Kali ini abi kena berkursus seminggu di Akademi Bomba kat Kuala Kubu Baru. Entah apa kes kakitangan perubatan kena pergi kursus bomba, semua ni disebabkan oleh akreditasi hospital. Since abi merupakan staff incharge keselamatan di jabatannya, so abi dipilih secara paksa untuk attend kursus tu.
Sebenarnya bukanlah cabaran sangat, lagipun dah biasa pun kena tinggal. Cuma kali ini agak mencabar sebab Farish dan Firas tiba-tiba demam. Masuk hari kedua, badan Firas dah panas, kena selesema. Petang tu pulak Farish pulak join. Malam tu Farish muntah-muntah, tak mau makan. Hanya minum dan makan ubat saja. Firas pulak menyusul selepas tu muntah-muntah, sampai 4 kali ibu kena salin baju ibu (sebab Firas muntah atas ibu). Farish pulak asyik meracau, Firas pulak tak boleh nak tidur sebab asyik batuk2.
Esoknya tu pulak, ibu kena pergi Langkawi untuk monthly visiting hospital Langkawi. So kena bangun awal dan bertolak seawal 6pagi untuk ke Jeti Kuala Kedah. Nasib baik ibu dapat BS yang sangat baik. Ibu hantar anak-anak ibu ke rumah BS dulu, dan terus ke Kuala Kedah.
Balik tu keadaan Farish dah ok, cuma Firas pulak dah start sesak nafas. Firas memang kalau selesema jer, mesti sesak nafas.. Since keluarga ibu memang ada sejarah asthma, takut juga berjangkit kepada anak-anak ibu pula.
Dan nasib baik juga abi dah belikan nebulizer set kat rumah. Maka tak perlulah ibu kena ulang alik ke hospital untuk bagi neb kat Firas. After kena neb baru Firas boleh tidur lena. Masuk hari ke4, baru dua-dua hero ok.
Sebenarnya selama ini kalau anak-anak ibu sakit, abi yang akan berperanan menjaga mereka, seglaa ubat-ubat dan treatment abi yang uruskan. So bila jadi ketika hanya ibu seorang, menaglah gabra, cuma ibu tak berani nak inform abi, takut abi risau, tak senang dia nak berkursus.
Dan ibu pun terfikir macam manalah pasangan yang hidup PJJ ni? Ibu PJJ seminggu pun dah macam-macam berlaku..
Hmm..ujian yang Allah beri setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya..:) saya pun PJJ gak dengan husb, walau tak jauh mana (Melaka-Putrajaya, KKB-Putrajaya), tetap juga berjauhan kan.he he..jadi semua urusan anak dan rumah tangga sepanjang ketiadaan suami sy urus sendiri..kekadang sedih dan sayu je rasa sbb sejak mula kawen sampai anak dua, still PJJ lagi..tp mmg cabaran la time2 anak sakit (atau diri sendiri sakit).
ReplyDelete