ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, July 16, 2010

Pengurusan EBM semasa travelling

Ibu ingin berkongsi pengalaman ibu membawa EBM semasa ibu pergi meeting di KL baru-baru ini.

Perjalanan ibu mengambil masa 18jam.. Ibu keluar seawal 4.30am dari rumah untuk ke Airport Penang, dan tiba semula ke rumah pada jam 10.30pm.

Ibu mulanya tak confident, tapi ibu try dan Alhamdulillah, berjaya.

Ibu bawa cooler bag ibu bersama 2 ice brite berlekuk (coleman) + 2 icepack MLO.
coleman brite ice MLO icepacks
gambar ihsan dari Googles

Ibu susun susu macam kat bawah ni.

Letak 1 ice brite kat tengah2, letak EBM disekelilingnya. cooler bag ibu boleh muat 8 botol. Letak icepack pada sisi botol (sebenarnya ibu nak letak kat kedua2 sisi botol tapi tak boleh zip)

Lastly letak ice brite kat atas botol..

pastu zip cooler bag sezipnya (bahasa apakah ini?)


Amazingly, sampai kat rumah kul 10.30pm tu, icepack MLO baru separuh mencair, icebrite tu bila goncang, dengar bunyi air sedikit jer, mean tak cair sepenuhnya.. Dan yang pastinya EBM sejuk macam kat dalam fridge..

Ibu tidak mempromosikan sebarang jenama cooler bag, @ icepack.
Yang penting semasa membeli pastikan cooler bag anda mempunyai lapisan dalamnya sedikit tebal untuk mengelakan pengudaraan masuk ke dalam bag.
ice pack dan brite ice pastikan disejukkan lebih lama sebelum digunakan.
(ibu tak guna brite ice dan icepack tu dekat seminggu, biar dalam freezer jer)

Kalau takde cooler bag @ icepack.brite ice.. boleh guna cooler box @ bekas polisterin dan juga ais ketul.
ais ketul tu kenalah ganti selalu..

Ini untuk sehari perjalanan.. sekiranya tempat mesyuarat anda mengizinkan anda menumpangkan fridge... takde masalah.. tak perlu bawa banyak icepack dan brite ice..

9 comments:

  1. wah bagusnye, ermpss sepanjang akak outstation tue mcm mane firas minum EBM.. banyak tak dia minum?

    ReplyDelete
  2. akma, Firas minum macam biasa. 3.5oz perfeeding..
    Kat rumah pun hasben akak cakap dia minum 3x jer.

    ReplyDelete
  3. akak,kt mana beli brite ice tu? nk beli gak...

    ReplyDelete
  4. Shira, akak beli kat Tesco Mergong.. time tu tengah sale..
    Harga biasa dalam belas2 ringgit jugak., hari tu dia jual RM9..

    ReplyDelete
  5. byk info menarik kat blog akak...tq for sharing...lagi la ku semangat nak BF baby..

    ReplyDelete
  6. tq2..org pki ice pack cap ape ntah...xtahan sgt..nanti2 kalo nk travel bleh la cari ice brite tu..

    ReplyDelete
  7. IbuDhira,
    sharing is caring.

    joyah sport,
    yang penting bekukan icepack lama sikit.
    saya suka coleman ni sebab dia keras, takde risiko nak pecah ker, terguris ke apa.

    ReplyDelete
  8. betul.. kat tesco mergong leh dapat harga yg agak murah...
    berbanding giant.. agak keterlaluan mahalnya..

    ReplyDelete
  9. kak,yus ingat nak beli cooler bag n icepack mlo...harga dia dlm RM130..ok ke kak?hubby kata malas nk survay dh..senang satu set termasuk 6biji botol medium...akak beli cooler bag cam gambar kat atas brand ape ye n kat mane?

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails