ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Sunday, March 14, 2010

Perkara yang boleh merangsang penghasilan susu

Selama ini kita banyak mendengar tentang makanan penambah susu. Macam-macam suggestion kita boleh amalkan.
Tapi yang paling penting adalah rehat yang cukup, kerapkan masa mengepam dan cukup hidrasi.
Dulu ibu pernah mendengar, bila kita happy, susu pun akan jadi meriah. Tapi entah ibu belum pernah experience lagi sehinggalah...

Time pergi kursus PC hari tu, perkara ini berlaku pada ibu pada hari kedua.
Dah berapa lama ibu tak experience breast engorged tapi tetiba hari kedua tu breast ibu rasa engorged walaupun Firas ada bersama. Before lunch ibu BF Firas dan tup2 susu menitis dari breast sebelah lagi. Firas lak BF sekejap pastu tido.

Time tu ibu tak bawa sebarang pam, botol dan juga cooler bag. So ibu ingat nak perah jer kat toilet nanti untuk kurangkan bengkak. Tapi kawan ibu Aznor offer ibu botol dia. So ibu amik satu dan perah ngan tangan. Time tu belajar Marmet Technique ngan Azlina sebab dia experience perah dgn tangan jer time anak 1st dulu. Boleh la dapat dalam 3oz gitu. Pastu Aznor lagi sekali offer Manual pam Medela Harmony dia. Ibu pun sambar la. Senang gak Harmony ni, kejap jer dah penuh 5oz.
Itu baru sebelah, sebelah lagi pun masih bengkak. Aznor pinjamkan lagi satu botol dan dengan harmony tu gak ibu dapat lagi 5oz dalam masa beberapa minit jer. Alhamdulillah. Susu tu ibu tumpang kat cooler bag Aznor dulu. Ingat nak bagi Farish minum bila Farish jemput ibu.
Tapi Farish takmau minum dalam botol, so bila pergi minum ibu campurkan ebm ibu tu dalam Milo O dia, habis segelas dia minum.

Kenapa susu ibu mencurah hari tu. Kerana hari kedua cover topic Breast Feeding management. so banyak input tentang anatomi dan fisiologi breast dipelajari, juga bercerita tentang susu ibu jer. Maybe ibu dah ada basic tentang tu so, sangat happy boleh berkongsi ngan kawan2 lain.

Makanya salah satu lagi cara nak banyakkan susu adalah mempelajari tentang tubuh kita dengan gembiranya, berbincang sesuatu yang berkaitan ngan susu ibu.

Dan, thanx to organizer sebab sediakan makanan yang best sangat. Mungkin tu pun faktor penyumbang gak kot.

2 comments:

  1. jeles ngan akak...kan best kalau zah leh buat tendem nursing gak...hehehe

    ReplyDelete
  2. Zah, Insya Allah. Maybe leh apply untuk anak ke2,3,4 nanti. Nak rasa betul2 tandem, bersalin kembar.

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails