ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Friday, July 2, 2010

Selepas 8 bulan tandem nursing

Sekejap jer rasa masa berlalu. Alhamdulillah, ibu dan abi rasa dah lepas tanggungjawab terhadap Farish. Kerna ibu dan abi pernah berjanji untuk meneruskan penyusuan buat Farish sehingga Farish genap 2 tahun.

Farish dalam erti kata sebenar bukanlah fully BF sejak ibu pregnant balik. Farish dah campur ngan fresh milk, ABM dan minuman-minuman lain.. Cuma Farish masih direct BF setiapkali ibu ada bersama.. Dan sehingga menimbulkan kehairanan kawan-kawan ibu melihat Farish dan Firas bersilih ganti berkepit ngan ibu.

Sebenarnya ketika ibu dapat tahu ibu mengandungkan Firas, ibu rasa bersalah terhadap Farish kerana janji ibu untuk menyusukan Farish sepenuhnya tidak tertunai. Maka dengan izin abi, ibu meneruskan penyusuan untuk Farish semasa mengandung (secara direct sahaja) dan berkongsi menyusu (tandem nursing) bersama Firas.

Satu keputusan yang berat sebenarnya. Tatkala ibu melahirkan Firas, Farish seakan-akan mahu perhatian lebih. Apatah pula ketika itu susu ibu sentiasa penuh, Farish akan hisap sepuasnya (balas dendam mungkin menghisap breast kosong semasa ibu pregnant dulu).
Dan ibu juga cuak bila ibu tak dapat nak mengepam untuk stok Firas kerana selepas Farish menyusu, breast ibu dah rasa lembut (dikosongkan)..

Ibu mengambil keputusan untuk tidak memberikan EBM kepada Farish di rumah mak Ani kerana ibu takut tidak terkejar untuk menyediakan EBM secukupnya untuk kedua2 anak ibu. Maka hanya Firas sahaja yang minum EBM sepanjang ketiadaan ibu. Tapi Farish sendiri reject EBM. Bila ibu suakan EBM Farish lantang berkata "susu Iyash (Firas)". Tapi ibu selalu jer campurkan balance EBM dalam minuman Farish.

keputusan tandem nursing ni memang memerlukan kekuatan. Ibu kadang tu hampir tak boleh bergerak ke mana-mana. Selepas Firas, Farish, selepas Farish, Firas pulak. Malam-malam ibu berjaga berkali-kali untuk menyusukan kedua2 anak ibu. Tapi ibu redha, kerana itu keputusan yang ibu ambil.

Ikutkan,ibu dah sempurnakan niat ibu buat Farish. Tapi terlalu amat sukar untuk wean off Farish. Farish akan sentiasa meminta dan meminta. Kadang tu ibu refused, Farish akan datang dengan mata kuyunya dan mengucup pipi, dahi dan mulut ibu sambil berkata "nak t*t*k".. tak sampai hati ibu nak hampakan permintaan anak ibu. Maka ibu membiarkan sahaja Farish menyusu selama mana yang dia mahu..Biar Farish sendiri yang berhenti, bukan dipaksa berhenti.

Rezeki itu di tangan Allah. Pada peringkat awal ibu risau takut ibu tak mampu buat stok dan bekalkan EBM secukupnya buat Firas, alhamdulillah, Allah berikan rezeki EBM yang melimpah ruah buat anak-anak ibu.

Ini stok EBM ibu yang terkini. Kalau korang nampak dalam plastik tu masih ada stok EBM bulan Februari yang belum diusik, yang sebelahnya itu adalah EBM Jun yang belum packing lagi. Klaau EBM jun tu dipacking, tak muat dah DF ibu..

Sekarang ni ibu pulak bermasalah nak simpan stok. Susu ibu dah terlalu padat dalam deep freezer. Sehingga kini stok EBm ibu sudah mencecah 260 pek berisi antara 3.5oz hingga 5oz setiap satu. Itupun setiap hari ibu akan keluarkan untuk dicampurkan ke dalam makanan Firas dan juga minuman Farish,

Ibu terfikir, nak tukar ke deep freezer lebih besar atau bagaimana? Ada orang nak beli tak DF ibu.. masih under warranty lagi (5 years warranty).. tapi abi belum bagi greenlight lagi untuk tukar DF sebab abi dok aim TV LED.

atau

8 comments:

  1. Ya Allah...kagum sungguh fiza dgn kak hana. sgt2 bersemangat waja. kalau fiza buat tandem nursing, fiza tak tahulah mcm mana.....tahniah ye kak!

    ReplyDelete
  2. Thanx Fiza,
    Tandem nursing memang betul2 menguji kesabaran sebenarnya..
    Tapi takmau fikir sangat..layan jer.. rupa-rupanya dah 8 bulan akak harunginya.

    ReplyDelete
  3. Hana..

    Akak sempat tandem nursing cuma 40 hari, slps adik meninggal dunia, abangnya ambil alih sepenuhnya bf..

    Kepuasan dpt bf anak sepenuhnya.

    ReplyDelete
  4. Takper kak, itu rezeki si abang.

    ReplyDelete
  5. wahh.. byknya stok utk anak2..
    meriah sungguh rezeki anak2... tahniah hana..

    ReplyDelete
  6. jelesnyer tengok stok yg tlalu banyak....rezeki anak2, mcm sy ank da nk sethn da nk kering da susu ni :(

    ReplyDelete
  7. hana
    belum docking lagi ye..tadi saya nampak hana beli kueh..
    semoga ALLAH mudahkan urusan bersalin hana
    ana

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails