ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, March 16, 2011

Ibu dan Jam tangan

Sebenarnya ibu dah lama tak pakai jam tangan. Bukan ibu tak hargai masa, tapi ibu tak boleh pakai sebarangan jam tangan. Ibu ada alahan pada beberapa bahan besi terutama nikel..

Alkisahnya dulu ibu okay jer.. waktu study kat uni,ibu ada hampir 10 koleksi jam tangan yang ibu beli kat Petaling Street (time student, standard barang PS jer la). Tiap2 hari tukar2 jam, macam2 jenama tiruan,macam2 bentuk.. sampailah tahun 2000, time tu ibu dah final year.
tiba2 jer ibu dapati ibu ada alergi, bengkak mata, pastu ibu alergi dengan kosmetik, yang dulu ibu boleh pakai,pastu dah tak boleh.. Yang paling teruk ibu takleh pakai brooch, dulukan kita pakai tudung bawal, kena pin kat leher, habis leher ibu sampai melepuh2, terpaksa jahit tudung tu.

Then segala aksesori ibu (ibu dulu suka sangat beli aksesori dari gelang, subang, rantai), semua dah tak boleh pakai, semuanya akan jadi rashes.. So dari situ ibu tahu ibu dapat alahan.. So terpaksa buang semua perhiasan ibu tu.
macam ni lah keadaan ibu dulu kalau pakai jam

tentang jam, pastu ibu tukar pada jam kulit, sama juga, naik rashes pada kulit yang bersentuhan dengan permukaan belakang jam tu.. beli jam swatch, sama jugak.. so pastu terus ibu tak pakai jam dah..

Sampailah hari kahwin ibu, abi nak bagi jam sebagai hantaran, belilah jam berjenama dan tokey kedai tu kata jam tu ok, orang alergi pun boleh pakai... tapi sama gak, alergi.. pastu jam hantaran tu pulak hilang time kami pindah rumah...

Sempena birthday ibu kali ni, abi nak hadiahkan ibu jam lagi.. kesian dia kata tengok tak pakai jam.. pergilah satu kedai jam,, fr the 1st time ibu jumpa pekerja kedai yang tahu pasal jam.. Since kes dia pun sama cam ibu, alergi..

So, salesgirl tu a.k.a anak tokey jam tu, advice kena ambik jam jenis pure stainless steel.. Jam pure stainless steel ni nak kenal rupanya senang jer.. Biasanya jam stainless steel ni plain, tak bercorak.. Ala2 macam jam lelaki tu.. Kalau jam yang bersadur emas ka, ataupun jam silver yang bercorak2 memang takleh pakai.. pastu ada lagi beberapa ciri yang ibu pun dah lupa.. Even belakang jam tu tulis stainless steel, tak bermakna jam tu betul2 stainless steel. Luckily ibu jumpa the right salesgirl...

Atas nasihat salesgirl tu, kami pun beli jam tu.. Dan Alhamdulillah, ibu dah boleh pakai jam tangan kembali.. Thanx to abi for the lovely birthday present...
Ini kotak dia

jeng-jeng-jeng

Inilah jam tangan ibu selepas hampir 10 tahun tak pakai jam di tangan..

5 comments:

  1. Cantik jam tu kak hana... comel and simple. yg lebih penting, hadiah birthday dari yg tersayang dan blh diguna. :D

    Bila the special day? Arini ke? Happy birthday la ek... Moga segalanya di bawah rahmat-Nya

    ReplyDelete
  2. Thanx Mama Iman...
    Hadiah dari yang tersayang, yang simple pun jadi cantik

    SPecial day dah lepas seminggu dah.. boleh tengok entry sebelum ni

    ReplyDelete
  3. same la saya mmg tak boleh pakai brg berbesi...
    sampai terpakse tempah kerongsang leher tu kat habib(bkn berlagak tau...tapi terpaksa..)

    jam mcm ni la cari yg betul2 boleh pakai utk org allergic...

    ReplyDelete
  4. what a lovelely present :), best best!

    sama la kita kak hana... saya pun allergic dgn barang besi... x boleh nak bergaya dgn aksesori tu semua... huhuhu

    jam pun x boleh beli yg sebarangan, kena cari yg stainless steel all baru ok :0

    ReplyDelete
  5. Izwa,akak dulu kena tampal plaster kat leher kalau nak pakai brooch. last2 terus jahit tudung.. kalaulah zaman tu dah ada tudung ariani cam sekarang, sure dahselesai masalah.

    Nur, itulah.. kena make sure 100% stainless steel.. sebab dulu pun beli jam yang tulis stainless steel, tapi alergi gak..

    Kalau ikut salesgirl tu ada beberapa jenama jer yang betul2 100% stainless steel.. hari tu konon nak try Bonia, tapi dia kata Bonia takde 100% stainless steel.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails