ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, January 9, 2010

Pumping Semasa Kerja

Sekarang dah 3 minggu ibu bekerja. Jadual pam ibu agak kucar kacir. Sejak masuk new year, perubahan jadual pada waktu klinik menyebabkan patient overlapped. So memang ibu kena kejar masa settlekan pesakit dan kadang tu pernah tak sempat nak lunch dan juga curi masa mengepam. 

Kadang tu dua kali jer ibu sempat pam time kerja. Tapi ibu harap ibu dapat overcome masalah ni secepat mungkin.

Okay, time kerja, ibu takde masalah banyak. Ibu ada bilik sendiri yang privasi, kunci pintu dan buat aktiviti (tak kunci pun takper, tapi takut jer time tgh selak baju ada orang masuk), cuma kekangan ibu adalah masa. Sekarang pulak Spectra3 ibu macam tak berapa kick. Mungkin sebab tak servis lagi. Bila la abi nak gi Penang ni, nak hantar S3 ibu kat Su Li ni. Dan ibu juga berkira2 nak beli Medela Freestyle, dah discuss ngan Aja. Insya Allah, Mac ni ibu dapat kot.

Kat opis, ibu selalu akan pam dalam kul 10 @ 10.30am, 1.45 @ 2.00pm dan 4.30pm. Tapi kadang tu terlari masa, tak sempat nak pam yang kul 10.30 tu, ibu pam time kul 12.00pm. Tu yang lari jadual.

Dan Alhamdulillah hingga kini ibu masih dapat amaun yang cukup buat Firas. Ibu seboleh-bolehnya cuba dapatkan 20-24oz time kerja. Bagi kat BS selalu 15oz (5x3oz). So boleh top up frozen. 

Ini hasil ibu kat tempat kerja. Time kul 10am selalu dapat banyak ni.

Pastu gi tumpang kat fridge pantry. Dulu selalu tumpang fridge ubat, sekarang ni fridge ubat tu dah penuh dan juga klinik dalam proses audit akreditasi, kang tak pasal auditor buka fridge ada bendasing dalam fridge ubat. So ibu tumpang dalam mini fridge klinik jer.

  


6 comments:

  1. tahniah hana. i have been bf too & alhamdulillah kat opih sy ada disediakan mother's room utk semua bf moms.

    ReplyDelete
  2. Ibufarish wah tahniah ya
    di tengah kesuntukan masa,
    pengorbanan untuk anakanda amat mahal harganya.

    ReplyDelete
  3. hai ibufarish...seronok saya baca ttg bf ni. saya pun fully bf...kita follow awak tau...

    ReplyDelete
  4. Salam Kenal..
    Wow..banyaknye 1 session pump..jelesnye..huhu

    ReplyDelete
  5. seronok kan kalau ada tmpt khusus utk pam. Sy di sekolah mmg takde. Jadi, terpaksa guna surau. Bila time pelajar turun solat, mmg mengagau la juga sy cari tmpt. Sudahnya, takde la pam. Kalau tak pun, sy akan lepak di tandas utk mengepam. Sambil berdiri. Bayangkan la... mcmana la nak rasa tenang. Tp apa blh buat. Itu je tmpt yg ada. Mahu tak mahu, kena la terima. Nak mengepam di bilik guru, pelajar keluar masuk. Lgpun meja sy berdepan dgn guru lelaki. Mmg rasa tak selesa. Bila tak selesa, susu tak kuar byk... hhuhu....

    ReplyDelete
  6. norhanim : saya faham sgt..kt opis sy ada partition jer..mmg slalu lari ke toilet gak..cuma klu time rehat tu pegi surau tenang skit n byk susu kuar..cuma surau ni jauh skit..hmm..mcm2 pengorbanan kita sbg ibu ni, kan? - mummynote.com

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails