Apa itu GERD?
GERD ialah singkatan bagi Gastroesophageal Reflux Disease.
GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut akan naik ke dalam esofagus.
GER juga dikenali sebagai refluks asid atau regurgitasi asid berpunca daripada jus pencernaan iaitu asid perut naik semula ke atas bersama-sama makanan yang dihadam.
Apabila refluks asid berlaku, pesakit boleh merasa makanan atau cecair di bahagian belakang mulut. Apabila asid perut bertindak secara refluks tersentuh dengan lapisan esofagus, kemungkinan ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak.
Kenapa tiba-tiba ibu buat thread pasal GERD. Sebabnya abi telah didiagnosa mempunyai GERD.
Simptom GERD adalah rasa pedih ulu hati, kerap sendawa sehingga rasa asid naik ke tekak.
Punca?
Faktor penyebab
- obesity
- mengandung
- merokok
makanan yang menyebabkan GERD lebih buruk
- buah-buahan yang masam sifatnya
- chocolate
- minuman berkafein dan alkohol
- makanan berlemak dan berminyak
- bawang putih dan bawang merah
- perisa mint
- makanan pedas
- tomato-based foods, seperti spaghetti sauce, salsa, chili, and pizza
Abi sebelum didiagnosa mempunyai GERD, memang sering mengalami pedih ulu hati. Mula tu abi ingat sebab gastric.. So abi just amik MMT jer.. pastu kerap kembung perut, kerap sendawa, kurang selera makan, sampai berat abi menurun. Bayangkan ibu masak nasi 1pot setengah pun tak habis kami 4 beranak.
Sampai satu hari, tak lega2 gak, abi terus gi jumpa pakar gastro. So, pakar terus buat ujian endoskopi dan memang confirm abi ada GERD. Terus kena leter ngan pakar.. Mana taknya dah jadi ulcer dalam esophageal abi..
Since then, tiap2 hari abi kena ambil Nexium sebelum makan.. pastu baru okay.
Sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian.. Paling utama abi totally stop smoking. Sebelum ni abi memang dah stop beli rokok sejak kahwin. Hisap kalau ada kawan hulur especially time gi mancing.. So sekarang ni memang totally no to cigarette.. tu la.. dulu bini dok advice, tak percaya, nak doktor gak advice. Sekarang pun abi dah kurang minum minuman berkarbonat, dah tak minum nescaffe, makan sambal belacan pun bukan 100% guna cili padi dah.. tak boleh makan benda pedas2 beb.
Dan paling ketara selera makan meningkat. Sekarang ni masak nasi 2 pot abi kata sikit, kenalah masak 2pot setengah untuk kami 4 orang. Dan juga abi jarang makan lewat malam macam selalu, sebab perkara2 di ataslah yang menyebabkan abi dapat GERD.
No comments:
Post a Comment
Apa Komen anda?