ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Thursday, August 5, 2010

Ramadhan tiba.. Teruskan penyusuan anda


Alhamdulillah, dah nak masuk bulan Ramadhan esok lusa ni
Sebenarnya entry ni dah lama nak buat, tapi sangat bizi untuk berada di depan laptop update blog. Lepas tu modem pulak tak function.. bersawanglah untuk 2 minggu ni.

Alhamdulillah, tahun lepas berpuasa ketika kandungan berusia 7 bulan.. Penuh puasa..tak payah nak ganti. Tahun ni pulak,period belum kunjung tiba sejak bersalin 10 bulan lalu.Harap-harap cik peot ibu tu tak bertandang lagi pada puasa kali ini.

Kat sini ibu nak kongsi tip-tip berpuasa untuk ibu-ibu menyusu supaya penyusuan boleh diteruskan.
Ibu kena recall back 2 years ago, sebab time tu ibu berpuasa ketika Farish baru berusia 5 bulan.

Persediaan sebelum Ramadhan
1. Buat stok untuk digunakan ketika susu merudum di bulan puasa.
2. Berlatih berpuasa untuk melihat keupayaan kita mengharungi puasa. Boleh buat penambahbaikan (tapi sekarang dah tak boleh dah, dah melebihi 15 Syaaban)

Persediaan semasa Ramadhan
1. Jangan skip sahur
2. ambil lebih banyak cecair (air, kuah, sup,jus dll dalam bentuk cecair)
3. Ambil makanan kaya serat dan karbohidrat sebagai sumber tenaga ketika siang hari berpuasa.
4. Amalkan makan kurma
5. Ambil lebih buah-buahan dan sayuran
6. Tenang, jangan stress
7. Teruskan sesi perahan seperti biasa, tingkatkan masa perahan di waktu malam
9. Kerapkan menyusu di waktu malam
10. Ambil supplement jika perlu
10. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.. Semoga ibadah kita semua akan diberkati Allah.


3 comments:

  1. ok.thanks k.hana jawab soalan sy lepas.
    satu lg,hehe.
    emm,ngandung bulan brape kolostrum akan kuar ye tuk anak kedua.lagi byk saya baca,lagi mcm2 pendapat sy dengar.kalu anak pertama nyusu lagi,nti anak ke2 tak dapat plak kolustrum tu nti ye?

    sori lari topik bulan posa ni.hehe..

    ReplyDelete
  2. Ashra,
    kolostrum biasanya mula keluar pada kandungan 7 bulan. Tapi ada ibu yang tak experience pengeluaran kolostrum ni.tak perlu risau.

    Ashra, Insya Allah, bila baby keluar nanti masih ada kolostrum walaupun abang/kakak dia menyusu.

    Sebab kolostrum ni dirangsang oleh hisapan bayi juga..Dan yankin pada rezeki dan kuasa Allah.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails