ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Thursday, October 28, 2010

Baby Breastfeed pun boleh sakit?

Lepas anak ibu demam dan juga kena admit, ada suara-suara yang berkata... "Bukan anak kau breastfeed ka?"

Ibu nak betulkan kat sini. Breastfeed bukanlah menyebabkan anak anda langsung tidak sakit, tetapi kurang berisiko. Kalau macam tu bagaimana pula dengan doktor yang juga ada sakit demam, bukankah mereka doktor yang semestinya tetap tak boleh lari dari penyakit.

Ibu sebagai ibu kepada dua anak yang mempunyai latar belakang BF yang berbeza, ibu dapat rasa perbezaannya.
Farish yang bukan exclusive sejak pantang (time tu kan 0 knowledge), sempat fully BF hanya sehingga berusia 10 bulan (ibu pregnant balik) dan juga sejarah kelahiran dia yang borderline prem dan berat pun 2.48kg saja, semestinya dia lebih berisiko berbanding Firas yang lahir cukup bulan, berat memuaskan, exclusive BF sampai 6bulan 10 hari serta fully BF sampai sekarang (1 tahun).

Bezanya kalau demam, Farish lebih lambat sembuh berbanding Firas, lebih lemah berbanding Firas. Dan kalau demam confirm Farish akan hilang selera makan. Berbeza dengan Firas, demamnya lebih cepat kebah, dan selera makan dia maintain macam biasa. Ibu ingat lagi time dia demam raya hari tu, mata pejam pun, suap makan tetap nganga.

Tapi Alhamdulillah, kedua-dua anak ibu sihat dari penyakit-penyakit yang lain. Kecuali Farish yang ada thalasemia trait. Firas belum check darah lagi.

Apapun, baik baby yang BF, baby dengan FM, mereka tetap akan demam dan sakit. Demam dan sakit itu sebenarnya untuk membina antibodi dalaman mereka sendiri.

7 comments:

  1. bende biase org akan kate kan pasal baby BF..bukan xkan dapat sakit..cume bile sakit..baby BF nih mudah akan sembuh..tak lame melarat..

    ReplyDelete
  2. setuju ngan kata2 hana..ayu pun dapat tengok perbezaan kedua2 anak ayu ni..lagi2 danial yg mmg fully bf kalau sakit demam ke memang cepat je sembuh compare ngan hariz yg tak fully bf + mix fm ..kalau sakit mmg lambat nak baik...cuma tu la, diaorg ni cepat je berjangkit...

    suka ayat hana cerita ttg firas yg time demam2 pun laju juga makan..^_^

    ReplyDelete
  3. sabar jer la. mulut org nih memang susah nk ditutup kan.. janji kita tau yg terbaik utk anak-anak kita.

    Sesungguhnya memang berbeza bb BF dgn formula ni.

    ReplyDelete
  4. hehe... org yg xpaham ni ssh kan... klu kite ckp A, A je yg die nmpk, xleh tgk smpai ke Z, hihi...
    mustahil la bdk2 tak jatuh sakit lgsung kan...

    ReplyDelete
  5. k.hana..kalau anak kiah demam,susu dia x nk mnum..mkn ja laju..ummi dia yg ssh hati nie..7oz pun ssh nk abis..

    ReplyDelete
  6. munna pun persan lain klu fully BF dgn FM.. akak yg sulung dulu minum FM.. selalu cirit birit ngan muntah... klu demam pun 3-4 hari gak ... tapi adik dia full BF jarang demam, muntah2 pun tak pernah lagi sehingga skrg ni dah 8 bulan

    ReplyDelete
  7. btul semua..mane bleh tak dpt sakit..dptgk sakit cuma antibodi still kuat n pnykit singgah sekejpjerk..mairapun gitu..dr lahir smpi 7 buln xdmm n sakit cuma bla dh terdedah pd solid food n mcm2 psekitaran dia dmamlh jugak.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails