda dan iklan tuk dihuraikan.lain pemikiran,lain pendapat.kita tak boleh,ajak org sama pemikiran dgn kita..moden atau kolot,adalah cara hidup masing2.huraian biarlah berbentuk encouragement tidak kira lah susu ibu atau susu formula atau fresh milk.kalu website omputih,dalam menyokong susu ibu,susu formula tetap diberi pendapat yang baik tuk ibu2 yang tidak dapat sepenuhnya beri anak2 susu ibu.bukan dikecam susu formula itu.
ibu farish,
ReplyDeletesaya mintak maaf atas tulisan saya.saya hormati ibu farish.mmg btul,huraian pemakanan lengkap melebihi keperluan susu.tapi,ada pendapat yang tak sesuai apatah lagi menentang susu abesan.cukuplah sekadar huraian pemakanan lengkap.
setiap bayi dan kanak2 adalah berbeza tuk dijaga.tak semua ibu2 melalui penjagaan anak yang mudah mengikut kehendak aturan kita.kita tak kan tau,nape ibu2 lakukan ini,lakukan itu tuk anak2 mereka.mgkn ianya mendatangkan kebaikan terhadap penjagaan anak sendiri.tak semuanya indah seandainya perjalanan pengalaman yang kita lalui adalah mudah dan dipermudahkan.kita tak boleh expect semua org adlah sama.
tapi,kita boleh membentuk sebaik kita anak2 kita.dan cuba yang terbaik.
maaf ibu farish..tak perlu approve saya nye pendapat ni.saya sekadar beri pandangan.
nanti saya dapatkan majalah tersebut ye.
terima kasih kerana membaca.
susun sepuluh jari atas ketidakselesaan pandangan dari saya.
saya tau,tiada yang terbaik dari susu ibu..
saya menyokong 100% motto itu.
Saya sependapat ngn ashra. Mmg la byk source lain nk dptkan kalsium. Tp bkn senang nk paksa anak2 mkn benda2 tu. Diorg ni dh ada naluri dan kehendak.
ReplyDeletePaling senang mmg bg susu formula. Dan pupuk dr kecik minum susu. Mcm sy sendiri, sy takde masalah minum susu. Suami sy, dr kecik mak dia tak ajar / encourage minum susu. Mmg susah nk minum susu.
Bkn la nk agung2 kan susu formula.
Tp itu source paling mudah.
Bg sy, lebih baik ada. Dr tiada. Wpn mgkin bkn yg terbaik..
Bak kata Ashra, Jgn terlalu ghairah atau taksub dgn susu ibu. Smpai alpa dgn pemerhatian dan pengalaman ibu2 lain.
Apa yg kita lakukan hanyalah utk kebaikan anak2 kita. Mgkin bkn yg terbaik. Kdg2 bkn senang nk pakse diorg nih.
Oh ya, sy bfeed anak pertama smpai umo dia setahun. Dia wean sbb sy pregnant. Mmg die takmau langsung dh. Die tolak sendiri. So sy continiu dgn susu formula. Because it's the best and fastest way. Anak sy jenis sy picky. So bg susu dia nk sy bglah.
ReplyDeleteAnak kedua, sy still bfeed smpai skg. Alhamdulillah.
So sy bkn sewenang2 nya nk support susu formula.
Tp bg sy, bila susu ibu dh takde/kering/anak dh takmau. Susu formula ada lah source yg terbaik dan temudah boleh didapati.
Kenapa nk band benda yg bagus?
Artikel di atas bukan ditulis oleh saya..
ReplyDeleteSaya hanya copy paste tulisan Pn. Kamariah.
Apapun, pilihan di tangan ibu. mereka lebih arif tentang anak mereka.
salam ashra dan siti fatimah juga pada hana.
ReplyDeletehana: syabas kerana anda adalah pejuang susuibu di Malaysia ini. kesedaran yg ada dlm diri anda telah membawa anda ke tahap ini. anda telah melalui proses training sebagai pejuang susuibu.
ashra dan siti fatimah:
saya juga adalah pejuang susuibu di Malaysia. saya mmg menolak 200% susu formula. saya menolak bukan sbb disogokkan oleh artikle yg telah dilampirkan oleh hana tapi melalui pengalaman yg telah saya lalui selama 15 tahun ini.
betul anak saya baru seorg. tapi hidup saya selama 15 tahun ini diwarnai dgn kehadiran anak2 saudara saya yg dari mereka terdiri pelbagai ragam dan karenah.
dan saya telah mengaplikasikannya pada anak saya. anak saya menjadi bahan xperiment saya. saya berjaya susukan dia selama 2 tahun dan skrg masih lagi meneruskan penyusuan.
anda ber2 perlu paham, perlu jelajah perlu terokai dunia anak2 ini. perlu lihat keliling apa yg jadi pada anak, pada ibu dan pada masyarakat, apa terjadi jika kita terlalu bergantung pada susu formula.
kadang2 saya terfikir, bagaimana seorg yg belom diberi hidayah oleh Allah, boleh menjadi pakar dalam bidang penyusuan susuibu ini sedangkan kita yg beljar Al-Quran dari awal lagi masih ragu2 tentang janji Allah. dan saya terfikir juga, knp Dr Jack Newman yg dtg dari Toronto tu (negara luar) tahu keburukan susu formula, sedangkan kita di sini, berpusu2 nak beli susu formula.
betul susu formula adalah alternative yg paling mudah..tapi dgn mudahnya juga kita dapat lihat attitude ibu itu sendiri.
apa2 pun, sharing is caring. pilihan di tangan anda wahai ibu2...pada saya hana telah berkong si ilmu yg dia ada, dimana ilmu tu takkan boleh di bawa masuk ke dalam kubur...
Pada pendapat saya....hendak seribu daya...tak hendak, seribu dalih..alasan sentiasa ada selagi manusia wujud di muka bumi ini...semoga kita diberi hidayah oleh Allah untuk terus berjuang walau apapun terjadi bahawa susu ibu adalah yang terbaik...memberikan anak kita susu formula tidak menjadikan kita seorang ibu yang tidak bertanggungjawab tetapi berusaha untuk memberikan anak kita susu ibu sepenuhnya walau apapun halangan dan dugaan dari segi kemampuan, atitud anak ataupun kelemahan diri akan menjadikan kita sangat bertanggungjawab terhadap anak kita dunia dan akhirat...sebagai ibu,kita perlu menjadi peneroka...peneroka kepada pelbagai persoalan (contohnya kenapa susu kering, kenapa susu tiada,kenapa anak tidak menerima susu ibu lagi dan bagaimana untuk meneruskan penyusuan susu ibu serta apa yang dapat diberikan kepada anak yang jika dia menolak itu atau ini) dan kita juga peneroka dunia anak2 kita yang semakin banyak memberikan kita peluang untuk mengetahui pelbagai perkara baru kerana zaman telah terlalu banyak berubah (contohnya kemahuan dan kesukaan anak serta atitud anak terhadap kamahuan si ibu..) ..saya setuju dengan komen 'pejuang' di atas.....dan Allah juga telah memberikan kita terlalu banyak pilhan sehingga tak terpilih dek kita dalam usaha untuk memberi anak kita makan ....mana satu pilihan anda kalau mahu juga mengambil susu sebagai salah satu sajian untuk keluarga: susu formula diproses dari cecair hingga menjadi tepung ..bayangkan proses ini pasti membabitkan pelbagai bahan kimia...tarikh luputnya pun lama bermakna kandungan pengawetnya adalah tinggi berbanding susu freshmilk yang juga melalui pelbagai proses tetapi pastinya tidak sebanyak susu formula serta tarikh luputnya lebih cepat bermakna bahan pengawetnya tidak sebanyak susu formula..nah...Allah SWT telah memberikan kita pilihan ...tinggal untuk kita melihat dan mempelajarinya sahaja...ayat copy paste di atas datangnya dari Kaunselor Laktasi bertauliah dimana beliau diktiraf bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat Global...maka, ayat2 beliau adalah hasil dari kajian dan pengetahuan yang diperolehi sebagai seorang ilmuan...sebelum kita membuat apa2 pernyataan ataupun persoalan, saya kira lebih baik kita dalami dahulu sesuatu ilmu atau isu itu...peringatan ini juga untuk diri saya yang sentiasa lupa..apapun...bak kata anda semua...lain orang lain pendapat dan kita semua berhak untuk memberikan pendapat....tepuk dada tanya lah selera sendiri...pilihan di tangan anda ...terima kasih hana kerana berkongsi maklumat di atas...anda telah pun melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan membuka mata ibu2 yang dengan berkongsi artikel di atas...syabas diucapkan....
ReplyDeleteteruskan usaha anda ya hana...

sorry hana...tertekan byk kali....ampun ya...
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteHana..
aku pun ada ambik post kak kamariah nih
saya ingin memberikan sedikit pandangan
saya sokong apa yang puan Kamariah tulis ini
susu bukanlah segala galanya buat anak yang sudah melebihi usia 2 tahun
kanak kanak yang berusia lkebih daripada 2 tahun sudah 'layak' makan seperti manusia biasa.
susu adalah pelengkap..tak kisah susu apa yang dia hendak minum...
jika anak menolak minum susu apa jua susu melainkan susu ibunya maka kita jika berdaya dan berkemampuan susukan nak itu...jika anak tidak mahu minum susu maka kita ibu hendaklah lebih kreatif
anak itu amanah bukannya toys kita maka kita carila jalan lain bagi melengkapkan pemakanan seimbangnya
saya menyusukana nak saya secara penuh(susu ibu sahaja ) selama 2 tahun 2 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga usia anak saya GENAP 5 tahun
Alhamdulillah..membesar dengan sihat dan Alhamdulillah Allah permudahkan...
Setelah 5 tahun anak saya tidak kisah/tidak cerewet menganai pengambilan minuman tenusu..jika dia rasa nak minum susu segar dia minum nak minum yogurt dia minum..nak minuman berkultur dia minum..nak makan cheese dia makan...
dan mengenai..pelbagaikah rasa susu ibu??
untuk makluman...
susu ibu adalah sangat sangat pelbagaian rasa dan warnanya..
dipengaruhi oleh pemakanan si ibu...
sebagai ibu yang menyusukan anak sampai 5 tahun saya selalu mendengar penjelasana anak saya apabila dia menyusu dia selalu memberitahu saya
"mommy susu hari ni rasa macam apple laa"
"mommy susu rasa macam manis sikit laa"
"mommy susu hari ni rasa strawberry"
jika kita memerah susu kita akan dapat melihat warna susu kita adalah berbeza-beza..ada kalanya putih adakalanya kuning adakala kehijauan..
Insya Allah susu yang Allah anugerahkan kepada umat manusia ini lengkap dan indah
majulah susu ibu demi pembangunan ummah...
Bagi saya, sebahagian maksud tersirat artikel puan kamariah adalah jgnlah kita menjadikan trend minum susu sebagai satu jalan pintas untuk mengatasi masalah anak cerewet makan. Anak saya juga kdg-kala cerewet, namun kuncinya ialah kesabaran & kreativiti kita.
ReplyDeleteDan Sebagai ibu, saya bukan lah anti kepada susu lembu, malah saya dan anak yang berusia 2 tahun lebih juga minum susu pada setiap hari, namun saya cenderung untuk memilih susu segar sahaja.
Sebagaimana kita cuba untuk menjauhkan makanan seperti makanan segera, makanan yang diproses dan sebagainya. Kenapa pula kita tidak melakukan yang ini? Jadi, kembalilah kepada yang lebih semula jadi sebagai salah satu amalan seharian kita :)