ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, November 13, 2010

Rentetan isu Perlukah Susu Lain Selepas 2 tahun menyusu susu ibu?

Dah lama ibu tak update blog.. takde idea dan juga kurang masa terluang.
Semalam buka blog dan ibu dapati banyak komen baru dalam entry ibu Perlukah susu lain selepas 2 tahun menyusu dengan susu ibu?

Banyak komen yang panjang lebar yang ibu terima tentang entry tu, terima kasih kepada ashra, Siti Fatimah, pejuang, Shazura, Fid, dan Hayatie..

Kebanyakan ibu yang memberikan bayi susu formula atau mixed feeding (FM+BF) seringkali menyalahanggap terhadap pejuang-pejuang penyusuan susu ibu. Kadang-kadang artikel yang ditulis dibaca dengan emosi..

Kami pejuang susu ibu sama sekali tidak pernah memperlekehkan mereka yang mengamalkan penyusuan susu formula, tidak pernah memandang rendah kepada mereka, cuma kami hanya ingin memperbetulkan tanggapan terhadap susu formula..

Terus terang ibu nyatakan, ibu juga minum susu formula (untuk dewasa), tapi ibu tidak menganggap susu formula itu sebagai satu-satunya sumber kalsium yang boleh diperolehi. Ibu lebih suka minum fresh milk, susu berpasteurized, yogurt drink yang lebih asli dari susu formula. Anak ibu Farish juga lebih menggemari susu segar dan susu berpasteurized, sekali hadap boleh habis satu kotak. Kalau FM, bercinta nak habiskan satu cawan.. Kadang tu tak usik langsung.

Ibu juga setuju dengan Hayatie dalam entry blognya My 'xClusivelyxpressing tentang isu ini.

Pendapat peribadi ibu dan juga hasil bacaan dan perbincangan, susu formula bukanlah source paling penting dalam pemakanan kita.. Yet, susu memang penting, tapi bukankah kita ada susu yang lebih segar dari ladang.
Itu yang kita salah anggap. Ibu sendiri akui, sebelum mempunyai anak, ibu sendiri terpengaruh dengan iklan2 susu formula, YA! Nanti bila ada anak aku mesti dapatkan susu A ni.. Tapi bila ibu menjadi ibu, semestinya kita akan cuba memberi yang terbaik kepada anak-anak kita. Ibu gali dan gali, dan ibu dapat konklusi, selepas susu ibu, makanan semulajadi adalah yang terbaik buat si manja. Ibu tegaskan lagi sekali, makanan semulajadi, bukan makanan diproses.

Ibu tidak menyalahkan ibu-ibu yang memberi susu formula kepada anak-anak mereka. Itu pilihan yang wajar dihormati. Hanya ibu tahu apa yang terbaik buat anak mereka. Cuma ibu sedikit ralat bila ada ibu yang menyanjung susu formula. Propaganda syarikat yang menyatakan susu mereka diperkaya dengan sekian-sekian khasiat sedikit sebanyak mempengaruhi ibu-ibu di Malaysia.. Tapi tahukah kita bagaimana bahan-bahan tersebut diproses.. Dari sumber apakah bahan tersebut diperolehi.. Dan ketahanan makanan proses bergantung dengan bahan pengawet, semakin lama tarikh luput, bermakna makin tinggi kandungan awetnya.

Sekarang ni ada iklan susu formula yang terus menggantikan makanan kepada susu. Saya tidak risau lagi, kalau anak saya tak lalu makan, susu X ni mampu menyelesaikannya.. tak payah makan, minum susu jer cukup.. Logik ker? kenapa tidak diberikan anak itu multivitamin ataupun produk meransang selera makan?

Kalau dilihat di negara barat, mereka sendiri lebih mengamalkan susu segar berbanding susu formula. Tak percaya, tengok saja filem atau drama barat, berbotol-botol fresh milk dan fruit juice memenuhi fridge mereka. Dan adegan sarapan pagi juga dihiasi dengan kanak-kanak yang makan cornflakes bersama susu segar..

Berbeza dengan cerita Melayu, ada baby saja, terus bagi susu formula. Baby meraung2, tapi di tangan sedang menggoncang susu formula. Isu kemiskinan, mesti ada adegan, ibu buka tin susu yang kering, kenapa mesti dihighlightkan perkara tersebut.

Maaf kalau entry ini agak emosi.. Manusia memang memerlukan susu sebagai salah satu keperluan nutrisi.. Pilihan ditangan anda, mahu pilih susu segar atau susu diformulakan..

11 comments:

  1. salam..smlm sy nk cr artikel puan kamariah ttg isu ni tak sengaja termasuk blog nih mmg sy follow blog hana pon dr dulu..so secara xsengaja saya terbaca komen2 yg diberikan,atas kesedaran sy merasakan komen2 itu boleh mengelirukan sesetengah ibu-ibu muda terutama mereka yg sudah wean off ank mereka..syukurla rakan2 seperjuangan saya sudi memberi komen balas dengan cara yg berhemah sekali..kite tidak mengkondem susu lembu cuma kita tak mahu para ibu pikir susu formula adalah jln akhir tuk anak2 yg cerewet mkn..sedangkan sbg ibu kita harusla lebih kereatif dlm menyediakan makanan anak2..sy sendiri berdepan dgn masalah itu apa yg sy buat ialah bersabar dan gunakan kreativiti kita apakah kita harus biarkan anak2 minum susu formula hingga dia meningkat dewasa sedangkan susu itu hanya pelengkap bukan lg keperluan nutrien yg utama..
    terima kaseh atas entri ini hana,semoga perjuangan anda dan rakan2 dihargai dan diterima semua..

    ReplyDelete
  2. setuju dgn term susu formula bukan lah segala2nya utk nutrisi anak2... kdg2 geram jer tgk iklan, anak tak mau makan kasi susu dah selesai masalah..

    ReplyDelete
  3. Thanx Nurul,
    memang sukar nak pisahkan tanggapan susu= susu formula.
    Susu formula adalah makanan paling lengkap, andai anak takmau makan, minum susu saja pun dah ok.Memang sukar berdepan dengan anak picky eater, tapi sebagai ibu kita harus bijak dan kreatif.

    Kak Yong, saya memang jaki tengok iklan tu..

    ReplyDelete
  4. saya ada review ttg isu nih kat blog sy.. jemput dtg ek.. http://puterihannan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Puterihannan, dah tinggalkan komen kat entry awak tu.. Realistic responds, thanx dear..

    ReplyDelete
  6. kak, dulu kami mmg bg fresh milk kat anas. pstu ade skali tu kena plk susu tu dh xelok wlupun br je beli. pastu abah anas terus belikan fm sbb kata dia, lbh terjamin... klu anas dgn shira, shira mmg direct bf je. tp tgh mlm ms anas dh pun tido lps bf, abah die akan ttp bancuh fm sbb die ckp wajib minum fm gak. cmne nk ubah tanggapan die ek?

    ReplyDelete
  7. Laa.. Dah tido pun tolong bancuh susu gak.. Rajinnya abah Anas.

    Itulah, susah nak buang tanggapan anak kecik WAJIB minum susu. As long as anak dah kenyang sebelum tido dengan solid food dah memadai sebenarnya. Kena slow talk, cari artikel bersesuaian..

    Atau berbincang dengan doktor (pastikan doktor tu pun knowledge dia baguslah)

    ReplyDelete
  8. in my opinion, moms maybe pikir FM is the best penganti susu ibu sebab ada vitamins & nutri seakan susu ibu. however, ramai tak sedar yg anak bila dah makin besar, susu bukan lg makanan utama. milk is a good calcium source tak kisah lah fresh milk yg murah or FM yg mahal.

    however for moms yg sibuk nak bg FM kena rajin gak bg anak tu minum air kosong byk2 coz due to its concentration in calcium & other nutri, kalau kurang minum air nnt senang sembelit & might even develop kidney stone in the future. ada case jugak kata darah boleh jd lebih pekat. so itulah pentingnye kena minum byk air kosong. sama gak konsep dgn org tua yg makan supplement & vitamins. kena byk minum air. lg satu hal kena ingat yg anak tu patut dpt more nutri from food & not from the FM, so jgnlah feed budak tu FM cam dia masih baby lg. ;)

    ReplyDelete
  9. saya juga sedikit beremosi dengan baby yang menyusu FM. Banyak kali rasa terkilan dan sedih bila bayi seawal usia sebulan sudah diberikan FM. alasan yang biasa diberi... kerja.... nanti tak mahu menyusahkan pengasuhnya.... hmmm.... bukan ke sama ek, buat FM dan menyediakan EBM. Cuma cara je berbeza. aduh...aduh...

    ReplyDelete
  10. kak hana..maksudnya bagi susu fresh lebih baik dr fm?mcmn nak kendalikan susu segar?anak mariabari setahun sebulan

    ReplyDelete
  11. Maria,
    menurut LC begitulah sebab fresh milk kurang additive berbanding FM. Susu segar pun boleh kendalikan seperti EBM gak. suamkan dengan merendam. Boleh jugak bagi direct, mean, selepas keluarkan dari fridge, tak perlu masuk dalam cooler bag or fridge. boleh bagi direct. but baby yang baru setahun ni, better bagi yang tak sejuk.. Bagi baby yang dah dekat 2 tahun, bagi direct dari fridge pun takpa.

    Akak kalau jalan-jalan, belikan full cream milk yang kotak kecik-kecik tu. Bila anak nak susu, bagi jer sekotak, since full cream milk tu tak masuk fridge, so direct jer bagi.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails