ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, August 2, 2011

Nifas dan tempohnya

Apa yang dimaksudkan darah nifas?
Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak.
Berapa lamakah tempoh nifas?Persoalan ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;
1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan orang yang sulasul-baul (yakni orang yang menghadapi penyakit kencing tak putus) dan tertakluk dengan hukum-hakam mereka sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (sila rujuk; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).
2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.
Wallahu a’lam.
Sumber :  http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-nifas.html

Ibu masih belum dapat berpuasa lagi. Hari ni masuk hari ke26. Kalau ikut kelahiran yang lepas, Farish, ibu kering dah dekat 45hari (ibu lupa, tapi ibu mandi wajib time hari ke44), time Firas pulak selepas sebulan, tapi tak sampai 40hari. Kali ni ibu tak pasti. Tapi ibu berharaplah kering cepat, sebab ibu nak puasa.

Ibu nak rasa experience puasa time pantang pulak. Boleh ditambah jadi koleksi pengalaman dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan. Tapi itulah, mampu ke tak ibu berpuasa semasa tempoh berpantang ni? Sekarangn i pun ,selepas menyusu, wajib ibu minum air segelas. Sangat dahaga walaupun tengah malam tidur bilik aircond.

Tapi ibu yakin, puasa itu ada berkatnya. Ibu cuma mampu menghitung hari sekarang ni. Semoga niat ibu dipermudahkan.

1 comment:

  1. Ana pun sama, berharap dpt berposa wlpun masih dlm tempoh bpantang. Tp mmg ada sedikit risau jgk-- risau x tahan dahaga sbb BF...moga2 Allah permudahkan segalanya

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails