ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Monday, September 5, 2011

Cerita Aidilfitri 2011

Selamat hari raya kepada semua kenalan ibu. Hari ni genap seminggu kita beraya. masing-masing pun dah naik kerja. Ibu jer belum lagi, ada lagi sebolan cuti sebelum naik kerja.

Okaylah, tak banyak cerita sangat raya kali ini.
Kami tahun ni sedondon purple gelap. Pilihan ibu (tiap-tiap tahun pun ibu yang setkan tema baju). Kain dah beli sejak bulan 6 lagi sebab takut nanti lepas bulan 7 dah takleh nak shopping. Baju fawwaz pun beli sebelum ibu bersalin.

Ibu balik Kangar pagi raya tu. Abi malam raya kena oncall, dahla kes banyak, abi balik rumah pun dah pukul 4.30am. Letih tengok abi. Pas Subuh, ibu kejut abi dan angkat barang masuk kereta. Dekat kul 7.30am baru kami bertolak balik. 

On the way dah sampai Kodiang, baru teringat ibu tertinggal kamera kat rumah. Adoi! BIncang punya bincang, abi kata, kita patah baliklah. Lagipun abipun tertinggal kasut. Dia pakai selipar kaler oren jer balik. sangat tak matching ngan baju purple. So kitorang pun patah balik. 

Sampai Kangar, orang pun dah habih sembahyang raya. Kesian abi, tak sempat nak gi sembahyang raya. 

Macam biasa, kami akan bawa MIL dan beberapa SIL pergi beraya dikampung MIL. Pastu singgah rumah biras ibu pulak kat Utan Aji. Lepas tu terus balik rumah, sebab petang tu trip bawa FIL pulak.

Tapi balik rumah abi terus tidur. Yerlah mana cukup tidur, malam tadi dapat tidur 2jam jer. So, kitorang lepak rumah jer sampai petang. Pukul 6pm abi bangun, kesian lak kat FIL, kitorang bawa dia gi beraya pulak sampai malam.

Antara posing di pagi raya..
Tahun ni tema purple
Bergambar bersama MIL,FIL dan SIL. Ada lagi sebenarnya tapi SIL ibu  sorang demam dan sorang lagi tukang ambik gambar.
Ibu bersama Fawwaz yang beraya buat kali pertama

Farish kalau puji hensem memang seronok dia. Hensem tak hero sulung ibu ni?
Fawwaz pun in purple. Susah nak cari baju newborn boy kaler purple
Boring takleh nak beraya sebab abi dok tido kat dalam

Cepatlah abi, Farish dan firas tak sabar nak pi beraya ni.
Esoknya terus pergi kampung ibu pulak. Walaupun mak dan ayah sudah tiada, tapi ibu tetap balik beraya dikampung. Lagipun ramai sedara mara ibu kat kampung tu. 

Raya ketiga, lepak rumah sebab abi oncall. Nasib baik kakak ibu dari KL datang, ada gak teman berborak dan tolong mengasuh anak-anak ibu.

Raya keempat, kitorang beraya ke Taiping. Rumah salah seorang kawan ibu di Ratuhati, Atun. Ibu lambat smapai sebab pergi mengunjung suami kepada staff meninggal. Lagipun arwah suami dia DO kota Setar. Punyalah ramai orang, termasuklah MB, Sultanah Hamimah datang mengunjung. pastu highway pulak dah start jem. Orang dah start balik KL dah ni.

Kat rumah Atun sempat jumpa kawan-kawan ibu seperti Sue Aleen, Ayu Khairi, Atun, Rozy (ni selalu jumpa), Christina Arissa. Ada gak beberapa orang lagi ibu tak sempat jumpa.
gambar-gambar boleh usha kat FB ratuhati. Ibu tak ambik gambar sangat kat rumah Atun.

Balik dari Taiping, singgah rumah makteh dan sepupu ibu kat Permatang Pauh. 

Raya ke5, lepak rumah balik sebab abi oncall.
Raya ke6, ke7, dan ke8, lepak rumah sebab abi dah start kerja.
Raya ke9, ibu akan ke uPM, Serdang hantar SIL ibu mendaftar tahun pertama kat sana. Kepada sesiapa yang nak gi UPM jugak, contactlah ibu, mana tau boleh jumpa kat sana. Dah pergi Serdang tu, ibu beraya pulak kat rumah abah. Asalnya abah ngan kakak-kakak ibu nak datang Kedah time raya, tapi sebab ibu nak gi KL rabu ni, so diorang tak jadi datang.

Itu jerlah cerita raya ibu untuk tahun ini.

11 comments:

  1. hensem betul farish berbaju melayu, lengkap dgn sampin :)

    salam aidilfitri dari kami sekeluarga :)

    ReplyDelete
  2. kami pun purple.... tp bukan baju raya la... baju ms kenduri kawen adik bulan 12 hr tu tp pakai sekali je, hehe...
    kak hana beli baju baby warna purple tu kt mana? shira cari jugak....

    ReplyDelete
  3. warna purple ni mmg cun la hana...sepupu yg kahwin sabtu baru ni pun pilih warna ni..mmg naik...^_^

    ReplyDelete
  4. farish memang ensem!!

    ..myvi baru kah?

    ReplyDelete
  5. cantik tema purple.... sama la kita kak, tapi tema fiza purple2 kebiruan.
    byk betul suami kak hana oncall yer... nak buat cam mana, kan... dah tugas....
    selamat hari raya kak!

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidilfitri.. ;)

    tema purple yang cantik.. ;)
    ai penah buat tema purple ni.. satu family sebelah mertua 7 tahun lepas..

    ReplyDelete
  7. Hana,

    Cantik warna purple kan.Mesti best dengan baby baru beraya kan.

    ReplyDelete
  8. Izwa, terima kasih.

    Nur: Farish time ambik baju kat tailor pun dah siap minta songkok ngan sampin. Selamat hari raya.

    Shira: Cari kat Yawata. Perasan tak baju ngan seluar brand lain-lain. Tak jumpa jual sepasang.

    Mizah: thank you

    Ayu: Dah lama berkenan dengan warna purple macam ni.

    Rozy: Myvi baru cik abang. Delay 2minggu sebab nak tunggu plat number KDA (Kedah darul Aman).

    Fiza: Tahun ni ramai tema purple. Hasben akak memang kerap oncall, seminggu wajib 2-3x oncall. Claim memang masyuk, tapi letih.. pukul 4,5pg baru habis kes.

    Aiza: thank you... nanti boleh recycle balik colour ni.

    Wan: Memang best beraya ngan baby, tapi ibu dia yang kena tahan nafsu tengok juadah raya. Ada banyak lagi yang kena pantang.

    ReplyDelete
  9. hana selamat hari raya..maaf zahir dan batin..kak ita suka baca blog ne...dan follow....

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails