ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Esok merupakan sambutan hari ibu sedunia... Sebenarnya bagi ibu, tiada hari-hari khusus untuk mengingat pengorbanan ibu, setiap hari adalah hari ibu.
Sejarah hari ibu masih kontroversi lagi. Tapi bagi ibu selagi kita tidak melanggar suruhan agama, tak salah rasanya.. By the way, tak perlu tunggu ahad minggu kedua Mei.Bila-bila masa kita mengingati ibu, itulah hari ibu.

Seumur hidup ibu rasanya ibu tak pernah celebrate hari ibu buat mak ibu.. Sebabnya ibu tak pernah tahu pun bila hari ibu sebenarnya, cuma ibu tahu setiap Mei mesti ada sambutan hari ibu.. Lagipun arwah mak ibu pun taktau apa itu hari ibu.. Ibu pun bagi hadiah tak pernah ikut hari hatta birthday mak.. Suka hati jer nak bagi hadiah. Cuma ada satu jer hadiah yang mak minta ibu belikan.. iaitu telekung putih tanpa sulaman.. Rupanya itulah hadiah terakhir ibu buat mak, dan telekung itu jugalah yang mak pakai hingga ke liang lahad.

Tapi itu hanyalah kenangan.. Selepas kahwin ibu dah tak merasa kehadiran seorang mak lagi.. Mak telah pergi meninggalkan ibu tatkala ibu baru 19 hari bergelar isteri..

Kini, ibu sendiri menjadi ibu kepada dua orang anak (dan Insya Allah bakal menyusul lagi nanti).. Barulah ibu faham perasaan seorang yang bergelar ibu, mak, mama,ummi,  mummy, amma dsb.

Syurga di bawah telapak kaki ibu... tapi untuk menjadikan syurga di bawah tapak kaki ibu, ibu itu sendiri perlulah menyediakan syurga buat anak-anaknya.. Ibu teringat lagi kata-kata Ustaz Akasyah dalam rancangan "Semanis Kurma".. Kalau ibu itu sendiri menderhaka kepada anaknya, tiada lagi istilah syurga di bawah tapak kaki ibu.

Renungkanlah maksud ayat di bawah ini
"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan".
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At- Tahriim ayat 6.


Akhir sekali buat arwah mak, Hasnah bt Embong Ibrahim dan Naimah bt Harun.. Hanya  Al-Fatihah yang mampu anakanda hadiahkan sempena hari ibu pada tahun ini.


Buat ibu mertua ibu, Hamidah bt Ahamad, terima kasih mak kerana melahirkan suami kesayangan ibu.. dan sesungguhnya maklah satu-satunya mak yang ibu ada.. 


Selamat Hari ibu juga ibu ucapkan buat semua kenalan ibu dan kepada mereka yang membaca coretan ibu ini.


No comments:

Post a Comment

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails