ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, September 4, 2010

Terkenang ketika Farish berusia 10 bulan

Pejam celik, Firas dah pun 10 bulan lebih.. Dah dekat nak masuk 11 bulan pun.
Tiba-tiba ibu teringat semasa Farish berusia 10 bulan dahulu, yakni setahun setengah yang lalu.

Ketika Farish berusia 10 bulan, ibu mengandungkan Firas pulak. Sebenarnya ibu tak bersedia waktu tu, dengan Farish kecik lagi, masih berdukung. Mula dapat tahu ibu pregnant lagi, hati ibu sangat berbelah bagi.. taktau nak kata happy ker, terkilan ker, sedih ker waktu tu. Happy sebab ibu tergolong dalam golongan mudah lekat, murah rezeki anak, terkilan sebab tak merancang nak mengandung balik time tu, sedih sebab memikirkan Farish yang masih kecik yang bergantung masih bergantung dengan susu ibu.

Farish pulak bila ibu pregnant, kerap sangat tak sihat. Masuk wad 2,3 kali.. cirit-birit, bronchiolitis, demam.. dan last dapat tahu Farish ada thalasemia trait. Waktu tu pulak Farish tak lalu nak makan, berat statik, muka pucat, kena follow up sentiasa dengan paed.

Waktu tu juga ibu dalam dilema nak teruskan BF atau stop. Tanya pendapat gynae yang ibu jumpa, dia suruh stop, tapi ibu cari for 2nd, 3rd, 4th opinion, mereka kata teruskan unless rasa sesuatu yang tak selesa, stop.

Memang mencabar rasanya ketika Farish melangkah umur 10 bulan tu, bayangkan ibu yang masih dalam 1st trimester, 2x kena teman Farish dalam ward (yang penuh sesak).. Dan disebabkan pregnant, ibu memang sangat letih menyebabkan tumpuan untuk Farish pun sedikit terjejas. Tak dapat nak bagi sepenuh perhatian kepada Farish dan juga Firas dalam kandungan.

Dan Alhamdulillah, Firas masuk 10 bulan ni, semuanya berjalan lancar. Dan ibu berdoa agar ibu mampu menyusukan Firas sampai 2 tahun. Ibu pun macam abi, nak anak cepat2, tapi biarlah kali ni ada jarak sikit, biarlah sampai Firas dah berdikari sikit, dah boleh berlari. Sebab ibu dah rasa sangat letih mengandung tatkala anak belum boleh berjalan lagi.
Dan ibu risau juga, kalau mengandung awal lagi, ibu akan teruskan lagi dengan tandem nursing.. ibu risau gak, kalau2 kena tandem sampai 3 orang (Farish+Firas + adik).. Pengalaman tandem nursing sebenarnya sangat memerlukan kekuatan, kecekalan dan kesabaran. Kalau diberi pilihan lagi, kalau boleh ibu nak elakkan tandem nursing.

Tapi kalau rezeki Allah nak bagi awal, ibu terima..
Cuma ibu berharap sangat kalau ibu mengandung lagi ( biarlah Firas dah menghampiri 2 tahun), ibu nak anak perempuan kembar pulak.

Kenapa ibu dan abi berharap kembar?
Semua orang teringin nak anak kembar kan.. ibu dan abi memang menyimpan impian untuk mendapatkan zuriat kembar. Kalau ikut chance, Insya Allah ada. Abi sendiri ada sepasang adik perempuan kembar iaitu adik ipar ibu la. Dan sepupu abi sendiri tak silap ibu ada 2 @ 3 pasang kembar. Ibu lagi teruja bila tengok kat Majalah 3 suatu ketika dulu, ada 3 pasang kembar ni mempunyai salasilah lebih kurang cam abi..
Lelaki yang mempunyai adik beradik kembar, ada potensi untuk mendapat kembar juga.

Kalau tak dapat kembar, ibu memang mengidamkan cahayamata perempuan jugak. Abi pun tengah dok gali petua nak dapatkan baby perempuan, tapi abi, sabar dulu yer, biarlah Firas berdikari dulu...

4 comments:

  1. salam kak,

    tanye sikit, statement akak yang

    "Pengalaman tandem nursing sebenarnya sangat memerlukan kekuatan, kecekalan dan kesabaran. Kalau diberi pilihan lagi, kalau boleh ibu nak elakkan tandem nursing."

    tandem nursing tu susah ke kak?

    ReplyDelete
  2. hana,

    mmg mencabar kan pregnant ketika anak sulung masih kecil..sama mcm ayu, cuma ketika tu hariz berumur 1 thn ...tapi, apa2pun, ayu setuju juga kata hana..biar la yg kedua ni boleh berlari dulu baru blh tambah lagi sorg..

    btw, nak gak tips utk dapatkan baby gurl ni..hehe..share ngan ayu juga ye...klu dah ada, buat entry tau...semangat juga nak tau (wpn target kitaorg utk anak ke3 selepas danial berumur 3 thn, maknanya ada 2 thn lagi..heeehehee)

    ReplyDelete
  3. salam kenal,

    baca entry awak nih, mengingatkan kenangan preggy anak ke 2 dan ke3..masa yg no.2 tu umo 5 bulan, saya baru dpt tau saya preggy lagi...by the time saya melahirkan yg no.3, yg abangnya baru menginjak usia 1 tahun 1 bulan..

    pengalaman jaga depa berdua, mmg sgt-sgt mencabar..kedua2nya lelaki..buaian mmg kena beli 2 set, dua2 tgn berfungsi untuk enjutkan anakanda berdua tuh..bila mlm lagi haru..tgh susukan si adik, siabang bangun mintak susu..dengan sebelah tgn, saya bancuh susu utk si abang..(saya jaga anak2 sendirian, suami cuma balik hujung minggu sbb tmpat keja jauh)..

    sampai sekarang, masih terasa saat2 kalut tuh..

    depa pun dah berumur 4 dan 3 tahun..kalo pegi memana, org akan kata kembar, sbb hampir sebaya..

    hari2 gaduh, bergomol..dok doa hari2 supaya anakanda berdua tuh cepat la besaq..hahaha..

    menoleh semula ke memori tu, buat saya tersenyum dan terpikir, kuat jugak ye..sbb handle 2 budak kecik..kalo diberi keadaan itu pada saya sekarang, nescaya tak bleh buat punya..hikhikhik..

    ReplyDelete
  4. salam kak, entry dah lame tp masih leh komen kan?
    sy pregnant sama cam akak anak sulong umo 10 bln. kebykan org suh sy stop bf yang sulong. tp kesian nengok. tp sy teruskan je. cume skrg ni x brape slera nak makan la.. camne nak makan utk 3 org ni? pls advise

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails