ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, November 14, 2010

Bencana-Apakah persediaan anda?

Ingat lagi tak tema minggu penyusuan susu ibu 2009?
Tema yang berbunyi " Penyusuan susu ibu- Tindakbalas penting ketika bencana, Adakah anda bersedia?

Baru-baru ini ramai yang sedia maklum ada bencana besar berlaku di negara kita dan juga negara jiran. Bencana yang didatangkan dari Allah bagi memantapkan lagi keimanan hambaNya. Insya Allah, sekiranya kita redha, pasti ada ganjarannya nanti.

Ketika Kedah ditimpa banjir (ibu fokus kes ini sebab ibu termasuk dalam mangsa juga), bekalan air dan elektrik di beberapa kawasan terpaksa diberhentikan. Ketika kawan ibu menyatakan bahawa elektrik kat tempat dia kena off, ibu sangat-sangatlah bimbang. Bimbangkan tentang EBM ibu yang penuh satu freezer. Ibu berkira-kiranak transfer EBM ke rumah2 sedara ibu, tapi malangnya ketika itu, semua jalan terputus. Tapi Alhamdulillah, kawasan ibu tidak kena gangguan bekalan elektrik seperti tempat-tempat lain.

Namun ada beberapa kawan-kawan ibu yang EBM mereka musnah sama sekali. Ibu boleh bayangkan emosi mereka, tatkala itu pula kuantiti perahan semakin berkurangan, dan masih bergantung kepada stok EBM buat bekalan. Lebih teruk dari itu, ada juga kawan ibu yang pam elektriknya turut terkorban dalam bencana itu..

Namun , ketika bencana inilah, susu ibu adalah minuman paling selamat buat bayi anda. Bayangkan ketika banjir, air bersih tiada dan bekalan elektrik terpotong. Smemeangnya ketika banjir tersebut, air mineral di kebanyakan pasaraya sudahpun sold out. Cuba bayangkan macam mana nak dapatkan air bersih untuk menyediakan susu formula? Rumah ibu walaupun bekalan air tak teganggu, namun kualiti airnya sangat keruh. Nasib baik, sehari sebelum tu ibu dah masak berbekas2 air bersih sebagai air minuman. Kalau tidak, memang bekalan air bersih sangat kritikal.

Mungkin ada yang mengatakan, kenyangkah bayi sekiranya susu saya memang sedikit? Tak mengapa, teruskan penyusuan, anda rasa sedikit, tapi anda kena ingat Allah yang menetapkan rezeki setiap orang. Insya Allah, walaupun anda rasa sikit, tapi dah cukup buat si manja. Bagi anak yang sudah melebihi 6 bulan, boleh diberikan solid food. Jadi baby tidak akan kelaparan.

Di Indonesia, keadaan mereka lagi parah. Kejadian gunung berapi lebih jauh impaknya berbanding kesan banjir yang kami hadapi. Ibu ada terbaca post Puan Kamariah di FB nya yang menyatakan ada laporan yang menyatakan pihak tertentu telah menghantar berkotak-kotak 'susu bayi" kepadam angsa gunung berapi.. Innalillah! Bagaimana ini boleh berlaku.. Bayangkan keadaan mereka yang juga sukar mendpaat air bersih, macam mana pula nak bancuh susu formula tersebut? Dan kesan susu formula tersebut ke atas bayi tidak kita ketahui. Ya, speerti yang kita ketahui, tak semua bayi sesuai dengan susu formula brand sekian-sekian..

Maka, dengan itu, kita perlu menjangka apa yang akan berlaku ketika bencana. Buat kawan-kawan ibu yang EBM mereka musnah dalam banjir, Ingatlah itu bukan rezeki kita. Allah nak berikan rezeki yang lebih baik dari itu. Berusaha lagi. Ketika bencana, kita lebih kerap berada dengan bayi, maka susukanlah mereka lebih kerap. Ini kerana bukan sekadar mengenyangkan perut mereka, tetapi mengenyangkan rohani mereka juga.. Bersabar atas musibah..

(nanti kita boleh bincang topik ni dalam next SGM kita yer)


5 comments:

  1. kesiannya ebm rosak dlm banjir... bila next sgm agaknye? :-)

    ReplyDelete
  2. gigih sungguh ibu...tahniah! truskn bf wlau apa jua rintngan

    ReplyDelete
  3. Shira, itu yang paling akak bimbang.. boleh merudum semangat tu.. Nak kena tanya Rini dulu, hari tu sebelum banjir rancang 27hb.

    So Shy Lady, Insya Allah, selagi ada keringat

    ReplyDelete
  4. aduh rasa nak menitik air mata baca entri ni..mmg bersyukur sgt2 tak ditimpa mcm ni n mintak jauhlah..besar sungguh dugaan n berat lagui bahu memikul.smoga dorg tabah harungi dugaan..

    ReplyDelete
  5. i'm adore u la sb semangat u..selamat berkenalan....

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails