ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Monday, March 15, 2010

Mitos-Mitos Penyusuan 1

Kali ini ibu nak share tentang mitos-mitos penyusuan pula

Mitos 1
Sesetengah susu formula(FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin
Fakta:
sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi

Mitos 2
Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM
Fakta
Susukan bayi mengikut kehendak
SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula

Mitos 3
Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya
Fakta
Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya

Mitos 4
Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI
Fakta
Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebakan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling

Mitos 5
Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu
Fakta
Semasa sakit,ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi
Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan

Mitos 6
Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah
Fakta
Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi

Mitos 7
SI sama sifat seperti FM
Fakta
SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan
SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu

Mitos 8
Menyusu akan menyebabkan bentuk badan lari
Fakta
Menyusu dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat
Menyusu dapat mengurangkan berat dengan lebih berkesan

Mitos 9
Menyusu semasa datang haid adalah tidak wajar
Fakta
tiada kaitan dengan perubahan hormon

Mitos 10
Payudara bersaiz kecil tidak dapat memberi cukup SI kepada bayi bersaiz besar
Fakta
Saiz bukan penentu

Nanti ibu sambung lagi...


6 comments:

  1. salam,
    sangat bagus entry ni..
    boleh ditunjukkan kepada kawan2 yang sangat percaya dengan mitos2 ini.. :)
    sambung lagi ye nanti...

    p/s: hana jadi follower ke-40 saya, dan saya juga jadi follower ke-40 hana.. :P

    syayassir.com

    ReplyDelete
  2. bagusnya....bangga dpt susukan anak dgn susu sendiri.

    ReplyDelete
  3. Thanx Sya,
    Dah lama follow blog Sha. cuma baru add jer.

    Fiza,
    tak ada yang paling membanggakan bagi seorang ibu bila melihat anaknya membesar sihat dengan susu ibu.

    ReplyDelete
  4. hana..tima kasih kongsi mitos nie....mitos 10 tu...heheheh...ada ker org tanya akak...kecik jer ko punya tuttt..ada susu ker...huhuhu..alhamdulillah..anak ke 3 ni..dah setahun, sepenuhnya minum SI..dan akak akan terus susukan dia

    ReplyDelete
  5. salam kenal..

    saya miss gathering di SERI, Penang..tak tahu pun ttg aktiviti tuh..lenkali, kalo ada, pada sapa saya nak contact yer?

    nice blog..nice sharing about bf :)

    ReplyDelete
  6. Aku tulip.. tahniah.. tapi memang selalu orang kata breast kecik, susu tak banyak. Macam saya kategori besar, so orang kata sebab tu boleh menyusu anak, besar=susu banyak. sebenarnya banyak lemak jer tu.

    Oren,
    thanx.. sharing is caring.
    Yang kat SERI tu, MBfPC yang invite. Diorang hantar email dan questionnaire, so kita reply dan diorang tapis dan tpis siapa yg layak.
    Maybe next time ada lagi..

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails