ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, May 4, 2011

2 minggu yang stress

lately ni memang ibu langsung tak sempat nak jenguh blog ibu, FB mahupun forum.. Ya.. macam yang ibu tulis, ibu melalui 2 minggu yang stress.

last week adalah minggu akreditasi. Dan ibu sebagai ketua unit kenalah pastikan everything is settle dan paling penting kena bersedia menyediakan maklumat bila surveyor datang.. banyak sebenarnya yang tak lengkap, tapi tawakal jerlah.. Bayangkan time weeeknd pun kena gi opis buat last minutes preparation. Siap bawa Farish dan Firas gi opis lagi sebab abi pun kena gi kerja juga untuk akreditasi.

Minggu akreditasi, anak-anak ibu demam dan selesema pulak.. berjangkit kat abi dan akhirnya ibu pun berjangkit juga. Ibu kalau selesema memang duduk dalam aircond lagi teruk selesema ibu, tapi cuti dah kena beku, harung jerlah.

Habis akreditasi, rasa lega... pastu abah ibu dari KL pula datang bertandang. Rindu cucu-cucu lah tu. Since ibu jer anak abah yang duduk jauh. Over the weekend, keadaan kesihatan ibu masih belum pulih lagi, tapi ALhamdulillah, anak-anak ibu dah sihat. Abi pula kalau ikut rancangan, dia join trip mancing, tapi dah sampai jeti, trip dibatalkan sebab ribut kuat, bot takleh jalan.

weeeknd walaupun cuti sampai 3 hari (termasuk labour day), ingatkan keadaan kesihatan ibu makin ok, rupanya tak. Tiba2 jer ibu rasa nafas tersekat2, tak boleh nak cakap dalam 1 ayat, termengah2.. Isnin tu ibu dapatkan referral untuk berjumpa pakar perubatan dan tak semena2 ibu kena admit pulak.. Adui! macam mana ni.. Doktor tu kata nak monitor since keadaan ibu sekarang ni.. So kena masuk wad lah ibu. Mula tu doktor order 1st class 2 bedded, bila gi daftar kat admission, wad 7B dah penuh, so ibu kena duduk wad 6c, wad VIP tu.. bilik sorang dan ada TV dalam bilik (kalau 1st class, takde tv dalam bilik).. so berkampunglah ibu kat wad satu malam.

So, ibu kena ambil darah, ambil urine, check SPO2 every 4hours, check BPdan few prosedur lagi.. Alhamdulillah, keputusan semua normal except Hb low. Ayargh! kena makan iron lebih ni..
Dan lagi satu puncanya, ibu tak cukup rehat.. so doktor bagi MC sampai khamis.. maknanya ibu rehat sampai weekend..

Hari ni ibu rehat kat rumah.. Alhamdulillah bertambah baik, tapi sebab rehat lama sangat pun tak best gak since anak2 hantar kat rumah BS.. Abi pun suruh ibu cukup rehat, takyah masak.. tapi ibu dah kemas rak baju pulak hari ni..

Insya Allah, sementara ibu masih rehat ni, ibu cuba update 1,2 entry..

1 comment:

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails