Mood Jiwang sempena Jun..
Bukan apa Jun adalah bulan anniversary ibu dan abi.
1hb Jun= tarikh nikah
2hb Jun= majlis resepsi sebelah ibu
4hb Jun = majlis resepsi sebelah abi
14,15,16hb Jun = honeymoon
Dan kini genap 4 tahun usia perkahwinan kami.. Alhamdulillah.. walaupun baru 4 tahun, masih dalam fasa pengantin baru lagi, ibu rasakan hidup ibu sebagai isteri hampir sempurna.. Dalam tempoh 4 tahun ini, Alhamdulillah rezeki kami murah..Sudah mula membina harta sendiri , kenaikan pangkat (dan of course gaji naik).. Syukur Ya Allah atas kurniaanMu ini.
4 tahun usia perkahwinan boleh dikatakan kami antara express family development... Mana taknya 4tahun kahwin, kami dah berempat sekarang.. 5 tahun kahwin, 5orang ..10 tahun kahwin.... hehehe! Alhamdulillah, rezeki anak dan sememangnya itu yang kami harapkan dari awal perkahwinan.
Sempena ulangtahun keempat perkahwinan, ibu tak minta apa-apa dari abi. Sebab ibu rasa abi dah penuhi segala impian ibu. Lengkap kasih sayang, hidup dalam suasana bahagia, dan tak pernah bersengketa. (setakat gaduh2 manja tu, biasalah, tapi tak pernah lama)
Bagi ibu, tiada apa yang ibu harapkan bila melihat abi terlalu menyayangi anak-anak kita. Itu dah cukup buat ibu. Kasih sayang ibu buat abi tetap subur macam dulu.
Pengorbanan abi sentiasa membuatkan ibu terharu.. Pengorbanan paling besar adalah sentiasa menjaga ibu di kala ibu tidak sihat, dan tak pernah merungut. Dan juga abi sanggup menolak tawaran menghadiri kurusus post-basic semata-mata tidak mahu membebankan ibu menjaga anak-anak seorang diri. Kita sama-sama mengharungi susah payah membesarkan anak-anak tanpa bantuan orang lain.. Dan abi tak pernah merungut kalau terpaksa jaga anak-anak ketika ibu perlu berkursus atau bermesyuarat di luar kawasan yang memerlukan ibu bermalam.
Paling penting abi sangat menyokong ibu dan mendorong ibu menjadi lactation counselor to be.. abi tak pernah merungut bila ibu inform ibu nak kena buat SGM, ibu nak attend sekian-sekian BF class. Malah abi volunteer jaga anak-anak, free kan schedule oncall, hantar dan ambil ibu..
Sempena ulangtahun perkahwinan ke4 kita... tiada apa yang ibu dapat berikan melainkan berdoa kepada Allah semoga rumahtangga kita sentiasa dilimpahi rahmat dari Ilahi.
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?