Berbalik kepada blog dan FB, rata2 ibu menyusu akan upload gambar stok susu masing-masing (termasuk ibu dahulu, sekarang ni malas nak ambil gambar). Tujuan mereka ada pelbagai.
1. sebagai motivasi diri sendiri
2. sebagai motivasi kepada orang lain
3. sebagai rujukan buat mereka yang ingin mendapatkan maklumat dan semangat
4. sebagai album kenangan.. Yerlah, sekarang ni semuanya digital. Simpan dalam hard disk kang laptop buat hal, habis semua gambar, so letak dalam medium internet ni boleh access bila2 masa, even dah bertahun-tahun.
Berbalik kepada isu tayang EBM, ada yang sangat suka dan ada yang tak suka. Yang suka tu of course mereka yang BF dan yang tak suka tu ibu tak taulah nak letak dalam kategori mana.
Semalam ibu buka FB dan jenguk discussion group KIM. Salah satu post tu ada mention tentang satu page Kami Benci Dipertontonkan EBM Bertimbun2
Memang sangat tak patutlah mereka ini create group sebegini. Kalau tak suka, tak perlulah tengok post2 ibu menyusu ni. Jangan kutuk mengutuk. Masing-masing ada hak masing-masing, masing-masing ada hak untuk upload apa saja gambar, sebab itu adalah akaun mereka.
Ada yang kata bila upload gambar stok menimbun tu nak menunjuk, riak dsb. Bila kita tengok dan baca dalam perasaan negatif, memang itu yang kita nampak. Tapi bila tengok pada sudut positif, perkara tu akan menambahkan motivasi dalam diri.
Ibu tahu tiada siapapun dalam kumpulan ibu2 menyusu ni sengaja nak riak tunjuk EBM, mereka sekadar berkongsi.
Pengalaman ibu sendiri, ketika mula2 membuat stok, stok ibu memang ciput sampailah ibu terbaca dalam majalah Pa&Ma, kisah Dr. Ain yang buat stok penuh deep freezer.. Waktu itu ibu rasa amat kagum, sebagai seorang doktor, dia mampu buat stok banyak macam tu.. So, ibu jdikan artikel tu sbagai motivasi ibu (time tu belum banyak lagi discussion about BF kat internet melainkan international website dan juga SI.com.. time tu pun facebook tak wujud lagi).
So, ibu pun tanam niat dan berkongsi dengan abi. Abi pun menyokong kata dia "kalau doktor tu boleh buat, ibu pun boleh buat juga". Dan akhirnya ibu pun berjaya kumpul EBM penuh DF macam doktor Ain tu juga.
So,ibu tak nampak di mana riaknya seorang ibu untuk upload gambar EBM mereka.. Lainlah kalau caption tu diorang tulis "tengok stok aku menimbun-nimbun.. kau ada?" itu barulah riak..
Sama gak kesnya bila ada yang tulis terpaksa buang EBM, EBM expired, kena beli DF etc.. mulalah ada suara2 sumbang kata "nak cakap susu dia banyaklah tu"
Ketahuilah, mereka yang ada stok banyak ni mereka mengamalkan konsep demand vs supply.. of course mereka yang consistent pam tanpa culas akan dapat hasil macam tu.. tapi kalau yang ada penyakit M tu, memanglah tak dapat.
CUma pesan ibu kepada ibu2 menyusu, kadang2 cara penulisan kita tu perlu berhikmah.. takut pula nanti niat kita lain orang tafsir lain.. biarlah secara sederhana.. Dan jangan sesekali kondem mereka yang tak BF,doakan mereka mendapat hidayah.
Buat mereka yang memandang sinis pada ibu2 BF, kalau tak suka tak perlu baca post2 tentang BF. banyak lagi maklumat lain yang boleh anda perolehi selain dari melihat stok2 ibu tersebut.
BUat para ibu sekalian, apa jua pilihan anda, anda tahu apa yang terbaik.. Internet adalah dunia tanpa sempadan, boleh nak upload apa saja gambar.. tak suka, jangan tengok, komen dalam hati cukuplah. Buat ibu2 menyusu juga, teruskan usaha anda,tapi pada masa yang sama, jaga tatatertib dalam berinteraksi dengan orang lain..
saya adalah antara orang yang sangat suka tengok stok EBM orang lain yang berlambak2 tu. bukan apa, terasa bersemangatnya satu hari nanti nak buat stok macam tu juga...
ReplyDeletetapi, betullah.. kalau sesuatu tu kita pandang dengan pandangan negatif, negatif lah jadinya...
saya pun suka tgk stok EBM yg byk!! sy punya ciput jugak tp alhamdulillah anak fully BF smpi sy preggy kali ke-2. bile tgk stok org byk, kite pon ade smgt nk wt cmtu. tp if ade org xsuka, tu mmg xleh nk kata apa, mybe sebab dia jeles? or dia x mnyusu kn anak..? huhu..xtaula kan..pape pn xpatut ade grup mcm tu kt FB..!
ReplyDeleteisk iskk tak baik noo depa ni =)
ReplyDeletesbb tengok stok ebm yang menimbun la jadik inspirasi untuk saya kumpul stok menimbun-nimbun gak.
hurmss lame akak tak update blog. farish & firas sihat??
teruknya org yg berpikiran sempit mcm tu..eloklah tayang EBM daripada tayang aurat dsb...utk ibu2 yg sedang menyusukan bayi seperti saya mmg suke tgk EBM, sbg perangsang smgt diri sendiri utk terus menyusukan my adam...
ReplyDeleteSya,Saraa, akma, ajumohit..
ReplyDeleteItulah, tak sangka ada orang sanggup berfikiran macam tu. Tapi macam yang Sya katalah, bila dah pandang negatif, diorang tak nampak the good site of it.
Akma... nak update kena tunggu hero2 tido dulu. Kalau tak nanti ada typist tak bertauliah.. Sekarang pun dah tak larat nak reset balik setting kat lappy, habis tunggang langgang dua beradik tu godek.
hana,
ReplyDeleteisu ni dah lama jugala..tp sbb sy mmg tak dpt selalu excess FB tak berapa tahu sgt..cuma terkejut juga ada page ttg benci tu..sblm ni dh ada, tp benci kat org yg benci tu (haha, paham tak?)
sebenarnya, walaupun ibu2 yg tayang ebm tu bertujuan baik, sesuatu yg baik utk mereka tu, tak semestinya baik utk semua org...kdg2 mmg kita kena fikirkan sensitivity org lain...lebih2 lagi yg tak dapat nak menghasilkan sebanyak itu..
tambahan lagi, ada yg ambil kesempatan, terutama penjual supplement...(yg sy perasanla..)
kesimpulannya, mmg kita kena jaga tingkah laku kita, baik perbuatan, lisan juga hati kita...
p/s: tak salah sy, macam dr ain dan wardina mmg menyebut dia telah mengumpul seberapa byk ebm,tapi mereka tak tayang...betul tak??
setuju dengan rafiza..
ReplyDeletehmm..mcm kita ni, kdg rasa down tengok ebm org bertimbun2..huhu..wpn at the same time rs bersemangat nk ikut jejak org2 yg berjaya mcmtu..:)
kita simpan gambar dalam hp je..buat tontotan anak2..inilah usaha ibu setiap hari untuk faqeh..:-) dan utk kenangan diri sendiri..