ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, August 21, 2010

Koleksi CD ibu

Sedar tak sedar, dah hampir 1thn setengah tahun ibu gunakan CD. Since dari Farish dulu, tapi Farish tak fully CD. Firas fully CD since usia sebulan.
Menggunakan CD bagi ibu mudah sebenarnya. Yang penting kena RAJIN. Rajin basuh, rajin sidai, rajin bubuh balik insert, rajin salin dan rajin segalanya.
Abi kadang-kadang prefer guna dispo juga, nak-nak bila time Firas kerap membuang dan juga time-time terbocor. Tapi ibu kata, "Tu yang lagi bagus, tak membazir, kalau dispo, baru pakai dah ber**, kena buang, dah rugi berapa kupang dah. CD bila kotor, basuh, tak buang sekupang pun (kecuali bil air -berapa sen sangat).
Tapi walaupun abi cakap macam tu, dia masih tolong ibu uruskan CD especially untuk buang poo-poo Firas.
Lagipun pakai CD senang nak pantau berapa kerap Firas membuang kat rumah Kak Ani, dan paling penting boleh trace apa yang dimakan oleh Firas.

Ibu tak guna CD yang mahal-mahal. CD ibu range dari RM29 - Rm50 jer. Itu pun dah sangat berbaloi bagi ini.

Koleksi terkini CD ibu
Atas ni ada 19Cd yang berlipat

Yang ni pulak CD yang masih kat ampaian (8CD)

So semua CD ibu ada 29 (2 tiada dalam gambar= 1 dalam baldi, 1 Firas pakai)


Antara jenama CD ibu guna (Dyana, QQMinky, Lunatot's, Wuddah, Coolababy)
Baru perasan CD Dyana terletak 2 kat atas.
Ada satu lagi Babyland (yang tengah sidai dan Firas tengah pakai)
Dan ibu ada jenis CD microfleece, bamboo, charcoal bamboo, suede
Insert ada jenis microfiber, hemp, bamboo

Rasa cukup ker tak? Tapi dalam hati ibu still nak tambah lagi. Nak-nak sekarang ni lagi banyak design dah brand pulak tu. Nak-nak pulak dah ada kedai kat Alor Setar kepunyaan kawan ibu Rini Shariff.

Asal pergi Whizchini shop jer, mesti nak rembat. Rini pulak jenis tak berkira, amik dulu bayar kendian. Lagipun rumah ibu tak jauh dari rumah dia. Dan kedai dia pun dah dijadikan tempat SGM kat Alor Setar.

Ada banyak barang baby kat situ, ada breastfeeding items (pump, storage bottle/liner, cooler bag, chillers, books), Cloth diapers, baju-baju baby, babywearing, dan lain-lain lagi. Kira one stop center la kat Alor Setar ni.

So sesiapa yang berminat nak melawat(dan membeli-belah) di kedai Whizchini, dialu-alukan.

2 comments:

  1. salam

    banyaknya CD akak. saya baru nak try-try tapi kadang-kadang bocor juga lagi. mungkin cara pemakaian tak berapa betul. jenama mana yang ok akak? review sikit boleh? setakat ni saya paling suka dyanaMP cd.

    ReplyDelete
  2. Hazu, tu pun rasa macam tak cukup. Bila tengok design2 baru, jadi geram sangat. Akak pun nak beli dyanaMP untuk koleksi raya ni.

    Biasalah terbocor sekali sekala. kena check balik pemakaian, kadar serapan. Bagi akak semua ok jer.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails