ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Tuesday, March 23, 2010

Mitos-mitos Penyusuan 2

Okay ibu sambung lagi 10 Mitos

Mitos 11
Ibu wajib minum susu untuk bekalkan susu
Fakta
Lembu tidak pernah minum susu, tetapi dapat hasilkan susu yang sangat banyak
Ibu cuma perlu cukupkan air di dalam badan

Mitos 12
Ibu menyusu memerlukan diet khas,perlu berpantang beberapa makanan
Fakta
Ibu memerlukan protein yang lebih, lebih kalori, diet mesti seimbang

Mitos 13
Bayi memerlukan air kosong pada awal2 kelahiran apabila cuaca panas
Fakta
AIr kosong tiada kandungan nutrisi
Susu ibu sudah mengandungi air

Mitos 14
Puting(nipple) perlu dibersihkan dengan sabun dan air setiap kali sebelum menyusu
Fakta
Tidak perlu membasuh puting sebelum menyusu, elakkan penggunaan sabun

Mitos 15
Setiap bayi hanya akan minum apabila dia betul-betul lapar
Fakta
Susukan bayi setiap 2-3 jam pada minggu-minggu awal kelahiran
Kejutkan bayi sekiranya payudara terasa bengkak

Mitos 16
Apabila ibu berhenti menyusu, tiada jalan untuk kembali menyusu
Fakta
Relaktasi boleh mengembalikan susu ibu

Mitos 17
Apabila ibu mengalami rekahan puting (sore nipple), ibu seharusnya berhenti menyusu pada payudara yang mengalami sore nipple
Fakta
Teruskan penyusuan
Betulkan teknik pelekapan

Mitos 18
Apapbila berat bayi meningkat secara perlahan, susu ibu adalah tidak mencukupi
Fakta
Rujuk carta perkembangan bayi menyusu susu ibu
Adakah bayi mempunyai lampin basah 6-8kali, pembuangan najis 2-5kali pada minggu-minggu awal kelahiran

Mitos 19
Bayi yang 'gemuk' adalah bayi yang sihat
Fakta
Bayi menyusu susu ibu datang dalam pelbagai saiz
Bayi menyusu susu formula mudah meningkat berat badan

Mitos 20
Najis bayi menyusu susu ibu sama dengan najis bayi menyusu FM
Fakta
Bayi menyusu susu ibu kurang membuang berbanding bayi dengan FM
Najisnya juga bersifat kekuningan dan kurang bau berbanding bayi dengan FM

6 comments:

  1. best....saya sgt sukakan fakta ni.terima kasih hana.

    ReplyDelete
  2. hana.....tima kasih...kongsi lagi info nie....

    ReplyDelete
  3. info menarik...!

    rajin akak...zah jerk tak terkejar ni...heheh

    ReplyDelete
  4. mitos 12 br terjadi..ada kakak2 kilang ni dok ckp ape r maria tu tak pantang sgt,...anak minum susu badan..huhu

    ReplyDelete
  5. salam..sy copy & paste boleh? ..nak post kat my blog n fb...ur part 1 & 2..

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails