Apa itu LAM?
LAM adalah salah satu metod perancang keluarga secara semulajadi.
Dari segi definisi,
Lactation= proses penghasilan susu
Amenorrhea= tiada haid
Secara umumnya LAM, kaedah perancang ketika penyusuan semasa ketiadaan haid (betul ker definisi ni?)
Bagaimana LAM berfungsi?
LAM adalah pilihan perancang terbaik sekiranya
1.Bayi menyusu secara EXCLUSIVE. Bermakna hanya menyusu dengan susu ibu dan tidak dicampur dengan sebarang cecair (air masak, jus dan solid food)
2. Selang masa bayi menyusu tidak lebih dari 4 jam semasa siang hari
(bayi mesti minum antara 2-4 jam, sekiranya melebihi dari jangka masa tersebut LAM tidak efektif)
3. . Selang masa bayi menyusu tidak lebih dari 6 jam semasa malam
4. Ibu masih belum didatangi haid
(kalau dah period, tak boleh gunakan LAM)
5. Bayi mesti berusia kurang dari 6 bulan
Ini bermakna LAM hanya berfungsi sehingga 6 bulan selepas kelahiran sahaja.
Selepas 6 bulan, perlu cari kaedah lain.
Apakah kelebihan LAM ini
- tiada hormone tambahan seperti pil peracang yang lain yang boleh mengganggu pengeluaran susu.
- Kaedah paling berkesan untuk jangka masa pendek (6 bulan) selepas kelahiran.
- Tidak perlu makan apa2 pil.
- Sangat selesa dan tidak mengganggu aktiviti seks.
Anda perlu memikirkan kaedah perancang yang lain sekiranya:
- anda telah didatangi haid
- bayi sudah mencecah usia 6 bulan atau tidak lagi exclusive BF
- Bayi menyusu dalam selang masa lebih dari 4 jam di waktu siang atau 6 jam di waktu malam.
- ibu juga perlu berhati2 kerana proses ovulasi boleh berlaku ketika anda belum didatangi haid.
Lebih lanjut boleh tengok link kat bawah ni
http://www.waba.org.my/resources/lam/index.htm
http://www.breastfeeding.com/reading_room/lam_page2.html
http://www.llli.org/ba/Aug93.html
Catatan ibu: Ibu telah menggunakan kaedah LAM untuk anak kedua, Alhamdulillah, Berjaya.. Sekarang baby dah 10 bulan, kena cari kaedah lain.. But ibu lebih suka kaedah semulajadi kerana ibu ni tak konsisten kalau amik pil.
kak, nk tny, normal tak kalau kita tak period sampai setahun lebih lepas delivery? ni kes utk bf mothers..ada mak yg risau sampai amik maajun supaya dia period..camne yer?
ReplyDeletemummy-aulia',
ReplyDeleteAda BF mom yang hampir 2 tahun tak datang period. It is normal. Kalau risau, better jumpa gynae sebelum ambik apa2 medication.
(kalau kak Hana, best apa tak datang period lama-lama ni..hehehe!)
hana, ayu still lag take pil noriday...harap2 dapat bertahan..^_^
ReplyDeleteanak ke3 saya dah dekat 2thn. masa dia 6 bulan pertama saya berjaya xclusive. Air masak pun mmg 1st time bg masa 6bln. tapi masa tu saya takut2 guna cara ni sbb dgr2 org kata je... kalo saya terbaca kaedah ni masa tu mesti saya tak was2..ruginyerrr! hehehe...(mls cari info dlm intenet...padan muka saya huhu)...thanks for sharing..
ReplyDeleteAyu, hubby nak natural planning.. tak sukala nak amik pil2 ni.
ReplyDeletemrsboan,
nanti anak ke4 boleh try.
ooo kiranya mmg 6 bulan fully bf ek=)saya anak pertama 1 tahun tak period=)nie ngandung yang 2nd ngah tunggu hai nak due..tq info nie amat bguna.minta izin share kat dalam blog.tq
ReplyDelete