ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, January 15, 2012

Cuti-Cuti Malaysia- volume 1 (Kelantan & Terengganu)

Tahun baru sudah bermula.. Macam tahun-tahun sebelum ni, ibu dan abi planned nak berjalan-jalan. Tahun ni dalam Malaysia jer sebab Fawwaz masih baby lagi.

Destinasi pertama kami adalah Kelantan & Terengganu. Itupun lebih berkata aktiviti menziarahi saudara mara dan shopping.
Ketika ibu taip ni, ibu masih berada di Kuala Terengganu.

Perjalanan ke Kelantan bermula pada Khamis petang. Ibu dan abi ambik time off petang tu. Memang plan, pas chow kul 1 tu, lunch dan terus blah. tapi biasalah perancangan, tot tet itu ini, keluar rumah pun dah dekat kul 3 dah. Pastu hujan sepanjang-panjang dari Jitra sampailah ke Kota Bharu. Akhirnya kami sampai KB pukul 10malam.

Tempat kami singgah dulu adalah restoran.. lapar beb. Lagipun memang aim pergi Kelantan, mesti singgah restoran ni.

gambar: ihsan google


Restoran Food Village yang terkenal dengan hidangan chimchum dia. Nak tahu apa itu chim chum (bagi yang tak tahu)
Tanya wikipedia.. tak membantu langsung definisi dia..
Okaylah ibu buat definisi sendiri.

Chim chum ni kombinasi steambot dan bakar. so dapur dia ada dua fungsi.
bahagian tepi tu untuk steamboat, yang tengah untuk bakar.

Pilihan bahan mentah dia terdiri daripada seafood macam udang, sotong, kerangsegala jenis bebola seafood, ayam, daging. untuk yang dibakar, diorang perap dengan sos BBQ dan bijan. so,suka hati kitalah nak bakar yang mana, yang rebus yang mana. pastu dia bagi satu cerek kuah untuk top up bila kuah rebusan dan hampir kering.
Pelbagai pilihan untuk dipilih
Selain dari  steambot dan bakar, ada juga pelbagai makanan pilihan lain.. Ada nasi, bihun,mi, keow teow goreng, mi,bihun, koew teow sup, laksa,laksam, rojak, cendol, buah-buahan.

Konsepnya buffet, so, bolehlah makan berapa banyak dan berapa lama pun (sehingga kedai ditutuplah)
Abi memang suka sangat makan chimchum ni.. rasanya dia makan udang jer dah sekilo lebih.

So, memang singgah Kelantan untuk sebagai tempat berhenti melepaskan lelah jer. Kami pilih hotel bajet jer sebab setakat nak tidur beberapa jam jer. Kami pilih hotel Ummi dengan bayaran Rm55 jer. 

Esoknya, pas breakfast kat Pasar Siiti Khadijah, round kejap pasar Siti Khadijah untuk carikan budu produk Projek Diraja Kelantan. Ada staff kirim, sebab dia siap letak cili dalam tu. pas dapat budu tu, kitorang pun meneruskan journey ke Kuala Terengganu pulak

(to be continued)





7 comments:

  1. ooo chimchum ni mcm makan Seoul Garden.. ada steamboat ngan bakar2.. cuma diaorg yer kuali tu bakar kat tepi.. tgh2 tu ada mcm mangkuk isi kuah tuk steambot tuh.. mmg sgt sgt sedapppp

    ReplyDelete
  2. Dapur CHIM CHUM (BBQ Stoves) trend terbaru dengan teknik masakan '2 in 1' iaitu stimboat dan memanggang.


    Dengan ruang BBQ ditengah dan ruang merebus ditepi keliling.
    Ia juga sesuai untuk kegunaan restoran, hotel,resort, camping dan sebagainya, sesuai bagi mereka yang ingin mencuba menu baru.

    Terdapat 3 pilihan saiz -
    Saiz S (30cm) - RM 70.00
    Saiz M (35cm) - RM 90.00
    Saiz L (40m) - RM 120.00

    **Untuk borong harga boleh runding.
    **Harga tidak termasuk kos penghantaran.
    **Penghantaran melalui poslaju 'Door to Door' dan Checkpoint di sekitar IKEA Mutiara Damansara dan Kuala Lumpur.
    **Penghantaran setiap hari Sabtu Dan Ahad sahaja.

    HANYA DI http://periukchimchum.blogspot.com/

    SILA HUBUNGI @ SMS 012-9796015 EN. MUHAMAD

    SELAMAT BERMAIN MASAK-MASAK DENGAN PERIUK CHIMCHUM....

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan kak hana.. :-)
    sedapnya makan ..

    ReplyDelete
  4. dalam banyak-banyak tempat tak sampai kelantan lagik.. nice info =)

    ReplyDelete
  5. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete
  6. Is the best casino of your dreams possible?
    A few weeks back, 화성 출장안마 I 고양 출장마사지 stumbled upon an article which was 나주 출장샵 about a new casino where some of the best slots games from a 충청남도 출장마사지 huge 과천 출장마사지 variety of software providers

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails