okay, kat sini ibu nak kongsi apa yang ibu praktikkan semasa ibu pergi bercuti atau berkursus.
Ibu lebih suka bagi fresh food kat baby. so apa yang ibu buat, ibu akan angkut slow cooker comel ibu. Slow cooker ni purposely buy for travel. Tak silap time ibu beli tu harga dalam RM60 kot. Comel jer, boleh sumbat dalam luggage bag.
Ni rupa slow cooker ibu.(ihsan google)
Pastu ibu prepare siap2 beras blended, serbuk ikan bilis (refer sini), carrot, brokoli.
So kat hotel bila malam sebelum tidur, ibu masak siap2.. masuk semua bahan dalam slow cooker, pastu tidur, bangun esok pagi, dah masak dah bubur.
Bubur hotel pun boleh guna, tapi better rasa dulu bubur hotel tu. Experience ibu, diorang dah campur garam dan perisa dalam bubur tu, so sangat tak sesuai untuk baby bawah 1 tahun.
Selain dari cara ibu, boleh juga bekukan bubur siap-siap. Bukan setakat bubur, puree pun boleh bekukan. Bwa macam EBM, letak dalam cooler bag, nanti dah sampai hotel, transfer masuk fridge hotel. Nak guna, keluarkan rendam dengan air suam (macam kita suamkan EBM)..Nak panaskan terus pun takpa dengan microwave atau atas api.
Kalau makanan semasa perjalanan, ibu akan masukkan dalam termos pot. Biasanya tahan panas sampai 5jam. Tapi kalau dapat very good termos, boleh tahan panas sampai 8-10jam. (macam termos air tu).
Termos pot ni ibu dapat free time beli fridge.
So, takde masalah nak bawa baby jalan-jalan. Ada banyak lagi tips time travelling ni. Kena rajin google yer.
saya pun ada buat mcm tu gak dulu,habis bilik hotel kami berbau ikan bilis sebab gunakan periuk elektrik yang biasa tu,tapi puas hati dpt bagi fresh food kat baby.
ReplyDeletethanks berkongsi...
ReplyDeletebelum pernah travel jauh2/berhari2 masa anak umur bawah setahun... kut la nanti anak kedua kena travel pulak, jadi kena standby cam ni lah nampaknya... sebab, memang tak mau anak makan nestum...
ct N Honey, bila dahjadi ibu ni, sanggup jer kan angkut kelengkapan untuk anak-anak. Periuk lektrik yang kecik tu pun okay gak.
ReplyDeletesya, once kita dah bagi homemade food, nestum memang dah takde dalam senarai. Sebab tu kena cari perkakas yang simple,especially kalau melancong tempat yang kita takleh nak bawa kereta sendiri (mean naik flight)
kt ner ek leh dapt periuk ni eh..
ReplyDelete