ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, May 29, 2011

Makluman Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Utara (10-12 Jun 2011)


Bagi pihak pengurusan Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM)/ Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), saya ingin mewar-warkan bengkel latihan MBfPC untuk tahun 2011 bagi Zon Utara. Tarikh bagi bengkel latihan yang telah ditetapkan bagi Zon Utara adalah adalah seperti berikut:

Tarikh : 10-12 Jun 2011
Lokasi : WNS Homestay, 2175-A, Jalan Mahkota, Off Jalan Stadium, 05250 Alor Star, Kedah.
Masa: 8.00am-6.00pm
Yuran penyertaan: RM100


Bagi yang berminat untuk menyertai bengkel latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

I) Nama
Ii) Alamat
Iii) Nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini.

Pihak pengurusan akan menghantar semula e-mail permohonan penyertaan berserta borang-borang pendafaran yang perlu diisikan kepada yang telah menghantar butiran diatas.

Untuk makluman semua, setiap permohonan  akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta  yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengel latihan ini. Maklumat  selanjutnya mengenai bengkel latihan akan diumumkan melalui e-mail jemputan penyertaan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.

*Sedikit informasi mengenai PPIMM atau MBfPC, Program Pembimbing Ibu Menyusu Malaysian ( PPIMM) atau Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah terdiri daripada jaringan sukarelawan Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) atau Peer Counselor (PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Untuk menjadi PIM/PC, seseorang itu perlulah menjalani bengkel latihan yang dikendalikan oleh (PPIMM/MBfPC).

---
Yang benar,
Nurhayati Mohd Hashim
Admin Team
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor <http://malaysianbfpc.org/>

Lebih lanjut klik sini

No comments:

Post a Comment

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails