ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, March 29, 2011

Jamu, Maajun minuman kesihatan dan yang seangkatan dengannya


Dah lama blog ibu ni terendam.. idea ada tapi masa pulak takdak. Sebenarnya entry ni dah lama ibu nak tulis, tapi asyik tertangguh jer.

Kenapa ibu tiba2 bercakap tentang jamu, maajun segala ni? Sebabnya baru-baru ni ada orang offer produk jamu kat ibu melalui FB.. Jamu/maajun ni agak glamer gak sebab ibu dah banyak jumpa entry2 kat blog serta dalam forum-forum.. So, teringin gak nak try..

Ibu ni sebelum nak cuba apa2 pun ibu akan buat research sikit, maklumlah sekarang informasi di hujung jari anda.. Selama ini ibu tak ambik kisah langsung tentang hal2 jamu ni.. Since jamu ni agak terkenal, senang ibu google...

Perkara pertama yang ibu perolehi adalah bahan-bahan yang terkandung dalam tu.. Memang banyaklah herba khusus untuk wanita seperti kacip fatimah, akar serapat,manjakani dan amcam-macam lagi.. Ada few herba tu kira kontroversi juga dalam isu BF ni.. tapi dikatakan jamu ni turut merangsang pengaliran susu..

Pastu ibu tengok lagi, cari label KKM. dan ibu terkejut juga sebab ibu dapati produk ni tak dapat kelulusan KKM (rasanya diorang tak apply).. So ibu direct tanya kawan ibu tu kat FB tentang kelulusan KKM serta logo halal.. dia bagilah link untuk jawapan yang ibu cari..

Tapi yang ibu heran... esoknya ibu buka FB, post ibu tu semua dia dah delete... Heran gak ibu.. Takkan soalan ibu tu sensitif sangat kot.. Sekadar clarification bagi pengguna baru macam ibu, salah ker ibu bertanya..

Sebenarnya isu jamu,maajun dan seangkatan dengannya memang dah lama dibincangkan..
ibu petik satu artikel akhbar

JOHOR BAHRU: Habuk tumbuhan seperti akar dan daun yang dijadikan pelaris sesuatu minuman kesihatan, mahupun dicampur ke dalam kopi atau teh, dikenal pasti boleh memudaratkan kesihatan pengguna termasuk menyumbang kepada penyakit buah pinggang.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Ahmad Zahri Jamil, berkata amalan pengambilan minuman kesihatan kini menjadi rutin pelbagai lapisan masyarakat zaman moden.

Beliau berkata, amalan itu mendorong ratusan produk minuman kesihatan baru buatan tempatan mahupun diimport dijual di pasaran bagi menampung permintaan pelanggan.

Bagaimanapun, katanya, walaupun budaya pengambilan minuman itu bertujuan meningkatkan tahap kesihatan, ramai tidak menyedari ia turut menyumbang penyakit kronik seperti buah pinggang kebelakangan ini.

Menurutnya, tahap keselamatan pengambilan sesuatu minuman yang mempunyai ekstrak tumbuh-tumbuhan bergantung kepada kaedah pemprosesannya.

揗emang kita akui, akar serta daun tumbuhan herba berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit, tetapi mengikut amalan nenek moyang kita dulu, ramuan akar atau daun itu direbus dan hanya airnya diminum.

揟etapi apa yang berlaku sekarang akar kayu itu dihancurkan sehingga menjadi tepung dan dicampur pula dengan kopi atau teh, kemudian kita minum dengan habuk akar itu sekali.

揃ayangkan apa yang berlaku apabila organ dalaman badan sentiasa terdedah dengan habuk minuman kesihatan itu setiap hari,� katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Ahmad berkata, pengguna tidak seharusnya melabelkan semua produk minuman kesihatan yang dijual di pasaran mujarab dan mampu membantu memiliki gaya hidup sihat.

Beliau berkata, mereka seharusnya lebih bijak dan berhati-hati ketika memilih produk minuman kesihatan supaya tidak berdepan dengan sebarang risiko kesihatan.

Menurutnya, pada masa sama, masyarakat di negeri ini diingatkan supaya tidak mengabaikan kesihatan diri mahupun terlalu bergantung kepada makanan tambahan.

揂pabila mereka mengamalkan gaya hidup sihat ia secara tidak langsung dapat membantu menjimatkan wang kerajaan.

揚eningkatan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang setiap tahun menyaksikan kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM4 juta bagi membantu kakitangan awamnya menjalani rawatan.

揔os berkenaan terpaksa ditanggung kerajaan negeri bagi membantu kakitangannya termasuk yang tidak berpencen dan menghidap penyakit buah pinggang menjalani rawatan hemodialisis,� katanya.
Ibu pun baru jer dengar ceramah kesihatan sempena Kidney World Day baru-baru ni,juga dihighlightkan penggunaan jamu, maajun dan minuman kesihatan ni membawa kepada masalah buah pinggang. Itu yang buat ibu risau ni. Dikatakan produk kesihatan, tapi memudaratkan.

Cousin ibu bekerja dengan syarikat pembuatan ubat-ubatan tradisional ni kat Langkawi. Agak terkenal juga nama syarikat ni.. Menurut cousin ibu, ubat2 yang kononnya dari gamat asli 100% sebenarnya tak sampai 10% pun kandungan gamatnya... Sama juga dengan produk berasaskan kacip Fatimah, tongkat Ali, misai kucing, semua tu ekstrak sahaja, ntah tak sampai 15% pun dalam tu. Produk tu memang ada kelulusan KKM dan sijil Halal.
Itu kata cousin ibu yang buka kedai menjual ubat-ubat dan herba tradisional.. Tapi kalau tengok dia promote barang memang meyakinkan, tapi dia tak ceritalah tentang tipu muslihat disebalik pembuatannya.. Sebab ibu cousin dia kot dia cerita " Tak payahlah nak ambik produk2 ni, takut nanti mudarat diri pulak"kata cousin ibu..
Tapi bila ibu kata "Habis tu dah tau benda alah yang bang Chik jual ni mudarat, buat apa jual?"
Dia jawab " Ini business aku, nak laku, kenalah propa sikit"
Chit! aparaaaa....


Friday, March 18, 2011

Botol BPA: Tip Mudah Mengenal Pastinya

Thanx to Nora Herni atas artikel yang ditulis oleh beliau.. Refer sini yer...
Sejak Kementerian Kesihatan mencetuskan isu pengharaman botol susu bayi yang mengandungi BPA,masyarakat mula panik dan menjadi kelam-kabut seketika, terutamanya ibu bapa yang bergantung kepada penggunaan botol susu kepada anak mereka. Selepas pengumuman itu dibuat, bahagian botol bayi di pasar raya-pasar raya mula menjadi perhatian mereka. Masing-masing risau dan mula mencari jenis botol yang dimaksudkan, mahupun alternatif kepada botol BPA.

Menegaskan lagi keprihatinan kerajaan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata:
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar."

Ramai orang mula mempersoalkan, mengapa mesti dilaksanakan pada 2012? Mengapa tidak dilaksanakan terus secara serius. Sekiranya benar 'Kementerian tidak akan berkompromi...' mengapa perkara penting begini masih perlu ditangguh? Kata beliau lagi:
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai."

Ramai pihak menggesa Kementerian Kesihatan mengkaji semula tempoh penangguhan itu, termasukPengarang Berita Harian.
"Kementerian sepatutnya bertegas dalam soal ini kerana kita tidak mahu rakyat membuat andaian bahawa kerajaan lebih mengutamakan kepentingan komuniti perniagaan – pengilang, pengedar dan peruncit, sebaliknya memperjudikan keselamatan pengguna. Risiko perniagaan tidak boleh disamakan dengan nilai serta kebahagiaan rakyat apabila kesihatan mereka terancam, apatah lagi bayi yang tidak berdosa. Walaupun tempoh pengharaman itu diputuskan Kabinet minggu lalu, tetapi Kementerian Kesihatan boleh memberi rasional terbaik kenapa botol susu berkenaan perlu diharamkan serta-merta di pasaran. Kita juga tidak mahu rakyat mempersoalkan langkah Kementerian Kesihatan kerana ia tidak selari dengan slogan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diilhamkan Perdana Menteri. Justeru, keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat seperti ini dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan yang sedang giat merealisasikan slogan berkenaan. Bukti saintifik mengenai kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak ternyata serius."

Sebagai orang biasa, yang 'tidak mempunyai kuasa', apa pula tindakan kita? Adakah terus pasrah dengan botol yang ada, kerana lebih murah dan sesuai dengan bajet bulanan yang sentiasa mendesak? Bagaimana pula dengan soal risiko kesihatan anak, waris generasi kita pada masa hadapan? Bukankah kita mempunyai 'kuasa pembeli'?

Berikut, saya kongsikan tip-tip mudah bagi mengenal pasti sama ada botol itu mengandungi bahan BPA ataupun tidak.

Botol susu yang mengandungi BPA:

1. Botolnya jernih (crystal clear)
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam 'wagon'
5. Tiada label 'BPA FREE' pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat 'nombor 7' dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.

Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:

Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas 'bahan makanan' manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan 'BPA Free', tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan 'sarang' telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan 'pakai buang'. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai 'Plastik Beracun' kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.

Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.

Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:

1. Terdapat label pembungkusan 'BPA Free'
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free

Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4. Boleh baca di sini.

Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.

Sekarang, apa lagi, mari kita pergi ke dapur dan semak bekas-bekas makanan dan botol masing-masing (^_^)

Wednesday, March 16, 2011

Ibu dan Jam tangan

Sebenarnya ibu dah lama tak pakai jam tangan. Bukan ibu tak hargai masa, tapi ibu tak boleh pakai sebarangan jam tangan. Ibu ada alahan pada beberapa bahan besi terutama nikel..

Alkisahnya dulu ibu okay jer.. waktu study kat uni,ibu ada hampir 10 koleksi jam tangan yang ibu beli kat Petaling Street (time student, standard barang PS jer la). Tiap2 hari tukar2 jam, macam2 jenama tiruan,macam2 bentuk.. sampailah tahun 2000, time tu ibu dah final year.
tiba2 jer ibu dapati ibu ada alergi, bengkak mata, pastu ibu alergi dengan kosmetik, yang dulu ibu boleh pakai,pastu dah tak boleh.. Yang paling teruk ibu takleh pakai brooch, dulukan kita pakai tudung bawal, kena pin kat leher, habis leher ibu sampai melepuh2, terpaksa jahit tudung tu.

Then segala aksesori ibu (ibu dulu suka sangat beli aksesori dari gelang, subang, rantai), semua dah tak boleh pakai, semuanya akan jadi rashes.. So dari situ ibu tahu ibu dapat alahan.. So terpaksa buang semua perhiasan ibu tu.
macam ni lah keadaan ibu dulu kalau pakai jam

tentang jam, pastu ibu tukar pada jam kulit, sama juga, naik rashes pada kulit yang bersentuhan dengan permukaan belakang jam tu.. beli jam swatch, sama jugak.. so pastu terus ibu tak pakai jam dah..

Sampailah hari kahwin ibu, abi nak bagi jam sebagai hantaran, belilah jam berjenama dan tokey kedai tu kata jam tu ok, orang alergi pun boleh pakai... tapi sama gak, alergi.. pastu jam hantaran tu pulak hilang time kami pindah rumah...

Sempena birthday ibu kali ni, abi nak hadiahkan ibu jam lagi.. kesian dia kata tengok tak pakai jam.. pergilah satu kedai jam,, fr the 1st time ibu jumpa pekerja kedai yang tahu pasal jam.. Since kes dia pun sama cam ibu, alergi..

So, salesgirl tu a.k.a anak tokey jam tu, advice kena ambik jam jenis pure stainless steel.. Jam pure stainless steel ni nak kenal rupanya senang jer.. Biasanya jam stainless steel ni plain, tak bercorak.. Ala2 macam jam lelaki tu.. Kalau jam yang bersadur emas ka, ataupun jam silver yang bercorak2 memang takleh pakai.. pastu ada lagi beberapa ciri yang ibu pun dah lupa.. Even belakang jam tu tulis stainless steel, tak bermakna jam tu betul2 stainless steel. Luckily ibu jumpa the right salesgirl...

Atas nasihat salesgirl tu, kami pun beli jam tu.. Dan Alhamdulillah, ibu dah boleh pakai jam tangan kembali.. Thanx to abi for the lovely birthday present...
Ini kotak dia

jeng-jeng-jeng

Inilah jam tangan ibu selepas hampir 10 tahun tak pakai jam di tangan..

Monday, March 14, 2011

Resepi Puding Buih

Kali ini ibu nak share resepi manisan dari kakak ibu. Resepi ni pun kakak ibu dapat sepupu ibu di Terengganu. Minggu lepas ibu buatkan sempena birthday ibu... Semua puji sedap..


Okay..jom cuba..

Bahan-bahan
25gm agar-agar
6 biji telur Gred A
gula
esen vanilla
2tin susu cair
1 tin susu pekat
pewarna

Cara-cara

Masak agar-agar bersama 4 cawan air. Masukkan 5-6sudu gula dan esen vanilla. Masak sehingga hancur.

Sambil tu, pukul telur sebiji demi sedikit sehingga betul2 kembang. Lebih baik pukul dengan tangan kerana lebih cantik hasilnya. Lagi lama pukul lagi cantik, biasanya dalam 1/2 jam.

Ambil 10 sudu agar2 dan campurkan dengan sedikit pewarna. Tuang nipis dalam bekas untuk. Biarkan keras.

Masukkan agar2 yang masih suam ke dalam telur yang dipukul tadi. Masukkan sedikit demi sedikit, teruskan pukulan sehingga agar2 dan telur menjadi sebati dan semkin kembang.

Tuangkan ke dalam bekas yang telah disi lapisan nipis agar2 tadi. Simpan dalam fridge.

Untuk kuah:
Bancuh 2 tin susu cair dan 1 tin susu pekat. Campurkan pewarna. Bekukan.

Bila nak hidang, telangkupkan agar2 tadi, supaya lapisan berwarna berada di atas. Makan bersama kuah tadi.. kuah tadi biarkan mencair sedikit.

Kuah tu kalau taknak buat pun takpa. Beli aiskrim 1 tupperware. Kalau buat warna merah, beli aiskrim strawberry..

nota: gambar puding kat atas tu agar2 dia dah turun sikit. kalau pukul betul2 kembang time campur agar2 tu, agar2 berwarna jer sepatutnya yang nampak.

Saturday, March 12, 2011

Happy 33rd birthday

Alhamdulillah, pada 10Mac 2011, genaplah usia ibu 33 tahun (ibu bukan jenis orang yang suka sorok umur)...

Dah tua-tua ni takdelah buat celebration. Ibu just buat jamuan makan kat rakan sekerja.. Order makan, dan makan-makan..

Antara menu pagi tu (sebenarnya makan sampai lunch)

Laksam, tepung bungkus dan puding buih

Tepung bungkus (order dari makcik staff -SN Harina)

pulut kuning (pun tempah dari makcik Harina).. guna santan kelapa muda tu..

Puding buih (ni ibu buat, nanti ibu tempek resepi dalam entry lain yer)

Sebenarnya ada lagi satu menu, tepung talam, lupa lak nak ambil gambar sebab time ambik gambar ni, tepung talam tu belum potong lagi..

Tengah hari pula keluar celebrate ngan abi. SInce khamis kerja sampai kul 3.30pm jer, so pas balik kerja terus gi makan. Abi kononnya nak makan double prosperity burger, pergi McD tengok promo tu dah habis.. so makanlah set yang lain..

Kononnya malam tu nak gi Tanjung Dawai pulak celebrate ngan kakak ibu, tapi last minit diorang cancel sebab nak bertolak awal ke KL. Tukar gi Kuala Perlis lak, tapi call adik2 ipar, sorang pun tak jawab.. last2 cancel..

Harapan ibu pada tahun ni:
1.Semoga ibu dikurniakan kesihatan untuk menjaga anak2 dan abi.
2. Dimurahkan rezeki
3. Memperolehi cahayamata lagi seorang...

Thanx to abi atas hadiah yang abi berikan.. (nanti ibu cerita kat entry lain pulak)

Syukur pada Allah kerana menjadikan ibu seorang Hamba yang cukup sifat, sihat tubuh badan.. Jangan Kau sasarkan hati ini dari mengingati dan menyembahMU ya Ilahi


Saturday, March 5, 2011

Toilet train.... Akhirnya..

Farish bakal mencecah 3 tahun bulan depan. Ibu memang set target nak toilet train Farish by 3 years old. At least waktu siang.. Alhamdulillah, target ibu berjaya...

Ibu sebenarnya dulu tak plan nak toilet train sangat, yerlah rata-rata anak sedara ibu toilet train bila dah 4 tahun. Ada tu sampai nak masuk tadika baru start toilet train. Budak yang bS mengasuh sebelum ni pun toilet train dah dekat nak masuk 5 tahun. So bila ibu nak toilet train before 3 tahun, semua kata terlalu awal. .

Ibu start slowly waktu umur Farish 2tahun 5 bulan rasanya. Mula tu ingat nak train time cuti panjang, macam yang ibu selalu baca, nak toilet train ni ambik masa juga. Kena jadikan rutin buat anak-anak. Macam mana nak buat jadi rutin, sedangkan ibu hanya ada weekend jer. Memandangkan ibu ni bekerja dan hanya weekend jer waktu ibu free. Pastu weekend pulak asyik tak melekat kat rumah., berjalan jer.

Sampai umur 2tahun 5 bulan, ibu pun nekad nak start jugak, tak boleh nak tunggu cuti panjang, kena start somewhere. So ibu plan, weekend ibu akan train pelan-pelan.

Permulaan, ibu pakaikan cloth diapers without insert, dan tiap 2 jam keep reminded Farish. Mula tu memang rasa macam failed juga, sebab by the time pergi toilet, Farish tak pee pun.. bila dia dok main, tup2 nampak basah jer.. Banyak tempat gak, atas sofa pun pernah. Tapi ibu tau ibu cabaran.

Cabaran ibu satu lagi, abi tak confident dengan Farish, dia kata kecik lagi. Tak ready lagi.. Tapi ibu confident anak ibu boleh buat, ibu selalu cover yang Farish boleh cakap dah nak kencing walhal, berapa kali dah terkucil merata.

Ibu cuma ada weekend jer untuk train, dan toilet train belum jadi rutin buat Farish, so kena retrain selalu. Alhamdulillah, selepas tu Farish dah boleh inform nak ke toilet dan membuang dengan berjaya.
Ibu memang tak beli training pants, ibu bagi pakai seluar biasa jer. Dan selepas Farish success kat rumah, ibu try bila balik rumah MIL pulak. Mak tok memang kagumlah tengok Farish tak pakai pampers lagi, dan menjadi motivasi untuk cousin Farish yang dah 3 tahun waktu tu untuk toilet train. Lagipun SIL ibu suri rumah sepenuh masa, sure lagi senang.

Lepas berjaya kat rumah maktok, ibu train bila outing pulak. Tapi kena sentiasa keep remind, takut juga dia terlepas atas kereta. Dan sampai sekarang Farish belum lagi terkucil atas kereta.

Sebenarnya ibu toilet train untuk buang air kecil jer, air besar belum sebab sepanjang toilet train, Farish belum poo lagi. time dia poo adalah kat rumah BS ataupun time dia on diapers. Cuma lately ni, ada beberapa kali Farish poo. 1st time tu, dia nangis2, sebab selama ni poo dalam pampers, pelan-pelan ibu ajar, nak buang pergi toilet duduk cangkung dekat dengan toilet bowl, pastu kata "uggh!" first time berjaya, memang excited, lagipun kena selalu bagi puji-pujian.

Sekarang ni fasa akhir ibu, night diaperless.. So far pakai diapers, kadang tu bangun pagi, kering, kadang tu penuh.. tu yang tak confident lagi tu.. Takpalah, at least siang hari Farish memang diaperless.. cuma macam mana nak yakinkan BS Farish yang Farish dah jadi good toilet user.


Tuesday, March 1, 2011

Motivasi seorang isteri

Gambar ihsan google image

Tiap-tiap hari balik kerja, kena masak, pastu kena kemas rumah, lepas tu kena layan kerenah anak, tak termasuk lagi kerenah suami. Memang leth menjadi wanita yang bekerja 24jam, pas habis kerja kat opis sambung pula kat rumah.. Merungut tu memang selalu.. Tapi sebenarnya banyak hikmah disebalik semua tu. Yang penting kena ikhlas dalam melaksanakan tugas.

Ibu terjumpa satu artikel yang menarik, ibu nak share dengan kawan-kawan ibu, pas baca rasa insaf, besarnya ganjaran seorang isteri. Artikel ini panjang tapi ibu ambik part yang menarik perhatian ibu..

Jom baca dan ambik iktibar...

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
catatan ibu: Kena rajin bancuh air kepada suami. Pastu kena bagi terus kat tangan dia, biar bersambut.. Ibu sellau jer abi yang bancuhkan air untuk ibu...

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
catatan ibu: Tiap-tiap hari wajib masak, sebab abi tak suka makan luar. Tak kena dengan selera. tapi kalau dia ajak makan luar... yeayy;D Grin

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
catatan ibu: Kena kerap bersama ni.... Shocked

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
catatan ibu: Takde alasan tak mau tambah anak lagi..

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
catatan saya: memandangan suami pun dah dikira sebagai satu zikir. SO kena pandang suami dengan pandangan yang manis-manis sahaja

f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
catatan ibu: Insya Allah.. Memang risau kalau nampak hasben muka mencuka jer hari tu.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
catatan ibu : Amin..

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
catatan ibu: Insya Allah... Amin

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)


Artikel dipetik dari http://hikmatun.wordpress.com/2008/07/27/tanggungjawab-suami-isteri/
Related Posts with Thumbnails