ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, July 31, 2010

Minggu Penyusuan Susu Ibu 2010

Semua sudah maklum bahawa setiap tahun pada Ogos minggu pertama merupakan minggu penyusuan susu ibu..

Tahun ini sambutan minggu penyusuan susu ibu bertajuk
"Penyusuan ibu hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi"


Rasional
  • Kemudahan penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam pewujudan penyusuan ibu.
  • 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Ibu Yang Berjaya memberi laluan sokongan untuk membolehkan wanita mencapai tujuan penyusuan mereka dan sebagai panduan dalam latihan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menyokong penyusuan ibu.
  • Minggu Penyusuan Ibu Sedunia tahun ini memperingati ulang tahun ke 20 Deklarasi Innocenti yang menyeru perlaksanaan 10 Langkah tersebut di semua kemudahan perbidanan.
  • Sepanjang 20 tahun ini, lebih 20,000 pusat perbidanan, atau lebih kurang 28% dari semua pusat perbidanan di seluruh dunia telah melaksanakan kesemua 10 Langkah dan telah diiktiraf oleh Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI).
  • Sepanjang tempoh ini, kadar penyusuan eksklusif juga telah bertambah.
  • Walau bagaimanapun, kemerosotan pemprograman BFHI di seluruh dunia, kekurangan latihan, dan pematuhan 10 Langkah yang lemah di pusat perbidanan yang telah diiktiraf, menyumbang kepada kepegunan dan kemerosotan kadar penyusuan eksklusif di kebanyakan tempat.
  • Telah tiba masanya untuk menyemak semula pendekatan ini dan menentukan hala
    tuju kita seterusnya.
Objektif Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010
  • Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap peranan 10 Langkah dalam penyusuan eksklusif.
  • Untuk menggiat semula aktiviti dalam kalangan sistem kesihatan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam memberi sokongan terhadap wanita untuk mencapai hasrat penyusuan ibu mereka.
  • Untuk memaklumkan orang ramai di serata tempat bahawa perlindungan, promosi dan sokongan penyusuan ibu adalah hak ibu, hak bayi serta hak asasi manusia.
  • Untuk membolehkan wanita dan semua yang pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan sistem penjagaan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu.
  • Untuk memastikan kakitangan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu dan bayi mendapat latihan secukupnya dalam memberi nasihat dan sokongan tentang pemakanan bayi yang optimum.

    10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

    1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
    2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
    3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
    4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
    5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
    6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
    7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
    8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
    9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
    10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
    maklumat lanjut boleh rujuk di WorldBreastfeedingWeek.org

    Terdapat pelbagai program yang dianjurkan sempena minggu penyusuan susu ibu.
    Rujuk duniasusuibu.com untuk maklumat lanjut

1 comment:

  1. ooo...ye ke ogos adelah mggu pnyusuan...apo la den xtau...

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails