ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Monday, October 11, 2010

Bagaimana bercuti bersama anak-anak yang masih kecil

Seperti yang anda sedia maklum ibu baru saja pulang bercuti dari Sabah. Memang dah jadi agenda dalam keluarga ibu, setiap tahun mesti ada holiday jalan-jalan jauh sikit.
Ramai kawan-kawan ibu dan abi yang teringin nak pergi bercuti sekeluarga jauh-jauh tapi tak berani sebab anak masih kecil. Ada kawan ibu yang kata, susahlah, takut baby takut naik flight, susah nak bawa stroller, susah bila baby nak minum, nak makan dan lain-lain lagi.

Ibu start berjalan jauh ketika usia Farish 7 bulan (ni kira holiday yang naik flight la).. Mula tu was-was gak, boleh ka, tapi sebenarnya itu hanyalah tanggapan ibu2 sahaja.

Sebenarnya tak susah nak bercuti bersama anak-anak kecil. Ibu tak perlu nak angkut macam-macam barang untuk baby. Cuma baju dan diapers mereka sahaja.

Bersiar-siar
Alhamdulillah, ibu dah perkenalkan Firas dengan babywearing sejak usia sebulan. Jadi dia memang takde masalah nak berkendong dengan ibu. Since dari ringsling sehingga ke SSC, asal masuk gendong jer, jap gi tido la Firas. Dan ibu dapati senang nak handle, dan ibu masih boleh shopping dengan plastik penuh kiri kanan tangan sambil mengendong anak.
Tak perlu nak berstroller bagai, bagi ibu babywearing sangat-sangat practical especially bila gi jalan jauh-jauh. (dekat2 pun practical gak)

Bila bawa stroller kena fikirkan banyak perkara. Kalau berjalan kat tempat rata okaylah ,tapi kalau nak masuk kawasan yang tak rata, bersesak-sesak macam kat pasar Filipina tu, susah gak.

Makanan
Ibu akui, ibu memang particular pasal makanan baby bawah setahun. Selalunya ibu akan angkut slow cooker comel ibu, sebab dia kecik jer, sumbat masuk dalam beg baju. Even dalam beg sandang pun muat. Pastu ibu bawalah beras hancur, carrot, kobis bunga, kentang dan serbuk bilis. Malam tu sebelum tidur, masak, esok pagi dah siap.
Dan ibu selalu bekalkan buah-buah yang diambil time breakfast kat hotel.

Kalau malas nak masak, ambil saja bubur hotel tu, tapi make sure plain porridge yer. Sebab banyak hotel yang masak bubur siap2 campur garam perisa dalam tu. rasa dulu. Ibu selalu ambil porridge dan campur dengan telur rebus atau telur goreng, beserta daun bawang dan daun sup. Pastu bagi makan buah.. buah tu boleh bawa bekal, kalau tak segan, bungkus sekali bubur tu untuk lunch baby nanti.

Minuman
Ibu takde masalah sebab anak ibu BF. Cuma bekalkan air mineral kot-kot dahaga sangat tengah jalan, or tak sempat cari port nak BF. Selain tu ibu bawa gak bekal roti dan biskut buat Firas kot2 dia lapar tengah jalan. But so far, dia tak pernah lapar pun.

Bagi mereka yang baby dah lebih setahun dan tak fully BF. Ibu sarankan better bagi fresh milk atau full cream milk time berjalan-jalan. Bukan apa, sebab ibu selalu tengok ramai ibu2 yang bancuh FM siap2, dan recycle FM tu sampai ke petang. Kesian baby tu minum FM yang dah lama dan tak pasti tahap kualiti FM tu bila terbiar lama. Tapi ingat itu untuk baby yang dah lebih setahun yer.. Yang bawah setahun, tapi dah tak BF, kenalah cari alternatif supaya FM yang diberi tu dalam keadaan segar.

Bermalam
Dan ibu bernasib baik sebab tak perkenalkan buaian kat anak-anak ibu..Maka lagilah tiada masalah untuk tido. Dan Alhamdulillah, selama ni anak-anak ibu takde masalah nak tido kat mana-mana pun. Tapi ibu pernah terjumpa kawan ibu yang anak dia tidur buai, nak pergi mana2 pun kenalah bawa buai, hatta nak kena pasang buai dalam kereta. Kalau bab tu, susah sikitlah nak gi jalan naik flight ni. Kena tunggulah baby tu betul2 dah besar.

2 comments:

  1. kak,

    kalo fresh milk atau full cream letak dalam botol tapi tak disejukkan boleh tahan berapa lame utk baby above 1 year? yg brand dutch lady tu boleh ye?

    ReplyDelete
  2. salam puan hana...useful info for us...tq2..i njoy it..n 1 info buat sy yg baru ade bb..3mnths old..hehee..TQ

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails