ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, June 29, 2011

10 Steps to successful breastfeeding

Kalau anda pergi mana-mana hospital rakan bayi, pasti akan terjumpa bunting @ poster tentang 10 Langkah penyusuan.. Ini adalah langkah-langkah yang wajib dipatuhi oleh hospital yang ingin mencapai standard BFHI.. Dan setiap 3 tahun, penilaian semula akan diadakan. Sekiranya 10 Steps ni tidak dipatuhi, status BFHI akan ditarik balik..

Apakah 10 langkah tersebut?

  1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2.  Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3.  Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
  4.  Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
Di tempat kerja ibu iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, kami ada 12 langkah iaitu tambahan 
11. Etika susu ibu
12. penyusuan anak angkat


Ibu sebenarnya baru jer tamat kursus laktasi 20jam semalam.. so, nanti ibu akan buat entry setiap elemen di atas supaya orang awam akan lebih faham apa konsep BFHI.. Dan sekiranya anda bersalin di BFHI hospital, tetapi kriteria di atas tidak anda dapat, boleh sahaja kemukakan aduan.


No comments:

Post a Comment

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails