Masuk NICU, jumpa baby tu, comel sungguh, lagipun dia cuma sumbing lelangit, so luaran nampak normal macam baby biasa. So ibu pun assess rooting reflex, sucking reflex, oral motor function, dan nampak everything is within normal. Bila ibu dukung baby, baby tu start mengiring cari breast, so ibu minta diorang panggilkan ibu dia. Luckily, ibunya rooming in.
Bila jumpa ibu muda tersebut (baby ni 1st child), perkara pertama ibu tanya, "dah pernah bagi menyusu badan dak?"
Ibu muda tu jawab " ada sekali lepas lahir, tapi baby tak pandai hisap"
Ibu tanya lagi " Ada tak nurse datang ajar untuk menyusu?"
Ibu muda tu jawab, "tak ada"
Okay, ibu kata kat ibu muda ni "tadi saya dah check anak puan, nampak cara dia hisap jari saya sangat kuat, maknanya dia boleh menghisap terus dari breast puan. Cuba puan try lagi sekali bagi baby hisap"
Dengan terkial2 ibu muda itu cuba meletakkan posisi terbaik mungkin.. teringat waktu ibu mula nak menyusu Farish dulu, terkial2 nak cari posisi terbaik.
Once baby dah didukung sempurna, ibu muda tersebutpun start untuk menyusu.. Ibu dapati ibu muda tersebut mengalami masalah inverted nipple.. Ya Allah! takkan takde siapa yang perasan masalah ibu ini?
So since ini adalah kes inverted pertama ibu jumpa, laju jer kepala ibu cuba mengingat teknik2 sebaik mungkin, so ibu ajar ibu muda ini cara latching yang betul, posisi baby yang terbaik.. Since baby ni ada cleft palate, maka kedudukan baby haruslah sedikit menegak untuk mengelakkan regurgitation.
Mulut baby tu tercari2 breast ibunya, tapi mungkin disebabkan masalah inverted nipple, ibu muda itu seakan-akan putus harapan. Perkataan yang keluar, breast dia takde susu..
Ibu pun kata " mana boleh takde susu, setiap ibu yang melahirkan bayinya pasti ada susu, dan susu awal ni memang sedikit sebab baby hanya perlukan 1 sudu jer susu ibu untuk mengenyangkan perutnya."
Ibu minta ibu muda itu picit breast dan nah! terpancut kolostrum, teus jer ibu pegang baby, try lagi latching, Alhamdulillah, baby tersebut mula menghisap sedikit demi sedikit, sampai tertidur.
Bila ibu consult doktor kat NICU tu, takde siapa discover masalah inverted nipple ibu tu, so ibu request untuk refer lactation unit. Alhamdulillah, selepas itu ibu muda itu mula yakin untuk BF dan baby tersebut tidak lagi minum mengikut syringe dan berjaya BF dengan jayanya dan telahpun kelaur wad petang tadi.
Kat sini ibu kesalkan, sebagai sebuah hospital yang baby friendly, kenapa tiada nurse yang datang check keadaan ibu, kenapa bayi tidak boleh menyusu. Memang betul bayi mengalami sumbing lelangit, tapi bibirnya adalah normal. Ini berlainan dengan bayi yang mempunyai sumbing bibir dan lelangit, itu memang cabaran untuk BF.
Bila keadaan macam ni berlaku, ibu lebih kuat untuk mendalami bidang BF ni, dan sedang cuba untuk mengikuti kursus-kursus berkaitan BF dan seterusnya menjadi kaunselor laktasi. Ibu pun sedang usha JKN the next 20hours course pengurusan BF.. Cadangnya kursus tu dalam hujung bulan Mei ni.. moga-moga ibu dapat join time tu.. (tapi bulan 5 ibu program sangatlah padat)
pengalaman bersalin kat hospital kerajaan...
ReplyDeletelepas je anak lahir, nurse dtg hantar anak suruh isu susukan.. lepas tu mereka hilang entah kemana. sampaila ibu dihantarkan ke wad biasa bersama bayi..tak de check baby atau ibu baby dah.. yg dtg pun hanya nurse pelatih amik denyutan nadi.Smlmam kat wad tu sampai la esok pagi pukul 11 baru ada doktor datang, nurse bahagian penyusuan dtg tanya2 dan bercerita mengenai penyusuan...
nama je hospital rakan bayi tapi bila anak masuk nicu senang hati ja derang bg minum formula...susah sangat ke nak panggil ibu tu or bawak bb pg dekat mak dia bila time menyusu (based from my experience)
ReplyDeletePengalaman saya yang 1st jadi ibu ni nurse yang kononnya hospital rakan bayi lansung tak membantu.... Hanya dtg kmdian ckp2 kebaikkan susu ibu. Mengajar pun tak . Saya mengalami masalah puting dan anak 1st x pandai melekap lagi... Ditambah kene tahan wad sbb kuning. Saya sgt tertekan dAn kecewa dgn nurse2 ni semua . Saya suruh suami beli pam dan pam kmdian susukan anak saya nk bg kuning die cepat turun. Nurse tahu membebel jer pasal saya pam tak direct feeding , ajarnye tak pernah. Hospital kangar and hospital port dickson dua hospital ni saya masuk sbb anak kuning dan nurse2 nya begitu. Sekarang baby da sebulan alhamdulillah saya usaha bg die boleh lekap wpun kdng2 sakit n urut2 puting saya
ReplyDeleteanak sy pun cleft palate, n sy ada masalah flat nipple. now dia hampir 3bln, menyusu susu ibu sepenuhnya tapi bottlefeed with orthodontic teat. sedihnya, saya yakin sepatutnya dia boleh direct breastfeed kalau diajar dgn betul awal2 dlu :( doktor n nurse advice guna botol je senang..
ReplyDelete