ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, January 1, 2012

OMBAK RINDU... Hmmmmm

Sana sini orang bercerita pasal ombak rindu sejak hari tayangannya kat pawagam sampailah wujud versi download dan juga CD sekarang ni.
Rata-rata tangkap syahdu sama dengan filem ini.
Ibu sendiri memang ada novel ni, dan memang suka sangat baca novel ni dulu. Ulang baca entah berapa kali, sekarang ni novel ibu entah dah sampai mana orang pinjam pas filem ni ditayangkan.

So, sebab filem ni box opis, abi pun gi cari sebijik kat kedai CD. standard ibu tengok filem CD cetak rompak jer. Tengok wayang memang tak boleh dah nak angkut semua hero ni, nak subscribe Astro 1st, cam tak berbaloi, RM15 untuk 2 hari jer tayangan. So beli CD pirate sekeping RM4 (kalau beli banyak boleh dapat Rm3 jer sekeping), boleh layan sampai calar balar CD tu. Ibu kurang sikit nak tengok download sebab ibu takleh dok lama-lama depan lappy, sakit belakang wo.

So, review ibu untuk ombak rindu ini... hmmm... taktaulah nak rate camner. Ibu tengok, ibu tak expect filem ni seperfect macam novel, lagipun banyak drama, filem adaptasi memang selalu lari dari novel asal.
Filem ni kalau yang betul-betul jiwang, maybe tersentuh hatinya, boleh mengundang air mata. Tapi bagi ibu, filem ni tak mengundang air mata. Entahlah, banyak no babak yang ibu rasa tak berapa kena pada pandangan mata ibu apatah lagi abi.Kami tengok cerita bukan setakat jalan cerita, pelakon, tapi sudut teknikal pun kami ambik kira.
Ibu tak mau ulas pasal jalan cerita ka pelakon ka, sebab semua orang dah tahu. dah banyak review pun.
Tapi ada beberapa scene yang adoi! rasa cam nakpi habaq kat pengarah tu..

1. Ibu musykil la location filem ni. Rumah yang Izzah duduk tu kat Langkawi, rumah Harriz kat Cameron rasanya, sama gak ngan opis dia. taktaula pulak kalau KL ada rumah dan tempat ala-ala camtu. Perjalanan dari cameron ke langkawi sangatlah singkat, boleh pergi ulang-alik tiap2 hari. Rajin gak yer Haris tu turun KL pergi pub etc nak bersosial. Ibu tau pengarah nak tunjukkan sinematografi dengan pemandangan dan rumah yang cantik... tapi dalam novel tak digambarkan macam tu pun.Rasanya kalau shoot kat rumah dan apartment KL pun hidup gak filem ni.

2. Bila Haris lempang Izzah time ingat Izzah pregnant tu, tup-tup ada doktor dan nurse (staff nurse gomen lak tu) datang tengok patient kat rumah. so far yang ibu tau, staff nurse gomen tak buat home visit malam-malam. buat home visit pun untuk perempuan dalam pantang. tu pun doktor mana ada mai rumah. Adalah lebih baik, tunjuk nurse private hospital/klinik yang datang. lebih logik di mata kami.

3.Haris accident, masuk hospital.. Mak oi! bagaknya soft collar dia.. ibu taktau sangat nama-nama alat orthopedic ni, tapi abi yang kerja kat ortopedik dept memang gelak guling-guling tengok depa apply soft collar tu. kalau accident dan ada spinal injury, orang tak boh soft collar tu, kena buat prosedur lain,apa tah abi habaq semalam.

4. Time Izzah hampir nak gugur time ligan kereta Haris, laju jer Izzah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (ibu cam sangatlah,.itu hospital tempat ibu kerja).. kes-kes macam ni kena through emergency dulu.mana boleh terus tolak masuk wad.

5. kat dalam wad pulak, ternampak tangan Izzah dipasang drip. tapi alahai, drip tu hanyalah diplaster.. nampak sangat tak teliti.

Apapun ibu memang puji location yang dipilih,memang cantik, tapi cam cacat pulak dengan situasi cerita ni. Lagu pun bolehlah, tapi kerap sangat ulang lagu yang sama, rasa boring pulak.

Cuba bagi ibu lahkan, yang memang kenal lokasi-lokasi yang depa ambik tu,rasa nak gelakla sangat. Memang jelas lokasi kampung Izzah kat Langkawi, siap boleh bawa keta masuk dari KL nun (lagi sekali, kononnya kampung Izzah bukan kat Langkawi)
Pastu rumah Pak Dolah pun kat KLkan (walaupun rasanya kampung Pak Dolah tu bukan kat KL), pastu Izzah hampir gugur, tolak masuk Hospital Sultanah Bahiyah, nun kat Aloq Setaq. jauhnya hospital

Dan saja nak habaq, time depa shooting kat HSB tu, ibu pun ada.. time tu nak balik kerja dah, nampak production team kat depan parking hospital tengah set up perakatan. Taktaulah pulak tengah shooting filem ni.

Sekian review dari ibu..Maaf yer buat penonton yang tangkap leleh dengan ombak rindu ni.. Memang la korang akan cakap,ala kesilapan kecikjer tu. Memang kecik tapi mengganggu ibu nganabi nak hayati filem ni.

Terasa macam nak baca balik novel ni, nak kembalikan mood ombak rindu yang real. Tapi kat sapa dah novel ombak rindu ibu ni. Hari tu pas tayang kat pawagam, ada staff pinjam. Nak kena minta balik dah ni.

6 comments:

  1. heheh lawak la kak hana ni...memang teliti betui kalo tgk movie..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. eden adalah orang yang selalu sangat frust bila filem diadaptasi dari novel. cerita omputih pun gitu. tapi yang best dan feeling, harry potter dengan lord of the ring. sebijik sejibon ikut novel.

    ReplyDelete
  3. hehe...fuh..lengkap penerangan kak haha...bagus la..ayu pun setuju...bab lokasi, memang cantik la..cuma bila akak terangkan satu persatu macam ni, terus nampak macam tak berapa logik kan..mmm, memang kalau siapa dah baca novel dia, akan rasa frust la sebab tak sama sangat...tapi ye la..kita pun faham la, nak buat filem sama2 betuk dengan jalan cerita novel, mau makan berejam2 plak nanti..

    ReplyDelete
  4. hahahah....
    mmg lawak la review kak hana.
    bagus kak ada review cam ni, at leat, org yg bukan dari kalangan spital cam fiza ni tau dah mana yg patut dan mana tak patut. bila kak hana bg review cam ni baru fiza nampak cacat celanya filem ni. fiza nak baca gak novel ombak rindu ni.... nak pinjam, boleh? hehehe

    ReplyDelete
  5. eh, fiza salah eja.... nak tulis at least sebenarnya. sorry ye kak, laju je naip, tak peksa sungguh ni.

    ReplyDelete
  6. Jue, bukan teliti, tapi obvious sangat. hasben akak lagi teliti tau kalau tengok filem, filem omputih pun dia komen.

    Najiha: pasal tulah akak tak expect filem ni akan sama macam novel. tapi bagilah real sikit.

    Ayu: rasanya kalau drama bersiri lebih banyak pengisisannya.

    Fiza: biasalah, akak kalau baca novel pun kadang tu mengomel gak kalau rasa ada tak kena. Bab hospital tu sebab dah memang tempat kerja, hasben pulak memang kerja dia pasang benda alah semua tu, tu yang dia gelak sakan.

    Kalau tengok drama pun, kalau bab doktor bagi diagnosis ka, inform patient @ family, lagi rasa nak tepuk dahi.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails