Okay..jom cuba..
Bahan-bahan
25gm agar-agar
6 biji telur Gred A
gula
esen vanilla
2tin susu cair
1 tin susu pekat
pewarna
Cara-cara
Masak agar-agar bersama 4 cawan air. Masukkan 5-6sudu gula dan esen vanilla. Masak sehingga hancur.
Sambil tu, pukul telur sebiji demi sedikit sehingga betul2 kembang. Lebih baik pukul dengan tangan kerana lebih cantik hasilnya. Lagi lama pukul lagi cantik, biasanya dalam 1/2 jam.
Ambil 10 sudu agar2 dan campurkan dengan sedikit pewarna. Tuang nipis dalam bekas untuk. Biarkan keras.
Masukkan agar2 yang masih suam ke dalam telur yang dipukul tadi. Masukkan sedikit demi sedikit, teruskan pukulan sehingga agar2 dan telur menjadi sebati dan semkin kembang.
Tuangkan ke dalam bekas yang telah disi lapisan nipis agar2 tadi. Simpan dalam fridge.
Untuk kuah:
Bancuh 2 tin susu cair dan 1 tin susu pekat. Campurkan pewarna. Bekukan.
Bila nak hidang, telangkupkan agar2 tadi, supaya lapisan berwarna berada di atas. Makan bersama kuah tadi.. kuah tadi biarkan mencair sedikit.
Kuah tu kalau taknak buat pun takpa. Beli aiskrim 1 tupperware. Kalau buat warna merah, beli aiskrim strawberry..
nota: gambar puding kat atas tu agar2 dia dah turun sikit. kalau pukul betul2 kembang time campur agar2 tu, agar2 berwarna jer sepatutnya yang nampak.

Kalau buat agar-agar santan ikut cara mak saya, yang jadi turun tu sebab agar-agar dah kurang panas semasa dituang ke dalam santan. Logik tak kalau dengan telur pun sama kaedahnya.
ReplyDeletemenarik
ReplyDeleteharus dicuba
kiah dh rasa..hehehe..hr tu mama bw blk time besday k.hana..sedap..n hepi besday ye..sedap laksam tu..
ReplyDeleteMin Aina, taktaulah pulak... Dulu pernah buat tengah2 panas gelegak tu tuang pun jadi lagi teruk agar2 dia naik.
ReplyDeletenuyue, jangan tak cuba
Kiah... sempat merasa gak yer. Mak Kiah puasa hari tu, akak suruh dia tapau