ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Monday, June 20, 2011

Persediaan penyusuan... Apa yang perlu ibu faham

Ibu sangat bangga dengan bakal-bakal ibu yang berkobar-kobar untuk menyusukan si manja mereka. Alhamdulillah kesedaran tentang breastfeeding di negara kita semakin meningkat.. buktinya lihat saja blog-blog tentang penyusuan, kedai-kedai penyusuan online dan juga fizikal, dlaam majalah juga ada banyak bahan boleh diperolehi.. tak speerti zaman ibu dulu, hanya melalui buku-buku dan internet, itupun ibu belum ada line internet waktu tu.
Persediaan penyusuan perlu dilakukan semasa mengandung lagi.. tapi ingat! kita perlu bersedia tetapi bukan mengadakan susu lagi. Ini fakta yang bakal2 ibu kena faham.

Semasa mengandung, kita perlu dapatkan ilmu tentang breastfeeding... tak perlulah nak khatam semua bab, baca tentang proses penghasilan susu, pengeluaran susu, masalh yang mungkin dihadapi semasa pantang.. kena faham betul-betul konsep pengeluaran susu. Supply vs demand.. sebab ibu tengok masih ramai yang belum faham tentang ini.. Kebanyakannya lebih bersedia menyediakan gadjet dan kelengkapan kembali bekerja, itu sebenarnya sangat baik, tetapi pengetahuan peringkat asas penyusuan adalah yang lebih penting.

Susu memang mula terhasil ketika mengandung, tetapi jangan risau kalau time mengandung breast tak bengkak, picit nipple takde pun susu walaupun kandungan dah masuk 38minggu. Takut nanti takde susu waktu bayi dilahirkan.

Penghasilan susu bergantung kepada hormon prolaktin manakala pengeluaran susu bergantung kepada hormon oksitosin..
Semasa mengandung, hormon estrogen dan progesteron berada pada tahap yang tinggi. Estrogen penting untuk perkembangan bayi anda dan progesteron berfungsi dalam perkembangan rahim.. Kedua-dua hormon ini berfungsi untuk mengekalkan bayi dan rahim ibu dalam keadaan yang selamat. Semasa mengandung hormon oksitosin direncatkan supaya tidak berlaku kontraksi awal.
Hormon progesteron dihasilkan melalui placenta, ingat tugas hormon in ijuga sebagai perencat kepada hormon oksitosin, apabila proses bersalin sudah tiba, sebaik placenta dikeluarkan, paras progesteron akan merudum jatuh dan paras oksitosin akan meningkat... Dan inilah titik mula hormon penyusuan mengambil peranan. Dan inilah yang ibu-ibu patut faham.

Ketika menyusu, ibu-ibu kaan rasa rahim masih berkontraksi (rasa sakit pada perut ketika menyusu).. itu adalah sign paling baik menunjukkan hormon oksitosin adalah aktif, dan proses pengecutan rahim akan berlaku dengan lebih cepat.

So, jangan risau kalau selepas kelahiran, susu seperti tidak ada.. sebenanrya tidak, semua ibu yang melahirkan ada susu. Dan kena ingat, baby tak perlu banyak susu untuk kenyang.. pada hari pertama, 1 sudu teh kolostrum adalah memadai untuk mengenyangkan bayi..

Sumber : http://www.paternityangel.com
              www.pregnancy.com/
              http://pregnancy.about.com/
              http://www.babyzone.com

3 comments:

  1. wah kak.....sy pulak yg bersemangat nk taw pasal BF ni..byk info yg sy dapat dr blog akak ni..


    **even blom preggy..tp sy suka baca..

    ReplyDelete
  2. Ain pon dah decide nak BF bakal baby secara exclusive. husband ok sokong.. mak ain plak dia ok.. cuma dia kata dulu2 masa ain kecik dia takde susu sangat.. pastu ain ms kecik mmg kuat nyusu.. jadi dia mcm half half aje konfident yer.. hopefully ain berjaya laa buat nie.. kdg2 tu terpikir gak boleh ke ain buat..

    nak try carik kelas yang cerita more on BF especially camner nak handle EBM tu nanti..

    ReplyDelete
  3. qaseh,, ilmu tu tak terbatas.. boleh jer belajar even tak kahwin lagi..

    Ain, Insya Allah.. paling penting yakin. Smeua ibu boleh breastfeed.
    Boleh tengok breastfeeding class kat Sarakids, Mom Little ones.. join SGM pun bagus.. rasanya SGM kat Bangi 26hb ni tajuknya "there's a new baby in your life".. boleh kenal2 ngan pc, direct counseling.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails