ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, November 13, 2010

Laktasi dan ubat-ubatan

Ihsan dari google image

Kali ini ibu ingin berkongsi tentang ubat-ubatan yang boleh atau tidak boleh oleh ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka.

Ramai ibu-ibu yang ragu-ragu sama ada ubat yang mereka ambil sesuai atau tidak ketika menyusu.
Di sini ibu ingin kongsi informasi yang ibu perolehi dalam website infosihat.gov.my

Kebanyakan ubat yang beredar dalam aliran darah akan hadir dengan jumlah yang kecil
dalam susu ibu. Bagi mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan, anda
haruslah berbincang dengan doktor ataupun ahli farmasi.

Apakah langkah pengawasan yang perlu diambil?
• Mintalah nasihat dari doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sesuatu ubat.
• Sekiranya anda menyusu badan dan perlu mengambil ubat-ubatan tertentu, bawalah
bayi anda untuk pemeriksaan tetap bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin
berlaku.

Bagaimanakah anda dapat mengurangkan pendedahan bayi anda terhadap ubat-ubatan?
• Beritahulah dokor anda bahawa anda menyusu badan setiap kali anda mendapatkan rawatan.
• Berhentikan sementara ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan
• Makanlah ubat anda setiap kali selepas menyusu badan bagi memastikan kadar ubatan didalam susu berada pada kadar yang rendah bagi penyusuan seterusnya.
• Makanlah ubat-ubatan sebelum masa tidur bayi anda.
• Berhentikan menyusu badan buat sementara waktu sekiranya perlu.

Ubat-ubatan yang kerap digunakan
1. Alkohol- Penggunaan secara kerap meninggalkan kesan buruk. Risiko tetap ada bagi kegunaan sekali sekala.

2. Penahan sakit dan Analgesik
a) Paracetamol (panadol) - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini dengan pengambilan yang kerap
b) NSAIDS(Ubat anti-radang tanpa steroid, contohnya Diklofenak, Asid mefenamik, Naproksen dan sebagainya) - Makanlah dengan berhati-hati dan berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi berhubung ubat ubatan anda.

3. Antihistamines
a) Antasid- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Chlorpheniramine, loratadine etc.- Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan
pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

4. Ubat cirit-birit
a) Kaolin- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Loperamid - Gunakan dengan berhatihati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
c) Atropin dengan difenoksilat - Penggunaan tidak disyorkan.

5. Kafein - Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi.

6. Sediaan ubat batuk dan selsema
a) Dekstrometorfan - Tiada sebarang kesan mudaratyang diketahui setakat ini
b) Folkodein - Gunakan dengan berhati hati. Berbincanglah dengan ahli farmasi.
c) Pseudoefedrin- Gunakan dengan berhati-hati. Boleh mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.

7. Ubat sedut untuk asma
a) inhaler (contoh Salbutamol, Terbutalin)- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
b) Sediaan Zat Besi untuk Anaemia- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini jika makan mengikut dos yang disarankan oleh doktor
c) Iodides - Penggunaannya adalah dilarang semasa penyusuan susu badan, ianya mungkin memberi kesan kepada kelenjar tiroid. Jika perlu digunakan, hentikan penyusuan susu ibu

8. Julap (laksatif)
a) Kumpulan Pembentukan najis - Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini
b) Julap Perangsang - Boleh menyebabkan cirit- birit pada bayi.

9. Nikotin
a) (contoh: Tampalan Nikotin bagi rawatan pengurangan tabiat merokok)- Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam , (Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu)

10. Vitamin- Berhati-hati dengan pengambilan vitamin D, E, piridoksin dan tiamin
dalam kuantiti yang banyak• Jangan ambil Vitamin A dalam dos yang tinggi sewaktu hamil. (Tidak dibenarkan sewaktu hamil)

11. Ubatan cacing
a) Pirantel pamoat- Tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini.
b) Mebendazol / Albendazol - Pengambilan tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.


Anda juga boleh layari wesite Kellymom untuk maklumat lebih lanjut


No comments:

Post a Comment

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails