ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, March 1, 2011

Motivasi seorang isteri

Gambar ihsan google image

Tiap-tiap hari balik kerja, kena masak, pastu kena kemas rumah, lepas tu kena layan kerenah anak, tak termasuk lagi kerenah suami. Memang leth menjadi wanita yang bekerja 24jam, pas habis kerja kat opis sambung pula kat rumah.. Merungut tu memang selalu.. Tapi sebenarnya banyak hikmah disebalik semua tu. Yang penting kena ikhlas dalam melaksanakan tugas.

Ibu terjumpa satu artikel yang menarik, ibu nak share dengan kawan-kawan ibu, pas baca rasa insaf, besarnya ganjaran seorang isteri. Artikel ini panjang tapi ibu ambik part yang menarik perhatian ibu..

Jom baca dan ambik iktibar...

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
catatan ibu: Kena rajin bancuh air kepada suami. Pastu kena bagi terus kat tangan dia, biar bersambut.. Ibu sellau jer abi yang bancuhkan air untuk ibu...

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
catatan ibu: Tiap-tiap hari wajib masak, sebab abi tak suka makan luar. Tak kena dengan selera. tapi kalau dia ajak makan luar... yeayy;D Grin

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
catatan ibu: Kena kerap bersama ni.... Shocked

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
catatan ibu: Takde alasan tak mau tambah anak lagi..

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
catatan saya: memandangan suami pun dah dikira sebagai satu zikir. SO kena pandang suami dengan pandangan yang manis-manis sahaja

f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
catatan ibu: Insya Allah.. Memang risau kalau nampak hasben muka mencuka jer hari tu.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
catatan ibu : Amin..

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
catatan ibu: Insya Allah... Amin

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)


Artikel dipetik dari http://hikmatun.wordpress.com/2008/07/27/tanggungjawab-suami-isteri/

8 comments:

  1. terharu.. kena prepare awal2 untuk menjadi isteri...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan. Begitu banyak ganjaran untuk wanita bergelar isteri. Walaupun sudah tahu tapi selalu terlupa dan alpa.

    ReplyDelete
  3. bagusnya info hana ni...
    tang buat air tu selalu sgt la en suami je yg buatkan..huhu..

    ReplyDelete
  4. Memang kita tahu banyak ganjarannya, tapi bila dah letih, geram, lupa semua kan.

    Kadang tu kita suka meminta-minta pada suami, tapi pada masa yang sama kita tak terfikir, adakah aku dah sempurnakan tanggungjawab seorang isteri yang sebenar..

    ReplyDelete
  5. kalau ada butang "like" cam kat FB tu, dah lama ku click. :D

    ReplyDelete
  6. upss. semalam buat teh tarik tak ikhlas..salam ziarah. salam kenal

    Menarik sepanjang March

    ReplyDelete
  7. nak share.......bagusnya

    ReplyDelete
  8. Terima kasih banyak2 untuk artikle ini..hari ni amat down..rasa macam jadi kuli , maid bukan sbb tak dpat gaji, hamba abdi pun bukan sbb hamba abdi tak dapat gaji tapi dapat makan, isteri bukan sahaja perabih gaji untuk suami dan anak2, masak, cuci pinggan entah berapa ratus pusingan, kemas dan lain2 yg never ending. Masih bertahan hanya kerana ALLAH.. kalau tak dah lama LARI dari rumah. Kerja ada, duit ada tapi jadi kuli.. Ya allah sabarlah kan lah aku.
    Terima kasih artikel ni pemujuk hati

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails