ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Monday, October 25, 2010

Farish masuk wad

Semalam, on the way balik kerja Kak Ani call ibu, dia cakap Firas muntah-muntah dan cirit birit. Badan dah lembik.. Ibu pun cuak gak, tapi abi rilex jer.. Firas jarang sakit. Ibu fikir2 apa yang dia silap makan. Sebab apa yang dia makan adalah masakan ibu.

Sampai kat rumah Kak Ani, tengok kak Ani dok berdukung Farish yang hanya bertowel jer time tu.. Rupanya Kak Ani gabra sampai tersebut nama Firas. Farish sebenarnya yang kena. Mata kak Ani dah merah2 nangis. Kak Ani memang macam tu kalau apa2 jadi kat Farish.

Sebenarnya Farish kena tu lepas main2 dengan anak Kak Ani, tiba2 dia muntah, pastu cirit birit 2,3 kali sampai lembik badan. Balik rumah pun, dia cirit lagi sekali dan muntah 2 kali.
Abi terus bawa gi hospital.

Seperti yang dijangka, Farish kena admit. Takde choice, abi kena teman Farish kat wad.
Semalam, Farish doktor masukkan drip, kena monitor 24hours dulu.

Kesian kak Farish, dia tak boleh nak masuk makanan atau minuman dalam badan, mesti dia muntahkan balik.

Kawan-kawan ibu dan Farish. Doakan Farish cepat sembuh yer..

So, hari ni ibu ngan abi bergilir-gilir akan jaga Farish. Abi akan jaga time pagi, dan ibu akan jaga petang. Malamnya abi akan jaga pulak. Hopefully, Farish boleh discharge secepat mungkin.. Kesian pulak nak tinggalkan Firas kat rumah Mak Ani lama-lama.

10 comments:

  1. Semoga Farish cepat sembuh dan keluar dari hospital. Doktor cakap apa?

    ReplyDelete
  2. sian Farish....mujurlah kak hana dgn hubby kerja satu hospital yer. diberi kemudahan utk jaga Farish. kalaulah fiza berada di tempat akak, tak tahu nak buat mcm mana.

    semoga Farish cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. semoga farish cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  4. Salam Hana Jelita,
    dampingi dan belailah selalu Farish lebih-lebih lagi ketika tak sihat ni..sejukkkkkk tangan ibu ni...powerrr jelitawan

    ReplyDelete
  5. food poisoning ke?? susah hati bl anak2 sakit...

    ReplyDelete
  6. sian farish..moga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  7. moga farish cepat sembuh ye...mmm..faham situasi hana skrg ni sbb pernah alami baru2 ni..

    ReplyDelete
  8. semoga farish cepat sihat..
    hari tu ALiya pun jadi muntah2.. sampai lembik bdan.. x tidur semalaman.. mujur la esok nya dah sihat, tp dia jd fobia tak mau makan nasi 2-3 hari...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih semua..

    Min aina ila aina,
    Salah makan kot. Sebab tak detect apa2 pun dalam urin dan najis dia..

    Fiza, Alhamdulillah.. Ambik giliran la juga semalam.. Nasib baik boss ok..

    Hezrina, Alhamdulillah dan terima kasih

    Nuyue: Terima kasih

    Kak Laili: Yaaa tangan ibu sentiasa sejuk jelita..

    puteri hannan: Salah makan kot.

    Ummi Umair: Alhamdulillah dah beransur sembuh

    Ayu: Thanx dear

    Kak Yong: Memang budak2 pas kena camni hilang selera makan 2,3 hari kan.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails