ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, September 15, 2010

Dugaan demam Raya

Hmm.. sehingga hari ini dah masuk raya ke6, tahap kesihatan seisi keluarga belum okay lagi

Farish dah tak demam, cuma batuk-batuk dan langsung takdak selera nak makan

Firas still batuk, tapi selera makan A. Dan aktif explore rumah sorang-sorang.

Abi pun masuk hari ke5 dah ada tanda2 nak demam, dan hari ke6 terpaksa amik MC. Kesian abi.. tak sempat nak buat celebration birthday Abi yang jatuh pada raya ke3 hari tu.

Ibu, Alhamdulillah, walaupun sesekali terasa sakit tekak dan asyik bersin, tapi ibu tak sampai tahap kena rest.. Mungkin ada hikmahnya. Kalau ibu pun sakit, sapa nak jaga 3 hero ibu yang belum sihat tu.

Ibu terpaksa amik desloratadine walaupun ibu tau ianya ubat antihistamine.. yang boleh mengakibatkan pengurangan kuantiti susu.
Tapi ibu terpaksa amik juga sebab kalau ibu amik piriton, ibu akan mengantuk dan kesan ubat tu lambat.
Dan Alhamdulillah, pas amik sebiji desloratadine, dah kurang banyak simptom URTI. Selain tu ibu amik madu untuk urangkan rasa sakit tekak. Alhamdulillah, berkesan.

Farish masih takde selera sampai hari ni. Dah susut tengok badan dia. Langsung takmau makan.
Kelmarin abi bawa Farish ke Klinik Yeoh (paediatrician), Dr Yeoh ni memang famous kat Alor Setar. Dah lama klinik dia ni, since ibu kecik lagi.
Dr Yeoh bagi ubat nerofen, bisolven dan antibiotik. Dia suruh bagi dose tinggi dulu sebab kahak Farish banyak. Dan Dr Teoh bagi semua ubat tu jenis perisa oren, Alhamdulillah, Farish terima ubat tu, walaupun kena paksa.

Dan ibu juga try kaedah tradisional juga. Nasib baik pengasuh Farish tolong ambilkan air penawar. Air tu untuk diminum dan juga dicampur dalam air mandian bersama air serai selama 3 hari.
Kawan abi pun tolong juga rekomen tempat yang dia pernah pergi untuk berubat anak dia yang kes macam Farish..
Selain dari tu kawan abi yang juga seorang pengamal perubatan tradisional turut tolong beri air penawar.
So semua ada 3 botol..
Alhamdulillah, hari ni Farish start minta minum dan makan walaupun hanya sesuap. Itu pun dah cukup menggembirakan ibu.

Abi kata kalau keadaan masih macam ni, terpaksa jugalah kena admit Farish. Ibu berharap janganlah sampai tahap tu. Nanti siapa nak jaga Firas. Farish kalau demam dia nak ibu jer. Dan ditambah pula abi pun tak sihat juga. Ibu harap by tomorrow, Farish akan ada selera makan. Mula minta nak makan.

Tadi ibu minta abi belikan glukos, untuk tambah tenaga Farish. Dan mesti perisa oren, perisa yang Farish sangat suka.

Firas walaupun masih batuk2 lagi, tapi ibu tak risau sebab dia berselera makan. Cuma kesian Firas, cam mati kutu dia bila abang dia asyik tido jer.. Last2 dia pun boring, tumpang tido tepi abang.. Firas tunggu abang sihat sikit yer, nanti boleh main macam selalu.

So tahun ni, ibu sekeluarga seperti tidak beraya. Hanya 5 buah rumah jer kami kunjungi time raya. Tengoklah bila semua dah sihat, kami kembali beraya. Kesian Anak2 ibu, tak dpaat nak kutip duit raya macam selalu.

Ibu pun rindu nak dengar celoteh Farish.. Dah seminggu Farish tak menyakat ibu, tak menyanyikan lagi 'Ibu" buat ibu macam selalu. Ibu rindu sangat nak tengok Farish melompat2 atas tilam, dan ibu rindu sangat nak tengok Farish suap makan sendiri macam dulu.
Cepat sihat yer sayang


5 comments:

  1. huwaaa... nak raya ni pakat demam.. mungkin jugak sebab cuaca panas tak pun banyak makan daging.. lady dok soksek2 lagi hidung ni sesikit.. pssst sbnrnya kan kak hana, berat lady naik jugak lepas raya, ambik gambo ikut sisi tak nampak sangat badan lady yg naik ni kalau ikut depan memang nampak jugak la hehehe...lepas ni nak kene diet balik ni..

    ReplyDelete
  2. Takper lady, janji nampak kurus tak isahlah sisi mana pun..
    Anak akak demam before raya lagi.. sekarang ni pulak hasben pun tak jangkit..

    Bila anak2 demam, mood raya pun terbang sekali.

    ReplyDelete
  3. alahai..siannya farish...moga cepat sembuh ye...danial pun sok sek sok sek selsema n batuk...ayu plak ada gak tanda2 mcm tu tapi ayu ni ala2 degil sikit makan ubat..hehe...selagi blh bertahan, ayu tahan juga la..

    ReplyDelete
  4. sekarang ni memang time musim demam..raya demam, bkn demam raya..hehe..anak saya ummair pn 3hr jgk demam.tak mau mkn n ubat pn xnk.last2 kasi ubat ikut bontot trus sihat walafiat.alhamdulillah..klau x nk beraya pn xde mood.saya sndri pn tkena jangkitan selesema jgk.smpai la ni dok sok sek sok sek..

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails