ALL ABOUT MY JOURNEY IN PARENTING, BREASTFEEDING AND RAISING UP MY BELOVED KIDS

Followers

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

I am a Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
kindly contact me at hanaseman@yahoo.com

Wednesday, May 12, 2010

Kenapa ibu sediakan makanan bayi sendiri

Lagi entry tentang makanan bayi. Bila Firas masuk 6 bulan dan start solid food, ibu memang concern tentang pengambilan makanan.

Ibu akui, ibu bukannya rajin, tapi entah kenapa bila ada anak ibu boleh bangun awal-awal pagi sediakan bekal untuk anak ibu ke rumah mak Ani.

Ibu sebenarnya taknak menyusahkan mak Ani. Yerlah dia dah jaga anak ibu baik, so biarlah ibu masak sendiri bekal anak ibu.

Reason ibu masak sendiri adalah:
1. Ibu nak anak ibu makan air tangan ibu
2. Macam susu ibu, bekal ibu akan mengingatkan anak ibu pada ibu
3. Makanan yang ibu bekalkan halal dan tahu puncanya
4. Mudah nak detect kalau anak ibu cirit birit, itu datang dari kesalahan ibu
5. Ibu tak suka instant food, sepertimana ibu say no to ABM, sama gak ibu say no to instant baby food (Nestum dan yang seangkatan dengannya)

Kenapa ibu takmau bagi makanan bayi yang ada di pasaran?
Ini kerana, makanan tersebut adalah makanan proses, bila namanya makanan proses, maknanya banyak bahan kimia ditambah2 dalam makanan tersebut.
Beri instant food , kira macam ibu seorang yang pemalas.
Instant food banyak perasa tiruan
Bila bagi instant food, anak ibu hanya rasa 1 rasa jer.. sedangkan bila ibu masak, selang 4 hari anak ibu akan rasa menu yang berbeza-beza.

Menjimatkan kerana ibu guna bahan2 sedia ada di rumah. Beli dan semua orang boleh makan.

Dan memberikan bayi dengan home made recipe ni akan membuatkan bayi tidak mengalami masalah dalam memilih makanan kerana dah biasa dengan bahan natural.. Ini berbeza bagi sesetengah bayi yang diberi instant food, instant food bersifat manis, maka bayi berkemungkinan hanya menggemari makanan manis sahaja.

Gambar ihsan dari google images

2 comments:

  1. betul kak hana... shira setuju 100%... shira pun tak la rajin sgt, tp bila ada anak, blh bgn awal utk masak buat bekal anas... anas skrg mmg tak susah nk makan sbb die tahu hr2 die boleh rasa variety of mknn die... klu kt nursery die, diorg cuma masakkan moi+karot+kentang je hari2... so, shira masak hr2, masak lain2..
    org puji anas ni senang nak makan berbanding budak2 lain...
    mgkin sbb bdk2 lain dh boring, hr2 makan sama je...
    xrugi kan kite masak sendiri, kita yakin, kite senang hati, anak pun sayang kite sbb air tangan kite sendiri...

    ReplyDelete
  2. betul tuh..setuju sgt..anak sy pon baru je start solid food ni..semangat nak sediakan makanan dia..
    nway byk info sy leh dpt dr website ni..akan sy jelajahi lg nnti..tq very much!!

    dan salam perkenalan...

    ReplyDelete

Apa Komen anda?

Related Posts with Thumbnails