Pada waktu ini ibu-ibu akan merasa payudara mereka semakin penuh dan berat. Sekiranya bayi disusukan mengikut masa dan 'demand' , InsyaAllah pembengkakan payudara masih berada pada tahap yang normal dimana tidak berlaku kesakitan.
Tetapi, jika payudara tidak dikosongkan disebabkan bayi kurang menyusu dan ibu tidak memerah keluar susu, makan pembengkakan yang lebih serius akan berlaku.
Pada masa ini ibu akan merasa sakit pada bahagian payudara, payudara akan membengkak dan mengeras, puting menjadi rata dan menyebabkan proses pelekapan (latching) tidak berlaku dengan sempurna. Sekiranya dibiarkan berkemungkinan akan berlakunya mastitis.
Bagaimana payudara membengkak boleh dicegah?
1. Susukan bayi seawal mungkin semasa hari pertama kelahiran. Ini akan membantu proses pelekapan dan hisapan yang baik dari bayi anda. Sekiranya bayi diperkenalkan kepada puting tiruan pada waktu ini, ini akan merencatkan kemahiran menyusu si manja.
2. Menyusu setiap 2 jam di minggu2 awal kelahiran. Jangan biarkan bayi tidur terlalu lama. ini akan menyebabkan payudara akan memenuh dan seterusnya membengkak.
3. Perah keluar susu sekiranya bayi tidak mahu menyusu. perahan tangan adalah satu cara yang efektif.
Rawatan
1. tuamkan payudara anda dengan kain yang dicelup dengan air suam, hotpack atau gunakan hot shower semasa mandi.
2. letakkan daun kobis diatas payudara. Ini dapat mengurangkan bengkak tadi. Apabila payudara anda berasa selesa, buang daun kobis tersebut.
3. letak icepack di atas pakaian anda (di atas payudara) selama 20minit,berhenti 20 minit, dan letak kembali 20 min sehingga cukup sejam , ini dapat mengurangkan bengkak dan memperlahankan penghasilan susu.
4. Ubat anti-inflammatory (sila rujuk dengan doktor untuk jenis-jenis ubat yang sesuai)
sumber: breastfeeding.com
nota MBfPC
Breast engorgement (pembengkakan payudara) dinantikan, jika kita mengepam di waktu sebegini, sekejap je dpt 10oz, seronok bangat!!
ReplyDeleteayu plak, sejak amalkan tips2 yg diberi alhamdulillah...dah makin kurang bengkaknya.. cuma skrg ni dalam kesakitan la plak..cik N belah kiri pula luka..huhu..
ReplyDelete