ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, March 30, 2010

EBM Stock ibu

Alhamdulillah, sehingga kini ibu masih belum fail menyediakan stok susu buat anak-anak ibu. Tapi stok susu ibu hanya untuk Firas sebab Farish dah tak mau EBM. Farish yang yang fresh dari kantung. Makanya, frozen stok ibu bertambah-tambah. Sehingga kini, EBM frozen ibu dah lebih 150 bungkus dengan setiap satu 4-5oz. Alhamdulillah, murah rezeki ibu kali ni.

Jom tengok keadaan deep Freezer ibu.


Yang dalam plastik tu EBM dari bulan Disember 2009. Sekarang ni dah hujung March. Dah ada 4 bungkus plastik besar dalam deep freezer tu.Insya Allah semakin bertambahla stok EBM ibu.
Dan paling pasti, deep freezer ibu dah sangat-sangat sarat ngan EBM. Ibu pun taktau nak buat macam mana ni. Kalau masuk bulan April ni, ibu dah taktau nak letak mana dah stok. Ibu ada terfikir nak trade in DF ni.. tapi sayang lak.

Dua tiga hari lepas, lepas membelek-belek stok ibu, ibu terfikir untuk berkongsi rezeki ibu ni dengan sesiapa yang sudi. Maknanya, ibu bersedia berkongsi susu ibu ini dengan mana-mana bayi yang memerlukan..bermakna ibu sedang mencari anak susuan.

Sekiranya ada ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu dan tidak mahu FM sebagai pengganti, boleh berbincang dengan ibu. Ibu hanya sekadar membantu.

Dan harus diingat bahawa walaupun ibu meng'offer' diri menjadi ibu susuan, tetapi keutamaan Firas adalah didahulukan. Buat masa sekarang ni, Firas hanya diberikan fresh EBM (yang belum dibekukan), dan sekiranya suatu hari nanti ibu memerlukan frozen EBM ni, ibu perlu dahulukan Firas.

Maka ibu berharap mana-mana ibu yang berada disekitar Kedah/Perlis/Penang yang terlintas difikiran untuk mencari alternatif kepada susu ibu, insya Allah ibu sedia membantu. Kalau boleh biarlah proses ini dilakukan mengikut syariah, ada akad beri dan terima.

Semoga niat ibu dipermudahkan

12 comments:

  1. Seronoknya kalau sy duduk dekat dgn hana... susu mmg dh desperate sgt2 ni... nk beria pam pun, rasanya, paling byk blh dpt ialah 280satu hari. tu jumlah ank sy minum utk 2 kali.... susah ati juga coz sy kena sek pg khamis ni. Kalau sekolah pagi, bererti, susu supply sy tak cukup utk Syaza smp ke ptg... huhu

    ReplyDelete
  2. untungnya susu banyak maca ni kan.. murah rezeki.. mesti sejuk jer hati bila bukak DF ni tengok banyak susu kan..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Hana.
    Wah..seronok eyta tengok stok EBM banyak. Dulu eyta pernah buat stok EBM untuk Adam,tapi tak pernah dapat simpan banyak mcm tu. Eyta selalu baca entry akak pasal bf. Entry akak sedikit sebanyak buat eyta rasa menyesal sebab tak exclusive bf Adam. Ni untuk baby akan dtg berazam nak exclusive breastfeeding for 2 years. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. salam, first time nk comment sini walaupun duk selalu ikuti blog ni. Meriahnyaa stok awak. Saya punya stok, tk penuh fridge pon. Kalau la stok saya byk cam stok awak, saya bleh terima keja baru yg dioffer yg memerlukan saya p training oversea selama 2 minggu.

    ReplyDelete
  5. jeles tengok hana punyer stok .. lana x pnh buat stok .. sbb lana x keje dan direct bf ..

    ReplyDelete
  6. Waaahh...banyaknya stok susu...saya pun x dapat nak buat stok sebanyak itu.

    Alhamdulillah,murah rezeki anak Hana.

    Nak minta izin nak linkkan blog ni kat blog saya ya..^_^

    ReplyDelete
  7. Mamaiman..kalaulah saya dok dekat ngan awak

    Lady- kalau housewife tak yah risau bab stok ni

    Eyta- Insya Allah.. Yang penting niat tu kena dari awal

    Siti Sohaila- walaupun banyak stok, nak tinggalkan baby 3 hari pun rasa tak sanggup

    Lana- kalaulah saya boleh jadi cam Lana.. tak payah pi kerja, alangkah bestnyer

    Maslina - Selamat kenal, boleh saja

    ReplyDelete
  8. Hana,
    mewahnya susu hana...
    molek lah kan offer kat mana2 ibu yng memerlukan ibu, drp buang mcm tu jer...
    taniah hana..
    Insya Allah, kalo ade yg bertanya2 pasal BF ni, kakyong boleh lah rekemen hana yer...

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas cadangan anda yang bernas. Bleh jugak buat cmni kan, daripada dibiar je susu tu sampai expired..tapi kena tanya en.husband dulu..TQ for de idea.. :)

    ReplyDelete
  10. hai..selamat berkenalan..hari ni 1st day ziarah blog awak..sukanya rasa banyak info yang leh kongsi bersama..
    bestnya kalau dok dekat ekk blehla mintak sikit stok hehehe..
    Sekarang tengah berduka lara baru dapat tau kita pegnen.buat masa ni sy still fully bf anak saya 11 bulan.Sekarang tengah mencari ilmu menyusu masa mengandung.
    Tak sampai hati nak ceraikan susu pada anak so buat masa ni saya still on pumping..hasilnya nak kata meriah tak jugak tapi cukupla utk sehari saya bekalkan 4-5 botol 4oz.
    Stok saya cuma ada 20 ketul 4-5oz.stok tula yang saya rotate tiap2 ari..
    Stok tu pun saya br kumpul masa anak 8 bulan.Tapi alhamdulillah walaupun sebelum ni takde stok saya bjaya jugak eksklusif bf.
    cuma masalah ni datang bila saya dapat tau saya pegnen last week...
    Boleh tak bagi advice sikit :(. Setidak2 nya kurangla sikit kesedihan saya la ni

    lebih pada luahan perasaan la pulak :)...

    ReplyDelete
  11. suka tgk stok ni..byk..hani xkije..tu xbuat stok..direct je..tp takut gak..takut susu kurang..risau btul

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails